MENJANA GERAK KERJA ISLAM
BAGI MENGHADAPI TRIBULASI
‘Nabi Muhammad s.a.w.
ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas
terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaliknya bersikap kasih sayang
serta belas kasihan sesama sendiri (umat Islam). Engkau melihat mereka tetap beribadat
ruku’ dan sujud, dengan mengharapkan limpahan kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta
mengharapkan keredhaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang
soleh) terdapat pada muka mereka – dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas).
Demikianlah sifat mereka yang tersebut didalam Kitab Taurat; dan sifat mereka didalam
Kitab Injil pula ialah; (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang
mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu anak dan tunasnya itu menyuburkannya, sehingga ia
menjadi kuat, lalu ia tegap berdiri di atas (pangkal) batangnya dengan keadaan yang
mengkagumkan orang-orang yang menanamnya. (Allah menjadikan sahabat-sahabat Nabi Muhammad
s.a.w. dan pengikut-pengikutnya kembang biak serta kuat gagah sedemikian itu) kerana Ia
hendak menjadikan orang-orang kafir merana dengan perasaan marah dan hasad dengki –
dengan kembang biaknya umat Islam itu. (Dan selain itu) Allah telah menjanjikan
orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari mereka, keampunan dan pahala yang
besar.’
Merujuk kepada Surah Al-Fath : Ayat 29 di atas, nyatalah bahawa kesinambungan
perjuangan menegakkan agama Allah telah bermula sejak dari Nabi Adam, para nabi, rasul
dan seterusnya kepada orang-orang yang bersama Rasulullah s.a.w. dalam memperjuangkan
agama Islam sehingga ke hari ini. Kita sebagai umat Nabi Muhammad s.a.w, hendaklah
tegas dan berani serta mantap untuk berhadapan dengan musuh-musuh Allah yang terdiri
daripada orang-orang kafir, munafiq, fasiq dan mereka-mereka yang menentang Allah dan
Rasul. Orang-orang yang beriman tidak boleh berganjak dalam menyatakan kebenaran
walaupun ianya mungkin membahayakan diri sendiri. Melihatkan akan kekuatan jemaah Islam
yang semakin kuat bersatu padu dari masa ke semasa, ianya telah menyebabkan timbulnya bibit-bibit
kebencian dalam hati musuh-musuh Islam dengan menzahirkan perasaan marah serta hasad
dengki.
Sikap penentangan terhadap agama Allah melalui pelbagai sekatan pada hakikatnya
tidak menyekat di antara manusia dengan manusia tetapi menentang dan menyekat hak Allah
itu sendiri. Samada manusia itu sedar atau tidak, dengan secara tidak langsung, Allah
telah disamatarafkan dengan manusia. Harus diingat bahawa tidak ada batas sempadan
untuk menyampaikan syariat Islam. Islam mesti disebarkan kepada seluruh masyarakat
tanpa ada sekatan dan halangan meskipun didalam lautan. Sejak zaman Nabi Muhammad
s.a.w, tazkirah atau peringatan adalah suatu senjata yang paling ampuh bagi mengajak
manusia ke arah kebaikan dan membasuh hati manusia supaya bersih dari segala kekotoran
kerana ianya berhubung dengan agama Allah. Justeru itu, barang siapa yang menghadirkan
diri dalam majlis ilmu / tazkirah, maka mereka akan mendapat pengampunan daripada
Allah s.w.t. dengan syarat, menghadirkan diri semata-mata ikhlas kepada Allah s.w.t.
dan bukannya atas dasar untuk menunjuk-nunjuk kepada orang lain atau hanya sekadar
mengikut arahan manusia atau ketua untuk maksud tertentu. Sesungguhnya apabila
seseorang manusia itu mengintip atas manusia lain, malaikat juga mengintip diri manusia
itu sendiri sebagai pencatat amalan.
Sebagai seorang yang beriman dan cintakan
Allah dan Rasul melebihi segala-galanya, sudah tentu tekanan dan halangan yang dihadapi
sejak kebelakangan ini telah sedikit sebanyak menguris perasaan dan hati kecil.
Tekanan dan halangan ini berperanan untuk menimbulkan perasaan gusar, tidak yakin
dengan diri sendiri, menggugat semangat jihad dan kekuatan agama. Maka timbullah
pergolakkan dalam jiwa dan minda yang menjadi agen perosak kepada ketahanan iman. Untuk
itu, kita perlu mengambil beberapa langkah bagi menjana gerak kerja Islam. Di antaranya:
Langkah
1.
Surah Al-Alaq : Ayat 1 ‘Bacalah (Nabi Muhammad s.a.w) dengan
nama Tuhanmu yang
menciptakan (sekelian makhluk)’ . Orang-orang yang beriman mesti menyiapkan diri
dengan ilmu pengetahuan agama dengan sebanyak mungkin untuk difahami dan diamalkan.
Perkembangan agama Islam melalui majlis ilmu seperti kuliah maghrib bermula dari bandar
dan seterusnya ke kampung dan kawasan pedalaman. Di bandar inilah terdapat ramai
guru-guru agama yang terus-menerus menyampaikan risalah Allah dan Rasul dalam semua
bidang. Kesempatan seperti ini tidak sepatutnya dilepaskan begitu sahaja. Sebagaimana
agama Islam berkembang di kota Madinah, begitu jugalah Islam berkembang di negara kita.
Menurut Imam As-Syafie “Orang yang tidak menyukai ilmu tidak ada kebaikan padanya” malah
ilmu itu adalah pemimpin dan amalan adalah pengikut. Hadith
riwayat Ibnu Majah
“Menuntut ilmu itu adalah kewajipan ke atas setiap muslim”
Langkah 2.
Surah
Asy-Syuara’ : Ayat 214 ‘Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu
yang terdekat’ – Dengan ilmu yang telah kita perolehi dan pelajari itu tadi,
hendaklah disampaikan kepada ahli keluarga yang terdekat dengan tujuan untuk
menjauhkan diri sendiri dan keluarga daripada perbuatan kufur dan syirik agar mereka
terselamat dari azab Allah s.w.t. Oleh itu, janganlah menyimpan atau merahsiakan
ilmu agama yang ada pada diri sendiri kepada orang lain kerana perbuatan tersebut
boleh merosakkan amalan dan aqidah.
Langkah 3.
Surah Al-Jumu’ah : Ayat 2
“Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang-orang (Arab) yang Ummiyin,
seorang Rasul (Nabi Muhammad s.a.w) dari bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka
ayat-ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan membersihkan
mereka (dari I’tiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah (Al-Quran) dan
Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum syara’) Dan sesungguhnya
mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad s.a.w) itu adalah kesesatan yang nyata.
Apakah
manusia itu tidak bersyukur dengan limpah kurnia daripada Allah s.w.t. yang paling
besar dan agung iaitu dengan menzahirkan Rasulullah s.a.w. sebagai pemimpin yang
membawa rahmat? DiberikanNya kepada bangsa Arab secara khusus dan bangsa-bangsa lain
secara umum sehingga mereka menjadi ‘Umat Islam’ bagi memimpin mereka ke jalan
keselamatan dan kebahagiaan didunia dan diakhirat. Maka sudah sewajibnya kita sebagai orang
yang beriman bersyukur akan ni’mat dan rahmatNya itu.
Malangnya, di zaman moden
ini, manusia dengan terang dan nyata telah menghina nabi dan sunnah Baginda Rasulullah.
Sedangkan sesiapa sahaja yang memperlekehkan Rasulullah, mereka telah kufur tanpa syak
dan ini adalah golongan orang-orang yang sesat dan menyesatkan. Kerana itulah, ilmu
memainkan peranan yang sangat penting untuk menaikkan semangat jihad. Setiap daripada
kita pasti akan menghadapi pelbagai mihnah dan tribulasi dalam usaha untuk mencapai
tahap keimanan yang tinggi. Hendaklah setiap daripada kita bekerja keras untuk
keredhaan Allah. Pada masa yang sama juga, sifat sabar perlu dimantapkan dan
dipertahankan kerana pangkat, duit, perempuan dan sebagainya merupakan ujian-ujian dunia
yang sukar malah ramai yang telah kecundang sebelum berjuang.
Langkah 4.
Surah
Al-Kahfi : Ayat 28 “Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan
orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang
mengharapkan keredhaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu
daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah
engkau mematuhi orang-orang yang kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan
mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan
tingkahlakunya pula adalah melampaui kebenaran.”
Sebagai pejuang-pejuang agama
Allah, kita mestilah sentiasa meletakkan diri kita dalam jemaah yang taat dan patuh
kepada perintah Allah dan Rasul. Hendaklah mendekatkan diri dengan surau dan masjid
bagi menyuburkan rohani agar tidak mudah terjebak dengan tipu helah dunia yang
merupakan fatamorgana semata-mata. Dalam masa kita taat kepada Allah dan Rasul, jangan
sekali-kali kita taat dan takut kepada manusia yang berkuasa sedangkan mereka telah
bertindak menzalimi umat Islam samada secara nyata atau sir (tersembunyi). Jangan
sekali-kali hormat dan taat kepada manusia yang Allah telah lagha dan lalaikan hat-hati mereka
meskipun keluarga sendiri. Larangan supaya tidak menghormati dan mentaati kepada
manusia di sini bermaksud mereka yang tidak mengikut kehendak Al-Quran dan As-Sunnah.
Adalah mustahil bagi seseorang itu mempunyai sifat mencintai Allah dan Rasul, tetapi
pada masa yang sama juga menjadi penentang yang konsisten.
Langkah 5.
Surah
An-Nisa’ : Ayat 77 “Tidakkah engkau (hairan) melihat (wahai Muhammad), akan
orang-orang yang (pernah) dikatakan kepada mereka :”Tahanlah tangan kamu (daripada
bertindak melancarkan perang yang belum diizinkan), dan dirikanlah sembahyang serta
berikanlah zakat”. (Mereka meminta juga hendak berperang), kemudian apabila mereka
diperintahkan berperang, tiba-tiba sepuak di antara mereka merasa gerun kepada manusia sama
seperti mereka merasa gerun kepada (azab) Allah atau lebih gerun lagi. Lalu mereka
merayu kepada Allah dengan berkata : “Wahai Tuhan kami, mengapa Engkau wajibkan kami
berperang (pada saat ini)? Mengapa Engkau tidak biarkan kami hingga ke tempoh yang
singkat (iaitu akhir hayat kami)?” Katakanlah (wahai Muhammad): “Matabenda yang
menjadi kesenangan di dunia ini adalah sedikit sahaja, (dan akhirnya akan lenyap),
dan (balasan) hari akhirat itu lebih baik lagi bagi orang-orang yang bertaqwa (kerana
ia lebih mewah dan kekal selama-lamanya), dan kamu pula tidak akan dianiaya sedikit
pun”.
Sesungguhnya ayat Allah di atas adalah ayat pemberi semangat kepada pejuang-pejuang
Islam yang menegakkan agama Allah dengan menggunakan senjata dan bermandikan darah
seperti yang sedang berlangsung di Chechnya, Palestin, Kashmir, Ambon dan tidak
ketinggalan, di negara ini juga walaupun tidak bersenjata. Senjata utama orang-orang
Islam ialah Doa dan Solat. Kedua-duanya mesti diamalkan dengan tujuan untuk mendekatkan
diri dengan Allah. Hanya dengan restu daripada Allah, kita akan mendapat kekuatan
rohani. Inilah kekuatan utama jemaah Islam. Apabila kita meninggalkan kedua-duanya,
maka hancurlah kekuatan rohani. Surah Al-Baqarah : Ayat 153 ‘Hai orang-orang yang
beriman, jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang
yang sabar’.
Langkah 6.
Surah Al-Hijr : Ayat 94 “Oleh itu, sampaikanlah
secara berterus terang apa yang diperintahkan kepadamu (wahai Muhammad), dan janganlah
engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum kafir musyrik itu.”
Kekuatan iman
seseorang itu boleh dilihat melalui kekuatan menyampaikan seruan Allah. Samada kita
mampu mencegah kemungkaran melalui perbuatan, perkataan atau hati. Atau
setidak-tidaknya kita mengelakkan diri daripada menyertai atau berada bersama-sama
dengan golongan yang menentang perintah Allah dan Rasul. Dalam keadaan kita menjauhkan
diri daripada mereka, akan datang pelbagai tohmahan, fitnah dan tentangan yang sudah
semestinya akan mencabar kesabaran dan maruah. Namun, dalam keadaan sebegini, janganlah
kita mengambil pusing kerana apabila kita mengimbas kembali sejarah Baginda Rasullulah
dalam usaha menyebarkan nur Allah, Baginda menerima tentangan yang amat hebat daripada
kaum keluarga dan masyarakat Mekah. Betapa tingginya nilai suri teladan dalam diri Rasullullah
kerana tidak pernah mengeluh dan mengadu kepada Allah apabila dirinya merupakan seorang
yang yatim piatu, miskin dan ummi kecuali apabila dia ditentang, dihina, diperlekeh,
dipersenda dengan pelbagai tohmahan yang menguris hatinya hanya semata-mata kerana menegakkan
agama Allah. Begitulah juga dengan keadaan diri kita pada hari ini, walaupun diri kita
dihina dan diperlakukan dengan tidak sepatutnya, ingatlah bahawa dugaan kita terlampau
kecil berbanding dugaan yang di terima oleh Rasulullah s.a.w. yang membolehkan kita menerima
nur Allah pada hari ini.
Langkah 7.
Surah Al-Imran : Ayat 111 “Mereka (kaum
Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti
(perasaan kamu dengan ejek-ejekan dan tuduh-tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka
memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu )kalah dengan
sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.”
Walau apa
pun tindakan mereka terhadap orang-orang beriman, jangan sekali-kali kita merasa takut
dan gentar kerana mereka tidak berkuasa untuk menghapuskan nur Allah. Bantuan daripada
Allah akan datang hanya apabila menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh Allah.
Orang-orang Islam yang beriman akan berperang dan berjihad untuk mati syahid sedangkan
musuh-musuh Allah berjuang untuk hidup. Kerana itulah, Islam diumpamakan seperti
pedang. Makin diasah makin tajam. Makin ditekan dan dizalimi makin tinggi
semangat jihad menegakkan agama Allah. Surah Muhammad : Ayat 20 “Dan (kerana gemarkan
pahala berjuang menegakkan Islam), orang-orang yang beriman berkata :”Alangkah
baiknya sekiranya diturunkan satu surah (dari Al-Quran, yang memerintahkan kami berjuang?)”
Maka apabila diturunkan satu surah (dari Al-Quran) yang
tegas keterangannya dan
tersebut padanya hukum-hukum yang mewajibkan perang Jihad (menentang pencerobohan
musuh), sudah tentu engkau akan melihat orang-orang yang ada penyakit (kufur) dalam
hatinya memandang kepadamu dengan terbeliak matanya kerana gerun takut menghadapi mati; dengan
yang demikian, maka kebinasaanlah lebih hampir kepada mereka”.
Langkah 8.
Surah Al-Anfal : Ayat 60 “Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang
menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan
berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu, musuh-musuh Allah
dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya. Dan
apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada
kamu, dan kamu tidak akan teraniaya.”
Orang-orang yang beriman hendaklah
menyediakan kekuatan semaksima yang termampu. Kekuatan disini bukan hanya merujuk
kepada kekuatan bersenjata tetapi perang saraf / psikologi seperti kekuatan dari semua
aspek kehidupan oleh setiap individu seperti penyampaian ilmu, ekonomi, seni mempertahankan
diri dan sebagainya. Surah Al-Hajj : Ayat 39 “Dizinkan berperang bagi orang-orang
(Islam) yang diperangi (oleh golongan penceroboh), kerana sesungguhnya mereka telah
dianiaya; dan sesungguhnya Allah amat berkuasa untuk menolong mereka (mencapai
kemenangan). Kekuatan ini amat diperlukan kerana orang-orang Islam akan sentiasa diuji
hingga ke hari qiamat. Di mana-mana sahaja di dalam dunia ini, kita mendapati bahawa
Islam tidak putus-putus ditindas dengan zalim dan kejam oleh mereka yang berkuasa dan
memerintah.
Langkah 9.
Surah Al-Baqarah : Ayat 39 “ Dan orang-orang kafir
yang mendustakan ayat-ayat keterangan Kami, mereka itu ialah ahli neraka, mereka
kekal didalamnya”.
Dengan ini, kita mestilah berpegang kepada tali Allah dalam
apa jua urusan kehidupan di dunia kerana barangsiapa yang menentang dan menghalang
syariat Allah dan Rasul, mereka akan mendapat kehinaan di dunia dan di akhirat.
Langkah-langkah
yang dinyatakan di atas adalah merupakan pemangkin untuk menaikkan semangat jihad ke
jalan Allah. Tidak dinafikan bahawa dalam keseriusan kita untuk memastikan syariat
Allah tertegak di negara ini, sudah tentu perasaan was-was dan tidak yakin akan atau
sedang bersarang di dalam hati dan minda.
Haruslah diingat bahawa agama Islam
tidak lemah tetapi orang-orang Islam itu sendiri yang lemah kerana meninggalkan
ajaranNya. Oleh itu, sebagai seorang yang kesetiaannya tidak berbelah bahagi kepada
Allah dan Rasul, adalah haram mengasihi musuh-musuh Allah. Perasaan benci kepada musuh Allah
bukan satu perasaan yang dibuat-buat atau boleh dilakunkan kerana ia lahir secara
semulajadi dari dalaman iaitu iman dan hati.
Kehadiran perasaan benci terhadap
musuh-musuh Allah dalam jiwa setiap orang beriman merupakan nikmat yang besar anugerah
daripada Allah s.w.t. justeru :
- orang-orang yang Allah telah tanamkan iman
dalam hati mereka
- menguatkan mereka dengan pertolongan daripada Allah dalam
menghadapi musuh-musuhnya, bersemangat kental, tidak mudah goyah
- dimasukkan mereka
ke dalam syurga Allah dan kekal didalamnya
- Allah redha terhadap mereka dan mereka
puas dengan pemberianNya.
Surah Al-Anfaal : Ayat 29 ‘wahai orang-orang yang
beriman! Jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk)
yang membezakan antara yang benar dengan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan
kamu, serta mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan Allah (sememangnya) mempunyai limpah
kurnia yang besar’
Akibat daripada asakan dan tumpuan utama terhadap pembangunan
dan kemajuan dunia diberikan keutamaan, maka manusia telah dilalaikan daripada
menyedari bahawa pada hakikatnya, bala telah menimpa masyarakat. Secara tidak langsung,
mereka telah terlindung daripada mendapat ni’mat Allah s.w.t.
Untuk memastikan
orang-orang Islam itu kuat, maka setiap ahli jemaah mesti ada sifat kasih sayang.
Jangan mewujudkan puak dalam sesebuah jemaah. Sebagai pengenalan kepada orang-orang
beriman, Allah akan kurniakan air muka yang bersih dan jernih. Suatu anugerah daripada
Allah penuh ni’mat. Para malaikat sebagai makhluk langit juga akan mengenali wajah-wajah
yang disinari nur keimanan dengan diucapkan salam kesejahteraan.
Apakah anda
terdiri daripada pejuang-pejuang agama Allah.? Jika ya, teruskan perjuangan anda dalam
apa jua bidang yang telah dianugerahkan oleh Allah melalui bakat, ilham dan kekuatan
dalam diri setiap insan. Jangan mengharapkan sebarang pembalasan daripada manusia
tetapi haraplah rahmat dan redha Allah s.w.t.
Wannor
13 Syaaban 1421H /
10 November 2000