UMNO DAN RASUAH IBARAT AUR DAN
TEBING
Ucapan bersemangat oleh Presiden UMNO semalam
mengenai gejala rasuah di kalangan orang UMNO semakin membimbangkan. Kenyataan ini
adalah satu pengakuan bahawa UMNO dan Rasuah adalah ibarat pepatah melayu "Bagai
aur dengan tebing" yang bermaksud sukar untuk dipisahkan.
Bapa rasuah yang juga Presiden UMNO itu sanggup
menitiskan air mata lakonan bagi menyatakan tulus ikhlas serta keinsafannya.Sekian lama
gejala rasuah melanda kerajaan pimpinan BN dan UMNO nampaknya masih gagal untuk
membenterasnya kerana ia sudah sebati dan menjadi perkara biasa yang sudah tidak merasa
segan ataupun malu apatah lagi merasa dosa.
Dalam ucapan perasmian perhimpunan Agung Khas UMNO
semalam Bapa Rasuah menasihati ahli UMNO supaya meninggalkan rasuah kerana ia akan
menghancurkan parti dan sesebuah kerajaan. Nampaknya ahli-ahli UMNO semakin meluat
dengan kenyataan Bapa Rasuah itu kerana "cakap tidak serupa bikin". Ini
diikuti pula dengan nasihat kepada ahli-ahli yang sudah tua agar berundur dan memberi
peluang kepada ahli-ahli yang muda untuk mengambil alih kepimpinan yang ada. Begitulah
Mahathir bak kata pepatah "jari menunjuk kelingking berkait"
Rasuah yang didefinasikan sebagai sesuatu
pemberian yang boleh mempengaruhi satu keputusan yang membelakangkan
keadilan.Contoh yang paling senang ialah seperti yang berlaku di Selangor. Jawatan
Menteri Besar yang diberikan kepada Dr Khir Toyo oleh Dr Mahathir merupakan satu
pemberian yang amat besar kerana jawatan itu telah menjadi rebutan 11 orang EXCO
kerajaan negeri Selangor. Natijahnya....Dr Khir Toyo dengan mudah meluluskan penyerahan
Putrajaya kepada Persekutuan tanpa mengambil kira pandangan pihak Pembangkan di sidang
DUN.
http://jebat_2020.tripod.com