minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Sebab-Sebab Menjadi Kafir - Buat Renungan Ahli-Ahli UMNO Baru(A) - Siri 3

Seseorang yang telah beriman (Islam) atau telah diakui keimannanya akan berubah menjadi "kufur" (kaafir) bila melakukan salah satu antara 8 perkara berikut, iaitu:-

(.... Sambungan Dari Siri 2)

3. Merasa Ragu-Ragu Atau Syak Terhadap Sesuatu Yang Telah Dipercayai.

Sebagai contohnya ialah seorang yang meragu-ragukan "Allah SWT" itu ada atau tidak ada; merasa ragu-ragu tentang Kitab Suci Al-Qur'an; atau meragukan tentang Nabi Muhammad SAW atau lain-lain Nabi; benarkah Kenabian dan Kerasulannya (sedangkan sebenarnya beliau adalah seorang Nabi atau Rasul; atau yang diijma'kan menjadi "Nabi" oleh para 'Ulama' Islam). Ya, keimanan itu belumlah dianggap sah selagi masih ragu-ragu terhadap apa-apa kepercayaan yang dianuti. Sila rujuk dalil keraguan dalam kitab "Shahih Muslim" : Kitab Al-Iimaan.

Keadaan di atas adalah berbeza sekali dengan seseorang yang kedatangan was-was atau bisikan syaitan; kerana was-was atau lintasan hati ini selalu berlari dalam hati seseorang; sekejap datang dan sekejap pergi - sehinggalah dia berhasil menimbulkan keraguan (syak: 50 diterima dan 50 ditolak) dalam kepercayaan, maka baharulah dia termasuk ke dalam kategori ragu-ragu atau syak yang membahayakan i'tiqad. Sila rujuk (Surah Al-Kahf : 36).

Jadi; apabila Pemimpin UMNO Baru(A) meminta supaya Al-Qur'an ditafsir semula - adakah ORANG ITU ragu-ragu tentang Kitab Suci Al-Qur'an ?

Jadi; apabila Pemimpin UMNO Baru(A) memperjuangkan Sekularisma (memisahkan politik dengan agama Islam) - adakah ORANG ITU ragu-ragu tentang penegasan Allah dalam Kitab Suci Al-Qur'an bahawa Islam adalah agama disisiNya ?.

Jadi; apabila Pemimpin UMNO Baru(A) mengatakan mustahil Rasulullah SAW meninggalkan terlalu banyak tauladan - adakah ORANG ITU ragu-ragu tentang Nabi Muhammad SAW ?.

Jadi; apabila Pemimpin UMNO Baru(A) mempersendakan janggut Rasulullah SAW - adakah ORANG ITU ragu-ragu tentang Kerasulan Nabi Muhammad SAW.

Jadi; apabila Pemimpin UMNO Baru(A) tidak mengambil Al-Qur'an sebagai pedoman hidup sebagai seorang Islam - adakah ORANG ITU ragu-ragu tentang Allah SWT.

Fikirkanlah Wahai Ahli-Ahli UMNO Baru(A) !!!

 

Seruan:   

"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong dan Ahli-Ahli UMNO Baru(A) kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah/nasionalis kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Pertentangan diantara Islam dan Sekular - Sekular PAS ti Tersungkur !.    (Dr. Yusuf Al-Qardawi)

Maka kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".

Insyallah U ndur M ahathir N egara O k !...... KeADILan PAS ti tertegak apabila ke ZALIMan kita hancurkan.

Membangun Bersama Islam : Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...

habibu@hangjebat.com

 

 
 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter