minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Kedudukan Syari'ah Islamiah Yang Serba Mencakup Dan Bersifat 'Alamiah - Untuk Renungan Ahli-Ahli UMNO Baru(A)

Allah SWT telah memasukkan semua kebaikan dan kebajikan di dalam Syari'ah Islamiah dengan ini ia (syari'ah) telah mencapai kemuncaknya. Ia mempunyai kedudukan yang serba mencakup dan bersifat antarabangsa dan kekal abadi. Berhubung dengan persoalan kepujian dan kebebasannya dari semua bentuk kesilapan.

Allah SWT sendiri meyakinkan: "Pada hari ini (semasa Haji Wida') Ku sempurnakan untuk kamu Deenmu, dan telah Ku cukupkan nikmatKu, dan telah Ku redhai ISLAM itu menjadi Deen bagimu".    (Surah Al-Maa'idah 5:3)

Hafiz Ibnu Kathir tatkala menjelaskan Ayat ini berkata, ini ialah rahmat dan pemberian Allah SWT yang terbesar kepada Ummah Muslimah kerana ia telah menyempurnakan Deen ini untuk mereka. Sekarang Ummah ini tidak memerlukan sebarang Deen atau cara hidup lain. Inilah sebabnya kenapa Rasullullah SAW diberi kedudukan yang tinggi sebagai Rasul penutup dan Risalahnya ditujukan kepada kedua-dua jin dan manusia. Apa yang diistiharkannya halal  adalah halal, dan apa yang ditegahnya adalah haram. Deen yang benar hanyalah Deen yang dibawanya dan kebenaran adalah apa yang diberikannya. Deen ini bebas dari sebarang kealpaan dan keburukan, dan tidak ada pertelingkahan mengenainya.

Allah SWT berfirman: "Telah sempurnalah kalimat Rabbmu (Al-Qur'an), sebagai kalimat yang besar dan adil".    (Surah Al An'aam 6:116)

Yakni, peristiwa-peristiwa yang disebutkan adalah berdasarkan kepada kebenaran, dan ayat-ayat yang menyuruh dan menegah melakukan perkara-perkara dan tindakan-tindakan tertentu adalah didasarkan kepada keadilan dan kesamaan. Dengan penyempurnaan Deen ini, kesejahteraan dan kenikmatan yang tinggi diberikan oleh Allah.

Kita, saudara-saudara Muslim, hendaklah melahirkan rasa kegembiraan kerana Deen pilihan Allah telah dihantar kepada kita dan Deen ini telah diWahyukan kepada Rasulullah SAW yang memberikannya pula kepada kita melalui Kitab Suci yang paling mulia, Al-Qur'anul Karim.

Berhubung dengan sifat 'alammiah dan kekekalan Deen ini, ini dapat dilihat dari perbuatan Rasulullah SAW yang telah memberitahu kepada kita semua mengenai perkara atau amalan yang disukai Allah SWT dan juga menegah kita daripada melakukan maksiat atau tindakan yang menyebabkan kemurkaan Allah, hinggakan Rasulullah SAW telah memperjelaskan perkara yang paling kecil.

Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadith yang berbunyi: "Salmaan RA meriwayatkan bahawa dikatakan kepadanya: Nabimu SAW mengajar kepadamu tentang semua perkara, walaupun perkara mengenai najis. Ia menjawab: Ya ia melarang kami dari menghadap Qiblat semasa membuang air ataupun air kecil, atau beristinjak dengan tangan kanan atau dengan kurang dari tiga ketul batu, atau dengan tahi haiwan (kering) atau tulang".

Ingatlah bahawa kepentingan dan kegunaan perintah ini adalah untuk semua masa, semua zaman, dan untuk jin dan manusia. Perintah ini bukan ditujukan kepada satu bangsa, sebagaimana Rasulullah SAW bercakap mengenai dirinya sendiri: "Sebelumku, tiap Nabi dutuskan kepada kaumnya masing-masing, tetapi saya dikirimkan untuk semua umat manusia, dan katanya lagi: Demi Allah SWT, yang dalam TangaNya berada jiwa Muhammad SAW, sesiapa dari kalangan orang-orang Yahudi atau Nasrani (Kristian) yang mendengar tentang ku tetapi tidak yakin kepada apa yang aku bawa lalu mati dalam keadaan itu (tidak beriman), maka ia akan menjadi penghuni-penghuni An-Naar (Neraka)".

Begitu juga, dalam satu keadaan lain Rasulullah SAW bersabda: "Kalaulah Nabi Musa AS masih hidup lagi, maka ia terpaksa mengikutku".

Baginda Rasulullah SAW berkata demikian pada masa Sahabatnya, Hadzrat 'Umar RA sedang membaca Kitab Taurat. Kedudukan Syari'ah yang unik dan bersifat 'alamiah (sejagat) ini dikuatkan dengan satu kenyataan, iaitu apabila Nabi Isa AS turun dari langit semasa hari Qiamat ia juga akan menyuruh manusia mengamalkan Syari'ah ini. Jadi adalah jelas bahawa ini ialah Syari'ah yang akhir dan ia syari'ah yang lalu.

Hafiz Ibnu Kathir tatkala menerangkan makna Surah Huud mengatakan bahawa Allah SWT memberi amaran kepada orang-orang yang menolak Kitab Suci Al-Qur'an atau mana-mana Ayat-ayatNya.

Allah SWT berfirman: "Dan barang siapa di antara mereka (orang-orang Quraisy) dan sekutu-sekutunya yang kafir kepada Al-Qur'an, maka nerakalah tempat yang diancamkan baginya ".    (Surah Huud 11 : 17).

Sekiranya manusia enggan beriman kepada Kitab Suci Al-Qur'an, ia sudah pasti akan dicampakkan ke dalam neraka, tanpa mengira bangsa atau negaranya.

Allah SWT berfirman: "Supaya dengannya (Al-Qur'an) aku memberi peringatan kepadamu dan kepada orang-orang yang sampai Al-Qur'an kepadanya".    (Surah Al An'aam 6:19).

Allah SWT berfirman: "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai manusia, sesungguhnya aku adalah Utusan Allah kepadamu semua".   

(Surah Al A'raaf 7:158).

Disebut dalam Sahih Muslim bahawa Abu Musa Al Asy'ari RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Demi Dia yang di dalam TanganNya berada jiwa Muhammad, sesiapa di antara masyarakat Yahudi atau Nasrani yang mendengar mengenaiku tetapi ia tidak beriman dengan apa yang didatangkan untuknya lalu ia mati dalam keadaan ini (kufur), maka ia akan menjadi salah seorang dari penghuni Neraka".

Ayub Sakhtynani Sa'id bin Juba'ir RA meriwayatkan: "Apabila saya mendengar sebarang Hadith saya menyemak halaman-halaman Kitab Suci Al-Quran untuk mempastikan kesahihannya dan saya berjaya dalam hal ini. Apabila Hadith di atas sampai kepada saya, saya menelitinya untuk mempastikan ia terdapat didalam Kitab Suci Al-Qur'an. Semasa pencarian ini saya ternampak ayat ini: "Dan barang siapa di antara mereka (orang-orang Quraisy) dan sekutu-sekutunya yang kafir kepada Al-Qur'an, maka nerakalah tempat yang diancamkan baginya".    (Surah Huud 11:17).

Saya terus membuat kesimpulan bahawa Ayat  ini mempersaksikan Hadith di atas dan perkataan Ahzab merujuk kepada semua bangsa (umat).

Jadi apalah yang boleh kita harapkan kepada pemimpin UMNO Baru(A) apabila:-

*    tidak menghayati tuntutan al-Quran dan al-Hadith dalam kehidupan seharian mereka. Sedangkan Islam itu ialah satu cara hidup ?.

*    tidak memahami al-Quran dan al-Hadith sebaliknya bercakap tentang Islam ikut "akal dan buntut" ?.

*    mengatakan bahawa Hukum Hudud Islam tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana negara ini berbilang kaum dan masyarakatnya bersifat majmuk ?.

Seruan:   

"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong dan Ahli-Ahli UMNO Baru(A) kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah/nasionalis kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Pertentangan diantara Islam dan Sekular - Sekular PASti Tersungkur !.    (Dr. Yusuf Al-Qardawi). Insyallah U ndur M ahathir N egara O k !...... KeADILan PAS ti tertegak apabila ke ZALIM an kita hancurkan.  Maka kembalilah kedalam ISLAM yang syumul ini! - amin !".

Membangun Bersama Islam : Allahuakbar !...

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter