REAKSI TERHADAP PANDANGAN JEBAT MODEN
Saya hairan akan pendirian Jebat Moden 2000 yang menyarankan agar kita
pejuang-pejuang keADILan memasuki UMNO dan seterusnya berjuang dari dalam UMNO.
Analogi saya: "Masakan boleh kita mencuci Tong Yang
Penuh Tahi (Umno Baru(A)) dengan memasuki Tong Tahi (UMNO Baru(A)) tersebut, nescaya
kita sendiri akan terpalit dengan tahi, kalaupun tidakpun bau tahi tersebut. Contoh
yang jelas ialah tindakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sendiri yang telah cuba berbuat
demikian. Akibatnya beliau ternyata tidak berupaya berbuat demikian, kerana tahi yang
sediada dalam Tong Tahi (UMNO Baru(A)) berkenaan adalah terlalu busuk kerana menurut
Prof. Dato' Shahanon Ahmad SN kerana KEPALA TAHI itu tak mahu keluar-keluar !!! tetapi
sebaliknya lalu dihumban WIRAWAN itu oleh Barisan Tahi (UMNO Baru(A))".
Sebagai seorang Islam, firman Allah SWT yang berikut mestilah kita
ikuti:
"Berpegang teguhlah kamu kepada Deen (Agama Islam) yang
telah diwahyukan kepadamu. Sesungguhnya kamu berada di atas jalan yang lurus".
(Surah Az-Zukhruf 43:43).
Firman Allah SWT lagi: "Wahai orang-orang yang beriman,
taatilah Allah dan RasulNya, dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu
berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur'an) dan
RasulNya (As-Sunnah), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian.
Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya".
(Surah An Nisaa' 4:59).
Berdasarkan ayat di atas adalah jelas bahawa Allah telah
memerintahkan kita supaya kembali kepada Allah (Al-Qur'an) dan RasulNya (As-Sunnah)
jika kita berbalah. Lihat sahajalah adakah UMNO Baru(A) mendokong ayat tuntutan Allah
ini. Jauh panggang dari api !!!. Sebaliknya UMNO Barua(A) inilah yang memperlekeh
tuntutan Al-Qur'an dan As-Sunnah.!. Mereka bercakap tentang Islam mengikut "akal
yang kuntut" dan "melalui buntut" !, tanpa merujuk dan bersumberkan
Al-Qur'an dan As-Sunnah.
Sebagai orang yang sentiasa terlibat dalam perhimpunan yang dibenarkan
oleh Perlembagaan Malaysia (dokongan UMNO) , apa yang saya nampak yang menjadikan
perhimpuan aman itu tercemar ialah apabila PDrM (Polis DiRasuk Mahathir) bertindak
liar. Bayangkan orang belumpun sempat berkumpul, mereka telah terlebih dahulu berada
ditempat berkumpul, menjirus mangsa dengan air kuning yang gatal, melepaskan gas yang
menyesakkan dan membutakan mata, membalun rakyat dengan rotan dan belantan dan membuat
tangkapan serta membogelkan OKT sesuka hati macam orang tak ada agama. Jadi siapakah
sebenarnya yang merusuh !!!...
Jalan pulang untuk mengatasi permasalahan ini ialah kembali kepada
Al-Quran dan As-Sunnah seperti yang dituntut Agama Islam. Tetapi UMNO
Baru(A) takut untuk kembali kepada Al-Qur'an dan As-Sunnah,
kerana kebenaran yang bakal dihasilkan akan menampakkan kebejatan dan kesalahan serta
keZALIMan mereka !.
Apa yang jelas parti yang benar-benar merujuk kepada tuntutan Allah ini
ialah Parti PAS. Maka marilah
kita semua bersatu didalam wadahnya dengan menjadi ahlinya.
"Janganlah Menghalalkan CARA untuk Mencapai MATLAMAT"
habibu@hangjebat.com