minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Pilihanraya Kecil DUN Lunas - BA Mesti Menang

Suruhanjaya Pilihanraya telah menetapkan tarikh 21 November 2000 sebagai tarikh penamaan calun untuk Pilihanraya Kecil DUN Lunas. Sekiranya ada pertandingan maka 29 November 2000 telah ditentukan sebagai hari mengundi. Memandangkan 29 November 2000 ini akan jatuh dalam bulan puasa yang dijangka bermula pada 27 November 2000, adalah diharapkan semuga keberkatan "Ramadhan Al-Mubarak" ini memberikan kemenangan untuk Calun Barisan Alternatif.

Berdasarkan gezet senarai pengundi, difahamkan bahawa Gezet yang dibuat pada 13 November adalah diterimapakai. Ini bererti untuk DUN Lunas ini terdapat seramai 26,746 pengundi yang layak mengundi di mana seramai 26,717 adalah pengundi biasa dan selebihnya iaitu 29 pengundi pos. Terdapat 565 pengundi berdaftar baru daripada jumlah keseluruhan pengundi. Pecahan pengundi mengikut kaum ialah 50% Melayu, 30% Cina dan 20% India. Secara kasarnya bolehlah disimpulkan bahawa di DUN Lunas ini terdapat seramai 13,373 orang pengundi Melayu, 8,024 orang pengundi Cina dan seramai 5,349 orang pengundi India.

Sekiranya analisa dibuat berdasarkan keputusan pilihanraya yang lepas dimana Dr. Fernandez (BN/MIC) memperolehi sebanyak 9,760 undi, M.Kathiravelo (DAP) memperolehi sebanyak 5,060 undi, En. Ibrahim Mohamed Rashidi (Bebas) memperolehi 2,158 undi dan En. Letcumanan (Bebas) memperolehi 87 undi. Ini bererti bahawa seramai 17,065 daripada 26,181 (setelah ditolak 565 pengundi baru berdaftar) yang layak mengundi pada tahun 1999 telah keluar membuang undi. Ini dari segi peratus yang keluar mengundi ialah 65% sahaja. Ternyata peratus yang keluar mengundi di DUN Lunas ini semasa pilihanraya yang lepas adalah rendah.

Sekiranya percaturan pengundian berasaskan faktor kaum, dan diandaikan semua pengundi dari kaum India memberikan undi untuk Dr. Fernandez, beliau hanya memperolehi 5,349 undi sahaja. Ini bererti baki sebanyak 4,411 undi ((9,760 - 5,349) adalah daripada kalangan pengundi kaum Melayu dan kaum Cina. Tetapi harus diingat bahawa calun DAP M. Kathiravelo memperolehi sebanyak 5,060 undi iaitu lebih kurang dengan peratusan bilangan pengundi India keseluruhan. Jadi ini jelas menunjukkan bahawa kedua-dua calun India tersebut bukan sahaja memerlukan undi dikalangan pengundi kaum India bahkan juga dari kedua-dua kaum lain iaitu Melayu dan Cina.

Dalam keadaan senario politik sekarang ini apa yang diperkatakan bahawa Melayu berpecah, yakni terdapat pengundi Melayu yang sokong UMNO, terdapat pengundi Melayu yang sokong PAS, terdapat pengundi Melayu yang menyokong keADILan dan terdapat juga pengundi Melayu yang menyokong PRM dan DAP. Jika diandaikan pecahan pegundi Melayu berpecah kepada purata: 30% (UMNO/BN), 30% (PAS), 30% (KeADILan) dan 10% (PRM/DAP), yang bererti daripada 13,373 pengundi Melayu; UMNO, PAS dan KeADILan akan memperolehi sebanyak 4,012 undi setiap satu parti, undi orang Melayu. Sementara itu dari kalangan pengundi Cina pula undi mungkin terbahagi dua dimana 50% undi dari kaum Cina akan diraih oleh (MCA/BN) dan 50% lagi oleh (DAP), begitu juga dari kalangan pengundi India dimana dijangka 50% pengundi India akan menyokong (MIC/BN) dan 50% menyokong (DAP). Ini bererti UNDI PENENTU yang bakal memberikan kemenangan adalah datangnya daripada 10% undi Melayu yang menyokong (PRM/DAP). Untuk itu adalah IDEAL calun BA untuk DUN Lunas ini didatangkan dari kalangan calun Melayu. Namun begitu sejauhmana peranan DAP, KeADILan dan PRM memainkan perananya dan pengaruhnya meraih undi-undi dari kalangan kaum Cina dan India adalah sangat penting. Gerakan yang sistematik untuk tujuan ini perlu dipersepakati bersama.

Persoalan ini bisa terjawab dengan mempersoalkan mengapakah pada pilihanraya umum lalu, untuk DUN Lunas ini terdapat 2 orang calun bebas ?. Sedangkan matlamat BA dalam pilihanraya umum yang lepas ialah jelas iaitu "Satu Lawan Satu". Kemunculan calun bebas EN. Ibrahim Mohamed Rashidi dari kalangan kaum Melayu besar kemungkinan menyatakan protes meletakkan M. Kathiravelo calun DAP dari kaum India. Atau ini juga adalah salah satu strategi BA meletakkan En. Ibrahim Mohamed Rashidi bagi memecahkan undi kaum Melayu ?. Kalaupun strategi memecahkan undi Melayu berjaya, namun adakah undi dari kaum Cina berjaya dipecahkan ?. Jadi adalah nyata bahawa kemenangan Dr. Fernandez ditentukan oleh undi dari kaum Cina. Dengan itu maka tumpuan untuk meraih undi dari kaum Cina perlulah dimainkan oleh BA terutamanya DAP dengan membawa dan membangkitkan isu-isu yang boleh diterima oleh mereka.

Memandangkan bilangan pengundi dari kalangan kaum Melayu melebihi 50% dan melebihi dari kedua-dua kaum yang lain, adalah lebih sesuai calun untuk pilihanraya kecil ini diwakili seorang berbangsa Melayu pada tanggapan saya. Ini memandangkan "mode" rakyat Melayu di Negeri Kedah ini lebih cenderung kepada parti PAS berbanding dengan UMNO. Ada kemungkinan peratusan pengundi Melayu yang menyokong calun BA Melayu menjangkau dan melepasi 60% dalam kes di Negeri Kedah ini. Calun berbangsa Melayu ini seharusnya mendapat restu daripada Kepimpinan Peringkat Tertinggi Barisan Alternatif (BA). Calun ini boleh didatangkan daripada mana-mana parti yang menganggotai komponen Barisan Alternatif, baik dari PAS, keADILan, PRM dan juga DAP. Setiap parti boleh mencalunkan satu nama atau tokoh yang difikirkan popular, dikenali ramai, komited dalam perjuangan menegakkan keadilan dan relevan dengan DUN Lunas ini. Usahlah dipersoalkan sangat daripada parti mana calun ini didatangkan, tetapi yang penting semua parti komponen BA mestilah bersatu dan berusaha menyokong dan bekerjasama dalam memberikan kemenangan kepada calun berkenaan dan sekaligus menafikan 2/3 majoriti BN di DUN Kedah.

Strategi/Isu-Isu yang disarankan oleh "Wartawan Laman Reformasi" bolehlah dikaji dan diterima pakai untuk menjana kemenangan BA ini. Kempen-kempen ke akar umbi mestilah ikhlas dan jangan sekali-kali kita membeli undi dengan merasuah pengundi seperti yang telah, sedang dan akan dilakukan oleh Jentera Pilihanraya BN. Kita memerlukan pengundi yang komited yang akan bersama kita baik semasa kita senang mahupun semasa kita susah !.

"UNDILAH "BA" DEMI MENEGAKKAN KEADILAN DAN MENGHAPUSKAN KEZALIMAN"

"LAWAN TETAP LAWAN - KALI INI PASTIKAN KITA MESTI MENANG !"

antikezaliman-umno@barisanalternatif.com

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter