minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MAHATHIR INGIN MEROMPAK LAGI!!

Setelah berjaya melakukan rompakan dan membalun khazanah negara, Mahathir ingin meneruskan rompakannya ke atas wang rakyat iaitu wang pendeposit Lembaga Urusan Tabung Haji. Kali ini Mahathir menggunakan alasan LUTH akan membeli kapal terbang sendiri bagi mengangkut para jemaah iaiu dengan cara membeli saham MAS. Seperti yang diketahui bahawa MAS adalah antara syarikat kroni yang paling bermasalah terutama sejak dipengerusikan oleh Tajudin Ramli.

Rakyat bagaimana pun wajar berterima kasih kepada Prof. Di Raja Ungku Aziz kerana bertindak cepat menyangkal kenyataan Menteri Yang Tewas Dalam Pilihan Raya, Datuk Paduka Hamid Othman yang mengeluarkan kenyataan bagi pihak Mahathir @ Mahafiraun itu.

Lihat berita ini dipetik dari Utusan Meloya semalam.

Bantah Tabung Haji beli MAS -- Ungku Aziz: Penubuhannya bukan untuk menyelamatkan syarikat tenat

KUALA LUMPUR 14 Nov. - Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) tidak boleh digunakan untuk menyelamatkan syarikat-syarikat tenat, termasuk membeli Penerbangan Malaysia (MAS) kerana tujuan penubuhannya adalah untuk menyediakan perkhidmatan kepada bakal haji.

Profesor Diraja Ungku Aziz berkata, sebarang pelaburan yang dicadangkan oleh lembaga itu harus diteliti secara halus kerana ia melibatkan wang simpanan rakyat.

''Tabung Haji ini bukannya Bulan Sabit Merah untuk menyelamatkan syarikat-syarikat yang tenat, lagipun kerajaan ada banyak lagi perbadanan lain seperti Pengurusan Danaharta Nasional Bhd. untuk melakukannya,'' katanya kepada Utusan di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Abdul Hamid Othman semalam yang menyatakan Tabung Haji sedia menimbang untuk membeli saham MAS jika ditawarkan selaras dengan rancangan badan itu untuk memiliki kapal terbang bagi perkhidmatan haji.

MAS sebelum ini dikenal pasti sebagai salah sebuah syarikat tempatan yang bermasalah akibat kegawatan ekonomi dengan mencatat kerugian sejak beberapa tahun lalu.

Ungku Aziz disifatkan sebagai pendorong utama yang membawa kepada penubuhan Tabung Haji selepas beliau mengemukakan satu kertas kerja berjudul 'Rancangan Membaiki Keadaan Ekonomi Bakal-Bakal Haji' pada tahun 1959.

Tabung Haji ditubuhkan dengan nama Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji pada 1 November 1962 selepas mengambil kira syor-syor yang beliau cadangkan di dalam kertas kerja itu.

Menurut Ungku Aziz, pembelian saham syarikat penerbangan bukan cara terbaik bagi Tabung Haji untuk mendapatkan tiket serta perkhidmatan yang paling murah ke Mekah.

''Dengan jumlah pelanggan tetap yang berpuluh ribu orang setiap tahun, Tabung Haji memiliki kuasa tawaran yang 10 kali ganda lebih besar dari mana-mana agensi pelancongan, jadi mereka bolehlah tarik harga,'' katanya.

Membeli syarikat penerbangan untuk mendapatkan tiket yang murah samalah seperti membeli dusun untuk memakan durian sedangkan durian di pasar lebih banyak dan murah, tambahnya.

Selain itu, ujar beliau, pelaburan di dalam MAS juga perlu mengambil kira faktor hidangan minuman keras dalam pesawatnya yang haram di sisi agama Islam sedangkan wang itu dilaburkan oleh bakal haji untuk memenuhi kewajipan Rukun Islam.

Katanya, perniagaan yang diceburi oleh MAS juga adalah satu bidang yang amat sukar dan memerlukan pengurusan yang berpengalaman bagi memastikannya memperoleh keuntungan.

''(Lagipun) dari segi teori pelaburan, ia tidak berapa baik kerana MAS sekarang dalam keadaan yang tidak begitu sihat,'' katanya.

Menurutnya, badan penasihat pelaburan Tabung Haji harus mengkaji segala aspek sebelum membuat sebarang pelaburan bagi mengelakkan pelabur menanggung kerugian.

Oleh: MOHD. ASUKI ABAS

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter