minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

TAMADUN DAN MODENISASI : SATU PENTAFSIRAN SEMULA

Sememangnya amat mudah untuk mengatakan bahawa kita ini sudah cukup bertamadun terutama selepas menyambut kedatangan alaf baru abad 21.Apa yang kita katakan itu mungkin benar berasaskan bahawa kita kini sudah ada bangunan pencakar langit, lebuh raya termoden, rakyat yang bijak pandai bahkan kini wujud koridor raya multi media (MSC). Itu semua adalah lambang-lambang tamadun. Tetapi benarkah itu semua menunjukkan kita memang cukup bertamadun?

Atau pun kita katakan kita kini sudah cukup moden dengan segala peralatan tercanggih istimewa dalam mengharungi era globalisasi,segala-galanya cukup. Semuanya siap sedia untuk kita meneruskan hidup sebagi insan moden dengan peralatan serba canggih, serba automatik, serba lengkap bahkan bijaksana dan intelektual! Memang begitulah kebanyakan tangapan kita terhadap tamadun dan modenisasi.

Tetapi di sebalik semuanya itu, setiap hari kita mendengar berita tentang jenayah,rompakan, pembunuhan, perogolan dan berbagai-bagai lagi jenayah yang semakin kompleks sifatnya sesuai dengan kehidupan kita yang kian kompleks itu.Itukah tamadun? Akar kata tamadun sebenarnya adalah dari din, dana, yadnu,madinah, madani (penelitian lanjut boleh dilihat dalam Syed Muhammad Naquib Al Atas, Islam and Secularisme).Dengan akar kata itu kita sebenarnya dapat melihat arah dan maksud sebenar perkataan tamadun dan moden itu.

Tamadun tidak hanya bermakna perubahan ekstrinsik seperti pembangunan yang pesat dan teknologi yang tercanggih, tetapi kita miskin dari segi roh, jiwa dan penghayatan maksud ‘din’ itu  sendiri. Contoh masyarakat yang paling bertamadun dalam sejarah dunia ialah masyarakat Madinah, di mana Muhammad SAW sebagai Ketua Negara, sebagai Jenderal dalam ketumbukan tentera, sebagai hakim di mahkamah dengan rakyatnya yang berbilang bangsa hidup dengan rukun dan damai di bawah satu sistem dan undang-undang. Sistem dan undang-undang itu adalah dari ‘din’ itu sendiri iaitu din Al Islam. Demikianlah maksud dan pengertian tamadun. Ini bermakna apabila kita mengalami proses modenisasi, di samping sistem yang canggih,pembangunan material yang pesat, kita juga mengalami modenisasi dalam sikap dan jiwa. Sikap dan jiwa kita haruslah melambangkan ketamadunan itu. Umpamanya kita haruslah menghormati jiran, tetamu, saling mengambil berat  terhadap sesama anggota masyarakat dan apa sahaja yang disarankan oleh Islam.

Bukanlah bertamadun bila kita tidak mengenali jiran kita, membiarkan mereka kesusahan , mencuri harta benda awam, tidak menghormati perasaan orang lain dan sebagainya. Ini bermakna dalam masyarakat yang bertamadun hidup kita maju tetapi tenang, tidak ada keluh kesah, tidak ada kezaliman, tidak ada kemungkaran. Ini juga bermakna masyarakat Barat bukanlah model kita dalam perkara ini kerana walaupun mereka mencapai kemajuan di bidang meterial, tetapi mengalami keruntuhan moral yang teruk menyebabkan hidup sering dilanda gelisah serta ketegangan.

Begitulah, apabila Ku Seman (Utusan Malaysia,14.11.2000) mengajak kita mengorbankan  nilai kehidupan yang tinggi demi untuk mendepani modenisasi dan globalisasi  kerana takut dianggap tidak bertamadun dan anti-establishment, kita diajak lebih bersifat terbuka  terhadap agenda-agenda yang meruntuhkan ketamadunan, terasa ajakan itu seolah-olah bercanggah dengan konsep tamadun yang sebenarnya. Pesta muzik dengan mandi air buih dan minum juga air buih yang dluluskan permitnya oleh DBKL di Bangsar itu bukanlah  bermakna bertamadun seperti yang kita fahami. Itu hanyalah refleksi dari tamadun Barat yang menjadi modelnya, yang sebenarnya adalah kembali ke alam jahilyyah, alam sebelum lahirnya masyarakat madani, atau masyarakat multi-racial yang dipimpin oleh Muhammad SAW itu. Masyarakat jahiliyyah adalah tidak beragama, tidak ada ‘din’, atau tidak ada aturan hidup yang jelas yang boleh diikuti. Gaya kehidupan sedemikianlah yang disanjung oleh kebanyakan orang sekarang ini, sedangkan gaya hidup sedemikian adalah gaya hidup jahiliyyah, atau apa yang disebut oleh Muhammad Qutb, jahiliyyah di abad dua puluh.

Segala cara hidup dan sistem hidup yang tidak berasaskan din Islam tidaklah dianggap bertamadun atau pun moden dalam perbincangan ini, kerana apabila yang satu (cara hidup Islam) itu betul, yang lainnya mestilah tidak betul. Dan Islam pun menegaskan ‘ barang siapa yang memilih cara hidup atau din selain dari Islam, maka tidak sekali-kali ia akan diterima..’                       

AlKundangi.

14.11.2000

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter