minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

REAKSI PEMBACA: PANDANGAN TERHADAP PERJUANGAN RAKYAT

Assalamualaikum.....
Tuan,

Memberi pandangan Mengenai Perjuangan Rakyat.

Merujuk kepada perkara di atas, saya seorang penyokong gerakkan rakyat ingin memberi buah fikiran dalam memastikan gerakkan rakyat ini akan terus mendapat tempat di hati rakyat.

Pada pandangan saya kaedah rusuhan adalah tidak releven dengan keadaan masyarakat malaysia hari ini. Ini kerana rusuhan akan menyebabkan kestabilan antara rakyat akan tergugat. Saya berkata demikian kerana
kebanyakan perusuh adalah terdiri daripada kalangan orang melayu sahaja dan hanya segelintir kaum bukan melayu.

Justeru itu saya sarankan agar ahli-ahli PAS, Keadilan dan PRM memasukki UMNO secara beramai-ramai dan dari dalam nanti kita akan mengubah UMNO mengikut acuan kita. Jika ahli UMNO dari golongan kita sudah cukup ramai dan kuat, kita usulkan undi tidak percaya kepada presiden dan semua ahli MTnya, sekaligus kita dapat melantik orang-orang yang pro kepada kita. Kita harus ingat para ahli UMNO pada hari ini berjuang bukan kerana bangsa dan negara tetapi kerana tembolok mereka dan anak beranak mereka. Cuba kita renungkan kaedah "Tan Malaka"seorang tokoh komunis, bagaimanakah beliau mengembangkan ideologi komunisnya? beliau bercampur dengan lawannya dan secara perlahan-lahan beliau menyerapkan ideologi komunis kepada orang Melayu dan akhirnya para ilmuan Islam ramai terpengaruh dengan perjuangan komunis.

Oleh yang demikaian kaedah Tan Malaka ini kita boleh gunakan dalam perjuangan untuk menundukkan keangkuhan UMNO.Saya harap cadangan saya ini dapat dipertimbangkan dan seterusnya dapat diaplikasikan demi perjuangan rakyat.

Sekian.

Terima Kasih


Jebat Moden 2000

Jawapan webmaster:

Waaaikum sallam .. Jebat Moden.

Saya amat berterima kasih di atas kiriman pandangan saudara kepada para netters melalui laman ini. Pandangan pertama anda mengenai rusuhan itu memang benarlah. Jika diamati akan perkembangan politik semasa, sehingga ke saat ini parti-parti politik di negara kita masih memiliki kredebiliti yang baik kerana tidak terlibat dengan cara merusuh dalam menegakkan ideologi dan perjuangan mereka. Samada di pihak BN atau BA. Tetapi tuduh menuduh dan salah menyalah tidak dapat dielakkan. Justeru itu apabila pihak BA cuba mengadakan perhimpunan seringkali mereka tidak diberikan permit untuk berbuat demikian. Sebaliknya di pihak BN, mereka bebas melakukan perhimpunan haram untuk  tujuan yang mereka inginkan. Di sinilah wujudnya jurang keadilan antara BN dan BA. Maka pihak BA  terus mengadakan perhimpunan tanpa memperdulikan pihak yang sepatut menimbangnya dengan adil, kini telah dirasuk oleh kehendak parti memerintah. Inilah yang mutakhir terjadi.

Pandangan saudara supaya semua orang Melayu masuk UMNO sebenarnya saya menganggap anda belum bangun tidur dalam berpolitik. DSAI pada saat mula penglibatannya dalam politik, ramai menyangka bahawa beliau akan meneruskan perjuangan melalui PAS. Namun beliau (DSAI) telah memilih UMNO. Ramai beranggapan perjuangan DSAI dari dalam  akan berjaya mengubah UMNO. Namun hakikatnya keadaan politik di negara kita, UMNO kini sedang diterajui oleh seorang diktator yang zalim dan keras kepala. Justeru itu, kita tidak boleh mengangkat seorang pemimpinm bersifat sedemikian. Maka adalah lebih baik semua orang Melayu (yang masih mengaku beragama Islam) kembali kepada anjuran Al-Quran dan sunnah, bagaimana mahu melantik kepimpinan. Tentulah jawapannya mereka yang bertaraf ulama atau yang amat hampir dengan Allah, bukan menghina Tuhan dan Nabi dengan sewenang-wenangnya.

Memperbandingkan ketokohan Tan Malaka sebagaimana kata saudara tidak boleh dijadikan ukuran. Pertama ianya bukan dirujuk dari kedua sumber Quran dan Hadis, kedua, perjuangan kominis tidak mempercayai adanya Tuhan.

Saudara Jebat Moden,
saya ingin mengambil kesempatan di sini untuk menasihati diri saya dan saudara, kembalilah kita secara terdaya kepada agama kita. Agama Islam tidak membebankan kita sekali-kali, lakukan secara ikhlas dan terdaya sebagai tanda keredhaan kita kepada agama yang kita anuti. Jika kita tidak berdaya untuk merubah, maka hendaknya kita berada dalam kelompok bersama melakukan perubahan. Akan tetapi jika kita berbohong Allah tetap mengetahuinya. Justeru itu lakukan sesuatu untuk menambahkan ilmu agama dan kembalilah kita kepada anjuran Islam. Sesungguhnya Islam adalah agama yang tinggi dan mulia, tidak sama dengan apa jua agama di dunia ini. Perbedaan ketinggian Islam itu adalah kerana Islam memandu manusia untuk kejayaan bersama di dunia dan akhirat. Segala petunjuk itu adalah dalam kitab suci Al-Quran. Tidakkah kita sudah melafazkan pengakuan bahawa beriman dengan Al-Quran?

Wallahua'lam

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter