minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Dalam kemelut kegagalan Malaysia untuk menjadi tuan rumah Sukan Asian 2006, pelbagai keluhan  diluahkan oleh mereka mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan Majlis Olimpik Asia (OCA) memilih Doha, Qatar. Kita harus melihat dari sudut positif  dan memikirkan apakah hikmah yang terselindung dari kegagalan kita ini.Kita tidak boleh menyalahkan orang lain dan menyimpan buruk sangka tentang kejayaan mereka.Mereka mesti mempunyai alasan yang konkrit mengapa memilih Qatar.Kita jangan menganggap kita yang mempunyai segala infrastruktur yang lengkap dan presentation yang terbaik  akan automatik menjadi pilihan.Kalau dilihat dari sudut kekurangan infratruktur,kita harus sedar bahawa masa masih ada 6 tahun lagi untuk Qatar membangunkan infrastruktur yang mungkin sepuluh kaliganda lebih canggih dari yang ada di Malaysia.Semuanya bergantuk kepada sumber kewangan.Ada wang semua jadi.

Oleh itu kita harus mengambil ikhtibar dari kegagalan ini bahawa kita hanya merancang sebaik mungkin tetapi takdir Allah SAW yang menentukannya.Kita tidak boleh takabur ,sombong  dan melawan takdir.

Walaubagaimanapun saya sungguh berasa sedih kerana issue kegagalan ini di politikan.Berita sukan Di akhbar Utusan bertarikh 14/11/2000 dengan jelas menerangkan bahawa Menteri Belia dan Sukan Saudara Hishhamudin  telah melibatkan parti pembangkang dalam soal letak jawatan beliau kerana kegagalan tersebut. Cerita meletak jawatan ini sebenarnya provokasi pemberita Utusan (surat khabar UMNO) juga. Cuba lihat keratan Berita Minggu 29/10/2000 di atas.Headlinenya “Jawatan Hisham jadi pertaruham”.Ejaannya pun tidak betul, beritanya ……..fikirkan sendiri.Saudara Hussain Saad yang melaporkan bahawa seandainya ditakdirkan Kuala Lumpur gagal dalam memenangi hak tuan rumah Sukan Asia 2006,Datuk Hishamuddin Hussein akan menyerahkan kedudukan selaku Menteri  Belia dan sukan kepada PM.Ini berpunca dari kegagalan beliau membuktikan keupayaan sebenarnya mengetuai kementeriannya meraih kejayaan .Dakwaan itu berikutan kegagalan Skuad badminton negara memenangi Pila Thomas dan  kegagalan dalam Sukan Olimpik Sydney,apabila kekuatan kontingen terbesar dalam sejarah pulang dengan tangan kosong.

Siapa yang jolok dulu ?,bukan ke akhbar milik UMNO yang timbulkan…Jadi apa kena mengenanya dengan parti pembangkang!

PM kena fikirkan hal ini….

Cucu Dato’ MAHARAJALELA
Pasir Salak.

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter