PILIHAN RAYA DUN LUNAS (KEDAH)
Masa yang ditunggu oleh
semua rakyat dan bangsa Malaysia….terutamanya pengundi di LUNAS
sendiri…. 29hb.Nov.2000 (secara kebetulan 29/11/1999-Pilihanraya Umum Ke 10) ….hari
yang dinantikan akan menjelma tiba….senario 5hb.Nov.2000 (Lebuhraya Kesas) akan
kembali….kali ini bukan 100,000 rakyat akan berada di LUNAS malahan 22 juta rakyat dan
bangsa Malaysia akan hadir sama ada dengan jasad atau roh mereka disana…..!!!!.
29hb.Nov.2000…..tarikh
yang menentukan sama ada BN atau BA akan menjadi YB alaf baru…..???? Tapi pokok
utamanya UMNO@BN kini kian resah dan gundah-gulana….kiranya tewas di LUNAS bermakna
Kerajaan Campuran di alaf baru terpaksa dibentuk oleh Kerajaan Negeri Kedah…..!!!!
satu senario yang mencemaskan UMNO@BN ……!!!! Apa yang perlu kini…..apa sehaja cara
akan digunakan untuk memastikan LUNAS menjadi milik UMNO@BN walaupun berwakilkan calon
dari MIC@BN …..???? itulah hakikat sebenarnya.
Dengan pendedahan penulis dan
beberapa teman dari laman Pro-Reformasi…..isu kematian YB JOE…..adalah isu pokok dan
kepimpinan UMNO@BN serta masalah dalaman UMNO@BN Kedah juga membantu calon BA untuk
meraih kemenangan di LUNAS…..???? Makin hari, makin sempit serta terdesaknya UMNO@BN
kini…..dan UMNO@BN kini makin di tekan dan terus ditekan oleh rakyat marhain mengenai
isu agama dan perkauman di LUNAS…begitu juga diperingkat Nasional….????.
Apakah
isu murtad ( isu pokok ), isu perkauman, isu penyelewengan, isu kepimpinan, isu
kemiskinan, isu kuasa, isu dalaman parti UMNO@BN sendiri akan menjadi bahan utama kempen
di LUNAS…..walau beribu alasan akan diberi oleh UMNO@BN serta BARISAN ALTERNATIF
……. Isu pokok adalah ISU MURTAD dan PERKAUMAN……semua pengerak JENTERA BARISAN
ALTERNATIF perlu ingat….isu ini amat sensetif serta boleh menjadikan satu suasana
tegang yang boleh menyebabkan BARISAN ALTERNATIF gagal di LUNAS dan dikuburkan terus
dari PERSADA POLITIK NEGARA…..inilah yang dirancang dan dihalusi oleh UMNO@BN dalam
usaha menyelamatkan kuasa mereka…..???? Permainan politik sekotor UMNO@BN ini adalah
satu cara yang paling hina dalam dunia…..yang telah lama dipraktikkan oleh juak-juak
UMNO@BN serta kompenan BARISAN NASIONAL….????
Memang isu murtad serta perzinaan
di LUNAS boleh membantu calon BA (isu pokok yang menjadi BONUS) ……tetapi ia perlu
ditangani secara halus serta berhati-hati…..sebagai rakyat dan bangsa Malaysia…kita
perlu sedar dibumi mana kita berpijak…dan sebagai orang ISLAM kitapun perlu sedar
apakah dasar perjuangan ISLAM….waktu bila sesuai berdakwah dan diwaktu bila pula kita
sesuai untuk berperang dengan musuh Allah s.w.t…!!!! perancangan yang tepat dan
teratur amat perlu dilakukan dalam tempoh terdekat ini….????
Sewaktu artikel
ini ditulis….nama CALON dari BA belum diumumkan…..tapi sebagai PENGERAK BARISAN
ALTERNATIF….soal CALON adalah perkara kedua….tetapi tanggung-jawap kita adalah
memastikan CALON BA menang dan Kerajaan BN KEDAH terpaksa berkongsi kuasa bersama
BA…..itulah matlamat kita……dan memastikan hak rakyat dan Malaysia yang adil
ditegakkan dimana jua dinegara Malaysia yang tercinta ini….itulah dasar utama kita
berjuang dipersada POLITIK MALAYSIA….walau bagaimanapun AGAMA adalah asas kehidupan
dan perjuangan…. Kita boleh bertanya kepada penganut ISLAM, KRISTIAN, BUDDHA, HINDU
dan lain-lain agama…..apakah yang disuruh dan apakah yang dilarang dalam agama
mereka….???? Kita ambil contoh yang terhampir (yang pastinya tiada satupun agama di
Malaysia ini sama) Cuma yang ada terhampir atau secara kebetulan sehaja….dan mana yang
baik kita terima dan mana yang bertentangan dengan pegangan agama masing-masing kita
tolak mengikut anutan masing-masing….??? Tapi satu perkara pokok dalam agama di
Malaysia…… Setiap AGAMA mengajak kepada kebaikkan dan menolak kepada kejahatan
…..itulah asasnya……begitu juga dalam kehidupan…..kita akan memilih kebaikkan dan
menolak kepada kejahatan…..jadi asas AGAMA adalah asas KEHIDUPAN…..justeru itu
KEHIDUPAN berasaskan AGAMA YANG HAK pasti mencapai kejayaan, Insya Allah….!!!!
Begitu
juga di PERSADA POLITIK MALAYSIA….kita wajib memilih PARTI atau KUMPULAN PARTI yang
mengajak kepada kebaikan dan menolak mereka yang mengajak kepada kejahatan…..itulah
asas pembentukkan MALAYSIA YANG ADIL……kepada PETUGAS DAN PENCERAMAH BARISAN
ALTERNATIF….(yang pasti SDR SAIFUDDIN NASUTION - memang terkenal sebagai penceramah
berfakta kukuh ) dapat menjalankan kempen dan penerangan dengan penuh disiplin dan
tanggung-jawap sebagai rakyat dan bangsa Malaysia…… kita yakin pengundi di LUNAS
faham benar siapakah UMNO@BN dan siapakah BARISAN ALTERNATIF…..tapi kita jangan lalai
dengan keyakinan ini…..kerana musuh politik kita akan mengambil kesempatan diatas
kelalaian kita….!!!
Kempen dan rayuan undi berfakta kukuh adalah sangat
membantu CALON BA di LUNAS…..sila pastikan semua PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA di LUNAS
mendapat fakta kukuh sebelum membuat kempen atau rayuan undi……sila sediakan risalah
atau dokumen sahih yang boleh mempengaruhi pengundi….. kita wajib meninggalkan sistem
politik tradisi yang banyak mengunakan sistem UMNO@BN ……sebagai KUMPULAN POLITIK
ALAF BARU….kita pasti mampu mengubah minda dan persepsi rakyat mengenai POLITIK
DIMALAYSIA…..(secara umumnya tokoh pemimpin BA telah didedahkan dengan sistem POLITIK
ALAF BARU INI )….beberapa seminar dan perbincangan kalangan pemimpin BA telah mendapat
kata sepakat dalam isu perubahan senario POLITIK MALAYSIA…..inilah yang dicari dan
ditagih oleh seluruh rakyat dan bangsa Malaysia…..walaupun susah dan baru ia pasti
datang kerana masa tidak pernah lari dari waktunya……!!!!!. Sebarang perubahan memang
susah hendak diterima oleh rakyat…itulah taktik dan perancangan UMNO@BN
…..menjadikan rakyat was-was serta takut menerima perubahan…..!!!! dan kini menjadi
tanggung-jawap BARISAN ALTERNATIF mencairkan minda serta persepsi rakyat dan bangsa
Malaysia…..bahawa BARISAN ALTERNATIF adalah kerajaan ALTERNATIF pilihan rakyat
Malaysia…..dan UMNO@BN adalah kerajaan kuno yang membawa kehancuran kepada rakyat dan
bangsa Malaysia……tapi kita wajib memberikan contoh dan fakta kukuh kenapa UMNO@BN
dan BARISAN NASIONAL perlu ditolak serta dikuburkan terus dari PERSADA POLITIK MALAYSIA
.
Saya adalah orang yang tidak layak untuk memberikan taktik atau cara yang
sesuai dalam isu PERUBAHAN SISTEM POLITIK MALAYSIA DIALAF BARU….tetapi sebagai rakyat
dan pendokong GERAKAN REFORMASI MALAYSIA…saya rasa amat bertanggung-jawap untuk
memastikan rakyat dan bangsa Malaysia dikejutkan serta disedarkan dari terus berada
dalam lamunan mimpi indah ciptaan UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun dan
juak-juaknya…..itu adalah tujuan asal penulis……!!!!
Kita kembali semula
kepada DUN LUNAS ….. kita semua tentu telah menimpa pengalaman dari 3 pilihanraya
dalam tempoh 1 tahun…..yang terakhir di Teluk Kemang …… dan penulis
terlibat secara lansung dalam ketiga-tiga pilihanraya ini ….. begitu juga dalam dua
pilihanraya antarabangsa di Sri Langka dan Amerika…..??? apa yang penulis
lihat…..sistem atau cara tradisi dalam pilihanraya di Malaysia masih lagi berada dalam
minda PETUGAS BARISAN ALTERNATIF…mungkin itu pandangan penulis….walau bagaimanapun
kita wajib berhijrah untuk mencapai kejayaan dan kemajuan…itu yang dilakukan oleh Nabi
Muhammad s.a.w…..!!!!
Walau bagaimanapun di Teluk Kemang ….. beberapa cara
dan taktik baru telah ditemui oleh PETUGAS JENTERA PILIHANRAYA disana…. (penulis tak
boleh tulis dalam artikel ini….ini adalah resepi BA --- rahsia besar)….yang pastinya
kita memohon PENGARAH JENTERA BA KEDAH…..membuat permohonan kepada seluruh JENTERA
PILIHANRAYA di TELUK KEMANG dan SANGGANG dapat membantu di LUNAS…..yang pastinya
rakan-rakan penulis akan berada di KEDAH dari hari penamaan calon sehingga selesai
mengundi….itulah yang mampu penulis rayu kepada rakan-rakan pejuang…Bantu setakat
yang mampu di LUNAS….Insya Allah….????
Di LUNAS kita memerlukan lebih kurang
5000 petugas yang komited dan mantap untuk menghadapi JENTERA BARISAN NASIONAL yang
serta mewah ( $$$$$ )…… dan petugas BA yang sederhana…..tetapi bukan itu
alasanya…..???? 24,000 pengundi / 5000 petugas = 4.8 pengundi untuk 1 petugas
BA……kalau 1 petugas BA mampu berdakwah dan menyedarkan 3 pengundi di
LUNAS…..Insya Allah, DUN LUNAS menjadi milik BA. Dan pada pendangan penulis Sdr.
Saifuddin Nasution yang telah menjadi Calon Parlimen di sana….amat berpengalaman
dengan pengundi LUNAS begitu juga bekas CALON DUN BA yang lalu….!!!
Apa yang
perlu kini kerjasama erat dalam BA perlu ditingkat serta diserlahkan di LUNAS….atas
apa alasan sekalipun oleh UMNO@BN yang BA tidak mampu memerintah…..kita sebagai
pendokong GERAKAN REFORMASI MALAYSIA dan BARISAN ALTERNATIF….inilah masanya kita ingin
membuktikan bahawa BA adalah pilihan rakyat marhain…walaupun kita gagal di dua
pilihanraya kecil yang lalu…!!! Kejayaan melalui kegagalan lebih nikmat dan
bermakna… tapi jika kita berjaya tanpa tentangan dan kesusahan ( UMNO@BN memang suka
menang percuma ), kita akan menjadi manusia yang lalai dan mimpi disiang hari…!!!
Akhirnya
….. diseru SELURUH JENTERA PILIHANRAYA BA DI LUNAS …. Laksanakan amanah dan
tanggung-jawap serta harapan 22 juta rakyat marhain untuk memastikan CALON BA menang dan
Kerajaan Campuran Kedah berjaya dilaksanakan…. Harapan dan doa 22 juta rakyat marhain
sentiasa mengiringi seluruh pejuang BARISAN ALTERNATIF…. JIHAD DI BULAN RAMADHAN ….
Dan PERPERANGAN BADAR …. Di bulan RAMADHAN…. Kini perperangan minda dan jiwa
menghadapi musuh utama UMNO@BN dibulan RAMADHAN…..gunakan kebijaksanaan dan pengalaman
untuk menewaskan CALON MIC@BN di LUNAS…. Pastikan dan terus berjuang hingga
berjaya….walau beribu halangan yang akan ditempuh….PUASA itu mengajak kita semua
bersabar serta gagah berjuang….sesungguhnya Allah s.w.t mahukan ISLAM tertegak dibumi
MALAYSIA ini….!!! RAMADHAN adalah bulan pilihan….bulan penuh berkat dan
pahala…percayalah selagi kita yakin dan terus yakin Allah s.w.t maha berkuasa…segala
pengorbanan dan perjuangan kita akan mencapai kejayaan…..!!!! RAMADHAN tahun ini
RAMADHAN penuh keberkatan…percayalah itulah yang telah ditentukan oleh Allah
s.w.t……amin……SELAMAT BERJUANG.
" Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN
"
15HB.NOV.2000
REFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG
ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH
MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL