PERPECAHAN DI KALANGAN ORANG MELAYU?
Biro Tata Negara atau lebih dikenali sebagai BTN kini sedang rancak menganjurkan sesi2
indoktrinasi khusus untuk orang2 Melayu. Salah satu perkara yang dibangkitkan dalam sesi2
indoktrinasi ini ialah mengenai perpecahan di kalangan orang2 Melayu. Kadangkala Mahathir
dan juga Daim juga dijemput untuk sesi2 ini.
Pihak BTN ingat orang2 Melayu yang datang
ke sesi2 indoktrinasi ini boleh terima bulat2 apa yang cuba ditonjolkan. Perpecahan di
kalangan orang2 Melayu memang wujud. Cuma tahapnya berbeza. Sedikit sebanyak mesti ada
perpecahan tapi perpecahan ini makin meruncing semenjak bila? Apa yang menyebabkan orang2
Melayu berpecah? Inilah persoalan2 yang perlu diteliti secara lebih mendalam.
Kalau
kita teliti dengan waras dan dengan minda terbuka, memang jelas sekali perpecahan di
kalangan orang2 Melayu ini meruncing semenjak Mahathir memegang teraju UMNO. Dasar pecah
dan perintah yang diamalnya telah memecahkan perpaduan. Apabila UMNO lama dibubarkan dan
terbentuknya parti S46, maka mulalah orang2 Melayu di dalam UMNO berpecah. Penyokong2 S46
yang dulunya ahli2 UMNO dicantas dari menerima sebarang kontrek. Bisnes orang2 Melayu yang
tak sehaluan lagi dengan UMNO, hancur dikerjakan! Lingkup! Kalau nak tahu betapa peritnya
ketika itu, tanyalah bekas penyokong2 S46.
Kemudian apabila DSAI pula dipecat, bermula
lagi proses mencantas anak2 Melayu. Kita telah menyaksikan bagaimana anak2 Melayu yang
berwibawa telah dicantas. Kita telah menyaksikan bagaimana klinik2 kepunyaan doktor2
Melayu telah dihentikan menjadi doktor panel. Kita telah juga menyaksikan bagaimana ahli2
korporat Melayu telah ditukar dan bisnes2 mereka dilingkupkan.
Siapa punya kerja yang
melingkupkan bisnes anak2 Melayu? Siapa? Bukan orang2 Cina atau India yang melingkupkan
bisnes2 anak2 Melayu tapi Melayu sendiri! Kerana tak sehaluan dari segi politik, habis
dicantasnya. Kerana tak mahu bersekongkol dengan nahi mungkar, anak2 Melayu menjadi
mangsa.
Di kalangan orang2 Cina atau pun orang2 India, walaupun dari segi politik
mereka mungkin tak sehaluan tapi di kalangan mereka, tidak ada usaha2 untuk membunuh
bisnes2 atau karier masing2. Tidak ada pun usaha2 kotor nak cantas mencantas di kalangan
orang2 Cina atau orang2 India. Sebaliknya, mereka saling bantu membantu. Inilah kebaikan
di kalangan orang2 Cina dan India. Di kalangan kita pula, bukan nak membantu tapi tolong
melingkupkan!
Mentang2 mereka berkuasa mereka fikir mereka boleh lakukan ini semua.
Bukan senang nak membangunkan usahawan2 tapi baru saja nak bangun, nak bertapak, dah
dicantas dan dilingkupkan. Orang2 Melayu sekarang buka mata kerana di dalam PAS tidak
kedengaran kejadian cantas mencantas atau cubaan melingkupkan bisnes atau karier2 anak2
Melayu. Tak ada! Cuma UMNO saja yang mengamalkan amalan keji dan kotor ini yang
melingkupkan anak2 bangsa dan yang memecahkan orang2 Melayu!
Apa yang dilakukan oleh
BTN sekarang hanya memecahbelahkan lagi orang2 Melayu kerana nampak sangat kebodohan
orang2 dalam BTN! Makhluk perosak didepan mata tak nampak tapi semut diseberang lautan
boleh nampak!
USAHAWAN MELAYU