minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Ganyang BN, Ganyang BN!!

assalamualaikum wbt,
hati saya selalu terharu dan sebak atas pengorbanan rakyat golongan marhaen dalam menuntut keadilan di bumi sendiri. Saya yg sedang berada di luar negara amat sayang sekali tidak dapat menyertai perjuangan yg bagi saya, wajib bagi saya utk turut sama memperjuangkannya kerana itu sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai seorang MUSLIM walaupun dalam usia yg masih muda. Usia belia tidak seharusnya menjadi faktor dalam menyekat perjuangan keadilan.

Saya kira, rata rata warga Malaysia yg berada di luar negara yg sudah dapat melihat sistem pentadbiran negara lain (US cthnya bagi saya) amat menyedari amat teruknya sekali condition kerajaan kita. Falsafah demokrasi yg kononnya dilaksanakan di negara sendiri sebenarnya diperlecehkan dan ini seharusnya ditentang oleh rakyat kerana mereka (pemimpin kerajaan) seharusnya berkhidmat utk keselesaan rakyat. 

Bagi saya pemimpin pemimpin kerajaan sekarang tidak ubah seperti orang yg dungu yg tidak dapat menerima hakikat bahawa mereka ini sebenarnya tidak layak memegang jawatan pemimpin. Terus terang saya katakan di sini, bahawa sekiranya ada ahli ahli UMNO yg berasakan UMNO seharusnya memimpin negara, saya katakan itu hanya ucapan bibir yg didokong oleh rasa ego dan bebal semata mata kerana MALAYSIA BUKAN UMNO @ BN, MALAYSIA UTK RAKYAT MALAYSIA dan RAKYAT MALAYSIA BERHAK UTK MENUNTUT KEADILAN DI BUMI SENDIRI. Tidakkan ada kuasa polis, kuasa manusia yg lain yg dangkal pemikirannya atau pun kuasa mahkamah yg bengong mentafsir undang undang perlembagaan negara (hakim pun dah jadi baghal disebabkan ikut sangat kata orang yg berilmukan doktor) utk menyekat kebangkitan rakyat ini. SAya percaya, sekiranya kita bergerak secara istiqamah dan sistematis, nescaya kita akan menyediakan asas yg kuat utk persediaan pilihanraya 2004.

Saya amat yakin bahawa seluruh dunia sudah mengetahui kelentong busuk pemimpin negara kita yg berdegar degar laksana kakak tua dan justeru itu mereka pun sudah tidak mengindahkan perkembangan negara kita. Alangkah aibnya kita dimalukan di pentas politik dunia kerana kerajaan kita diterajui oleh nafsu perut pemimpin , bukannya akal bestari manusia intelek yg bersifat ihsan. 

Saya ingin menyeru kepada sahabat sahabat di malaysia agar bangkit berjuang secara ikhlas kerana ingin menuntut keadilan bagi semua pihak, tidak mengira bangsa dan agama. Bagi sahabat sahabat yg sedang berada di IPTA, saya cadangkan agar sahabat sahabat semua dapat memberikan sokongan dalam menyebarkan info info mengenai ketidakadilan kerajaan di premis anda semua (di kawasan rumah sewa, di food court campus, sebelum lecture, waktu pulang ke kampung halaman) . Bagi yg sudah bekerja pula, saya cadangkan agar melibatkan diri dalam melakukan kerja kerja politik di tempat kerja masing-masing dan melobi kawan kawan yg lain agar turut serta memberikan sokongan kepada pihak yg mendokong keadilan. Cikgu cikgu sekolah menengah yg berhati mulia, saya memohon agar cikgu cikgu supaya memberitahu perkara yg benar pada anak murid di bangku sekolah supaya mereka sedar akan gelombang kebangkitan menuntut keadilan di tanahair sendiri. 

Saya juga ingin menyeru pegawai pegawai kerajaan yg sayangkan negaranya supaya bangkit menentang sebarang polisi ketidakadilan di dalam pejabat mereka sendiri (cthnya menerima arahan supaya menyambut kehadiran TPM di airport (pegawai tidak dibayar gajinya utk itu, seleweng amanah kerja)) kerana etika kerja ini akan dibawa dalam kehidupan anda seharian. 

Saya juga ingin menyeru seluruh masyarakat Malaysia, tidak kira Pak Ahmad, Tauke Lim atau pun Uncle Raju supaya memulaukan seluruh golongan pemimpin kerana mereka ini layak utk menerima layanan yg sebegitu rupa kerana mereka menjadi dalang pada kehancuran politik, ekonomi dan sosial negara kita. Pulaukan mereka ini, keluarga mereka dan juga saudara mereka (yg menerima habuan amalan kronisme). Kita ajak saudara mereka yg masih lagi boleh berfikir secara rasional supaya turut sama memulaukan orang orang yg zalim ini supaya memberikan tekanan psikologi pada golongan pemimpin agar mereka tunduk pada kehendak rakyat.

Sudah menjadi hasrat hati saya utk pulang ke tanahair dalam beberapa tahun lagi dan seterusnya mengundi parti pembangkang. Oleh itu, saya juga berharap utk melihat rakan rakan saya yg ketika itu sudah tamat tempoh pendidikan di IPTA agar mengundi parti yg mendokong keadilan supaya kita dapat memastikan negara kita ini dapat diselamatkan dari masalah bangkrap politik.

Saya ucapkan selamat maju jaya kepada seluruh rakyat yg cintakan keadilan dan kebahagian di negara sendiri supaya berjuang menuntut hak kita yg semakin terhakis itu. Salam perjuangan dari USA, percayalah bahawa perjuangan anda ini amat amat dihargai oleh kami yg berada di luar negara. Jazakallah.

Pencinta Keadilan

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter