minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

ANGKARA 'BIN' BANGSAKU MERANA

Dua tiga hari ini penuhlah Kuala Lumpur dengan muka-muka UMNO Baru-a yang didatangkan dari segenap ceruk tanahair. Muka-muka yang pelbagai warna yang rata-rata mengaku orang Melayu.

Apabila terlihat raut wajah orang yang dikatakan Melayu sedang berbaris, ada yang topi selempet merah dikepala, ada yang berdiri dengan taksub, menyambut ketibaan seorang pemimpin yang bukan Melayu, hati ini terasa sebak mengenangkan betapa bodohnya bangsaku menjadi barua kepada manusia yang tidak sedikit pun menghiraukan bangsa Melayu.... Menjadi hamba kepada manusia yang sering menghina, memusnah dan memporak-perandakan bangsa Melayu .... Alangkah malangnya orang Melayu dengan senang di perkotak-katikan dan ditipu oleh baka pendatang asing ini, yang kerjanya merompak khazanah rakyat dan memperkayakan diri dan kroni-kroninya.

Hati tambah membara melihat orang Melayu yang mengaku Islam merendahkan diri memayungi waris SiKitol, yang sangat biadap terhadap hukum ALLAH, Nabi Muhammad SAW dan para Ulamak. Perbuatan Melayu bangsat ini, secara tidak langsung menghina ALLAH, Nabi dan Ulamak dan agama Islam itu sendiri. Jenis inilah yang memberi malu dan merendahkan bangsa Melayu. Sungguh jelek melihat telatah mereka ini sehinggakan kita terasa amat malang sekali dilahirkan sebangsa dengan mereka. Melihat perangai mereka ini terasa malu pulak mengaku diri sebagai orang Melayu.

Adapun bangsa Melayu itu kalau ditoleh diseluruh gugusan Kepulauan Melayu, amat mudah di kenali dari raut wajah dan warna kulit, yang rata-rata sawo-matang. Selain dari itu, di negara kita ini, pengenalan nama bapa sesudah perkataan 'bin dan binti'merupakan 'trade-mark' bangsa Melayu. Jelas sekali Orang Melayu, suatu bangsa yang wujud berabad-abad lamanya, telah sedia mempunyai identitinya sendiri. Tetapi diakhir-akhir ini orang UMNO Baru-a, mau bangsa Melayu itu dikenali pula sebagai Melayu Baru.

Mengapa perlu Melayu Baru? Apa kurangnya dengan nama Melayu? Melihat perkembang yang berlaku, memang ada muslihat disebalik gelaran Melayu Baru itu. Nyatalah di era pentadbiran Mahathir ini, bangsa Melayu cuba di hilangkan identitinya dengan slogan Melayu Baru. Mana-mana manusia yang mempunyai 'bin' dan 'binti' memang dianggap sebagai bangsa Melayu. Termasuklah Mahathir 'bin' Mohammad, keturunan dan susur-galurnya boleh dijejak hingga Kerala India, yang asalnya 'son of atau anak kepada' juga sudah dikelirukan sebagai bangsa Melayu kerana perkataan 'bin' tersebut.

Di dalam era Mahathir Mohammad ini juga orang Islam terutamanya yang berdarah India, dengan sewenang-wenangnya boleh menggunakan 'bin dan binti' yang suatu ketika dulu hanya untuk bangsa Melayu sahaja. Maka hari ini kita dapat melihat, penuhlah UMNO Baru-a itu dengan Melayu Baru yang warna kulitnya dari seputih-putih hingga segelap-gelap manusia. Namun dalam keadaan sekarang kelihatan Melayu Baru yang menjadi dominan dalam parti UMNO itu adalah jenis kulit yang hitam gelap pekat.

Di sini kita dapat melihat betapa besarnya impak 'bin' dan 'binti' ini dalam masyarakat Melayu. Kita juga dapat melihat betapa bahayanya 'bin' dan 'binti' kepada bangsa kita, jika dibiarkan orang bukan Melayu menggunakannya. Kesannya kita sedang lihat sekarang, orang yang bukan Melayu sudah berjaya menguasai masyarakat Melayu atas penipuan 'bangsa' hasil dari 'bin dan binti' itu tadi? Jika dia {Mamak Kutty} masih mengekalkan  'son of' dapatkah dia diterima sebagai bangsa Melayu, presiden UMNO dan Perdana Menteri?

Sedarkah kita, bumi Melayu dan bangsa Melayu telah dijajah begitu mudah sekali hanya dengan tiket 'bin dan binti' sahaja? Dan kini kita dapat melihat proses penjajahan secara total dan berterusan sedang dirancang bagi membolehkan bangsa Melayu Baru, dari suku warna hitam legam dan gelap pekat, mengambil alih pentadbiran negara ini juga melalui 'bin dan binti'? Inilah salah satu cara penjajahan bentuk baru yang unik, yang mungkin hanya terdapat di Alam Melayu....dan kita tidak menyedari ianya berlaku. Betapa lalainya kita!!

Melayu Bijak, Bahlol dan Bodoh

Bangsa Melayu kini terdiri dari Melayu dan Melayu Baru yang terdapat dalam tiga dikatogeri.....Melayu bijak, bahlol dan bodoh {naive}.

Melayu yang dikatakan bijak adalah Melayu yang boleh berfikir dan kritis.  Melayu yang perihatin akan servival bangsanya. Melayu yang sedar akan kemusnahan bangsanya akibat penjajahan yang berlaku di depan mata. Mereka sedang berusaha dengan apa cara sekalipun untuk mengembalikan hak 'memimpin' kepada bangsa Melayu itu sendiri. Mereka inilah gulungan Melayu yang berada dalam Barisan Alternatif. Kini, mereka sedang dicap sebagai penderhaka oleh pemimpin asing yang menjadi 'Melayu' kerana BIN. Melayu yang bijak kini, sedang proses 'membijakkan' dan 'mencelikkan' Melayu yang lain....Melayu inilah yang menjadi tonggak kepada Bangsa Melayu.

Melayu yang bahlol pula adalah Melayu yang bersetuju berhijrah ke Alam Melayu Baru. Mereka sedar akan malapetaka yang berlaku terhadap bangsanya, namun tidak mau berbuat apa-apa untuk membaiki keadaan malah turut bersengkongkol dengan penjajah...mungkin kerana sudah masuk perangkap rasuah, pangkat dan kedudukan, hutang dan bergelumang dengan maksiat. Melayu seperti ini banyak terdapat dalam UMNO, Pasukan Keselamatan...Polis, Institusi Kehakiman, Pencegah Rasuah, Jabatan Agama, Ahli koperat, Jabatan Kerajaan dan lain-lain. Melayu jenis ini sanggup meruntuhkan bangsa dan agama waimma menjual isteri mereka demi kepentingan diri sendiri. Mereka inilah menjadi 'cancer' kepada bangsa Melayu.

Dan yang dikatakan Melayu bodoh {naive} adalah mereka yang rata-rata kurang pendidikan, rendah tahap kecerdasan dan tidak boleh berfikir secara rasional. Mereka menerima sesuatu secara ikutan atau bujukan malah mudah berpuas hati dengan sedikit sumbangan yang dihulurkan. Mereka inilah yang senang dieksploitasi. Kebanyakan mereka tinggal di luar bandar dan kurang mendapat pendedahan. Melayu jenis inilah yang sedang meramaikan UMNO Baru-a.

Kini Melayu Baru-a yang dikatakan jenis bahlol dan naive itu sedang membanjiri Ibu Kota. Yang bahlol akan terus diperlembukan oleh regim pendatang asing sementara yang bodoh dan naive itu, akan ternganga luas melihat Mahligai di Putera Jaya, melihat simpang-siur kereta di Jalan TAR, terus khayal dan buta dalam kegayatan ketinggian KLCC dan Menara K.L!!  Sambil menganggukkan kepala bertalu-talu, lalu mengucapkan.....Inilah rupa pembangunan! Inilah dia kemajuan!

Maka tersenyumlah Si Kitol sebagaimana dia tersenyum puas ketika berjaya merampas Putera Jaya dari cucu-cicit Daeng Celak dan Daeng Perani, lanun yang sangat ditakuti, pada 7 November lalu.

Alangkah malangnya bangsa ku terus ditipu oleh Si Kitol, baka Kerala itu.

Alangkah hinanya bangsaku, satu bangsa yang suatu masa dahulu gagah, kini menjadi dayus, angkara 'BIN'yang diciplak menggantikan 'son of'  atau 'anak lelaki' kepada Escandeer Kutty!

Cik Siti
18/11/000

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter