minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Sifat Dakwah Dan Pendakwah - Siri 10

Sifat Dakwah Dan Pendakwah seterusnya ialah mengetahui perkara-perkara berikut:- ...sambungan dari Siri 9...

vi)    Mengetahui Mazhab-Mazhab 'Aqidah Yang Betul Dan Yang Salah.

        Apabila ada pengetahuan dalam perkara-perkara tersebut maka akan mudahlah bagi mubaligh untuk menerangkan manakah yang haq (benar) dan manakah yang batil (palsu). Seseorang yang tidak mengetahui perkara yang batil tentulah tidak akan memperdulikan haq yang dipegang oleh orang lain. Orang-orang yang tidak mengetahui mazhab-mazhab dan adat-adat agama orang lain tentulah tidak dapat mengatur kata-kata yang sesuai dengan cara pemikiran mereka.

vii)    Mengetahui Bahasa Umat Yang Hendak Diberi Seruan Ajaran Islam.

        Tersebut di dalam Sahih al-Bukhari : Bahawa Rasulullah SAW menyeru sebahagian sahabatnya mempelajari bahasa Yahudi untuk memberi penjelasan kepada orang Yahudi yang tinggal berhampiran dengan tempat beliau.

Diriwayatkan daripada Zaid bin Thabit: "Bahawa Nabi SAW telah menyuruhnya supaya mempelajari kitab orang Yahudi, sehingga dapat aku menulis bagi Nabi SAW tulisannya (iaitu dalam bahasa Yahudi), dan aku membacanya (iaitu kepada Nabi SAW) akan tulisan mereka itu (iaitu orang Yahudi) apabila mereka itu menulis kepadanya".

Orang yang bukan Islam tidak boleh diletakkan kepercayaan untuk menterjemah, kerana mereka tidak dapat memahami hakikat agama Islam, sekalipun mereka mempunyai sifat amanah. Ini berbeza dengan para mubaligh yang memahami agama dan menguasai bahasa mereka. Orang Kristian menyedari hakikat ini. Oleh yang demikian mereka mempelajari bahasa semua bangsa. Jesteru itu mereka dapat menyalin kitab-kitab mereka ke dalam berbagai bahasa untuk menyebarkan agama mereka.

viii)    Mengetahui Ilmu Kemasyarakatan

Dengan mengetahui ilmu ini dapatlah mubaligh menyeru tiap-tiap golongan dengan cara yang sesuai dengan budaya hidup mereka. Mubaligh yang tidak mengetahui ilmu ini samalah seperti doktor yang mengubati pesakit tanpa mengetahui penyakitnya terlebih dahulu. Natijahnya, mungkin ubat yang diberikan tidak sesuai dengan penyakit dan ini akan memudaratkan si pesakit.

ix)    Kuat Kepercayaan Kepada Janji-Janji Allah.

Mubaligh yang mempunyai kepercayaan teguh terhadap janji-janji Allah SWT akan dapat membangkitkan hemahnya; serta dapat mengambil segala peluang untuk menjayakan seruannya dengan hati yang penuh yakin bahawa kalau seruannya itu tidak berkesan pada hari ini maka tetap akan berkesan pada esok hari serta percaya bahawa perkara batil tetap akan lebur; tentu akan tiba hari bagi kebenaran untuk mengatasi kebatilan.

Berkata Sayyidina Ali Karama'llah wajhahu: "Tidak akan tegak kebatilan melainkan adanya kelalaian yang haq (kebenaran)".

Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (Agama) Allah nescaya Allah membela kamu untuk mencapai kemenangan dan meneguhkan tapak pendirian kamu".    (Surah Muhammad - Ayat 7).

Senario hari ini jelas menunjukkan PAS adalah wadah yang benar-benar membela Agama Allah (Islam), sebaliknya UMNO Baru(A) jelas mendokong Sekularisma yang mengagungkan Assabiyah (Nasionalis Melayu). PAS telah mengambil Al-Qur'an sebagai pegangannya, sebaliknya UMNO Baru(A) mempertahankan Perlembagaan bikinan barat sebagai peganganya. Itupun perlembagaan tersebut sering dicerobohi dan tidak diikuti dan dipatuhi demi mempertahan survival politik UMNO Baru(A) itu sendiri !.

PAS sendiri dengan berani mengatakan bahawa sekiranya UMNO Baru(A) mengambil Al-Qur'an (Islam Yang Syumul) sebagai pegangan dan cara hidup untuk Malaysia ini, maka PAS boleh membubarkan partinya pada bila-bila masa sahaja, kerana pada ketika itu PAS adalah "redundant". Berpandukan pengakuan ini amatlah jelas siapakah yang benar-benar membela Agama Allah (Islam). Renungkanlah Wahai Ahli-Ahli UMNO Baru(A) sekalian !"

Sikap Rasulullah SAW berdakwah, dengan Istiqamah dalam menghadapi segala rintangan dan bencana adalah sebaik-baik contoh yang membuktikan betapa kuat kepercayaannya kepada janji Allah. Akhirnya beliau berjaya melaksanakan segala tugasnya.

Dalam kes larangan kepada Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan) berceramah untuk menyampaikan Risalah Allah dan RasulNya  di masjid-masjid dan surau-surau oleh Dr.Mohd Khir Toyo (Menteri Besar Selangor) sekali lagi senarion ini memperjelaskan betapa Istiqamahnya Tuan Guru Dato' Nik Aziz Nik Mat ini dalam menghadapi rintangan terhadap usaha dakwahnya. Beliau dengan ikhlas meminta pihak-pihak yang melarangnya berceramah menunjukkan mana-mana isi ceramahnya yang salah dari segi Islam. Dimanakah rasionalnya orang-orang JAIS yang lebih rendah ilmu agamanya memberikan tauliah berceramah kepada Tuan Guru yang lebih tinggi ilmu agamanya ?. Ini serupalah ibarat seorang Prebet memberikan tauliah kepada seorang Kaptenlah jadinya. Adalah jelas bahawa keberanian Tuan Guru menepati kehendak sifat seorang pendakwah. Tindakan Dr. Mohd Khir Toyo tidak lebih daripada tindakan menegakkan survival politik UMNO Baru dan bermotif politik yang sempit lagi jahat !.".

Seruan:    

"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong UMNO kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".

Insyallah Undur M ahathir N egara O k !...... KeADILan PASti tertegak apabila ke ZALIMan kita hancurkan.

Membangun Bersama Islam : Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...

habibu@hangjebat.com

   
 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter