minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Dasar-Dasar Syari'ah Islamiah - Renungan Buat Ahli-Ahli UMNO Baru(A)

Asas bagi Syari'ah Islamiah  adalah Wahyu  Allah SWT yang dianugerahkanNya kepada Rasulullah SAW. Tujuan wahyu diturunkan ialah untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan (kekufuran) kepada cahaya (Iman). Wahyu ini terpelihara hingga ke hari ini dalam bentuk Kitab Suci Al-Qur'an. Tidak ada persoalan mengenai penyisipan atau pengeliruan di dalam Kitab itu dari mana-mana pihak. Kitab itu diturunkan dari Allah Yang Maha Bijaksana dan Maha Gemilang.

Satu lagi sumber Syari'ah Islamiah ialah Sunnah Rasulullah SAW, yang mana ia merupakan penterjemahan atau penjelasan bagi Al-Qur'an. Kitabullah  dan Sunnah Rasululah SAW berkait rapat antara satu sama lain sepertimana persaksian Syahadah "Laa illaaha  Tiada Ilah (Tuhan) melainkan  Allah" dan persaksian "Muhammadur Rasulullah Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah", tidak boleh dipisahkan antara satu sama lain. Penyiasatan lanjut akan menunjukkan bahawa asas Syari'ah Islamiah  didasarkan kepada dua prinsip yang unik dan fundamental:-

1.  Prinsip dasar yang pertama ialah  Ibadah (penyembahan) hanyalah milik Allah yang tidak mempunyai sekutu; samada ia (sekutu itu) seorang Malaikat yang mulia atau seorang Nabi. Hanya Allah sahaja yang mesti disembah.

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah, maka janganlah kamu menyembah seseorangpun di dalamnya disamping (menyembah) Allah".       

(Surah Al Jin 72:18)

Allah SWT berfirman: "Katakanlah; sessungguhnya solahku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, tiada sekutu bagiNya; itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)".   

(Surah AL Jin 6:162-163)

2.    Prinsip dasar yang kedua ialah Allah mestilah disembah sebagaimana yang diperintahkan dalam Kitab Suci Al-Qur'an dan menurut Sunnah Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah ia. Dan apa yang dilarangnya kepada kamu maka tinggalkanlah".   
(Surah Al-Hasyr 59:7)

Allah SWT berfirman: "Katakanlah; Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepada ku: "Bahawa sesungguhnya ilah kamu itu adalah ilah (Tuhan) Yang Esa." Barang siapa mengharap perjumpaan dengan Rabbnya, maka hendaklah ia mengerjakan amal soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadah kepada Rabbnya"   
(Surah Al Khafi 18:110). << Hafiz Ibnu Kathir tatkala menafsirkan ayat "Falya'mal Amalan Saalihan" menulis bahawa perkataan Saalihan  menunjukkan amalan yang bersesuaian dengan Titah Perintah Allah dan yang dikerjakan hanyasanya untuk mencari keredhaan Allah. Ada dua syarat asas yang mesti dilakukan untuk menjadikan sesuatu tindakan disukai Allah. Syarat pertama ialah amalan itu mestilah dilakukan dengan niat hendak mencari keredhaan Allah, dan syarat kedua ialah amalan ini hendaklah bersesuaian dengan Sunnah Rasulullah SAW.

Diriwayatkan dari Siti A'Isyah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang mengada-adakan sesuatu perkara baru dalam Sunnahku adalah ditegah".

Demikianlah Dasar-Dasar Syari'ah Islamiah:-

Maka kepada pendokong-pendokong dan Ahli-Ahli UMNO Baru(A) renungkanlah adakah pemimpin-pemimpin kamu benar-benar memperjuangkan dasar-dasar Islamiah ini.

Lihat dan dengarkanlah betapa pemimpin-pemimpin UMNO Baru(A) berbicara tentang Islam walaupun mereka-mereka itu dunggu lagi jahil tentang ilmu agama Islam itu sendiri. Ulama-ulamak muktabar mereka ketepikan, Mufti-Mufti mereka bisukan, sebaliknya menerima Ularmak Songsang Astora Jabat menjalankan agenda-agenda nya memesongkan aqidah umat Islam negara ini didalam ruang "bicara agama" di akhbar Mingguan Malaysia, demi menjaga dan membenarkan kepentingan politik assabiah UMNO Baru(A) itu.

 
Lihat sahaja betapa pemimpin UMNO Baru(A) nombor wahid kamu memperlekehkan Allah dengan meminta supaya Al-Qur'an ditafsirkan semula.
Lihatlah sahaja betapa pemimpin UMNO Baru(A) nombor wahid kamu memperlekeh Rasulullah dengan menghina janggut Nabi Muhammad SAW.

Lihatlah sahaja betapa pemimpin UMNO Baru(A) nombor wahid kamu mempersenda hukum Hudud Yang Ditetapkan Al-Quran dengan mempersenda kalau nak makan sup tangan pergilah ke Kelantan.

Lihatlah sahaja betapa pemimpin UMNO Baru(A)  nombor wahid kamu mempersenda hukum Murtad yang jelas ditetapkan sebagai dibunuh tetapi katanya ini akan menjauhkan orang dari menganuti Islam. Yang kita nak jaga orang yang sudah tentu berada dalam Islam bukan orang yang belum tentu masuk Islam - bangang !.

Lihat pula pemimpin UMNO Baru(A) nombor dua kamu mempersenda hukum minuman arak dengan melepaskan mereka yang terbabit dengan arak semasa penangkapan di The Pub The Ship sebaliknya menyalahkan dan memalukan pegawaiJAIS yang menjalankan perintah Allah SWT iaitu mencegah kemungkaran.

Lihat pula Menteri Besar UMNO Baru(A) kamu memperlekeh Ulama dengan tidak membenarkanya berceramah agama di Masjid dan Di Surau semata-mata atas dasar dendam politik assabiah dan perkauman kamu yang sekular lagi sempit.

Seruan:   

"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong UMNO Baru(A) kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".

Pertentangan Islam dan Sekular - Sekular PASti tersungkur - (Dr. Yusuf Al-Qardawi)

Insyallah U ndur M ahathir N egara O k !...... KeADILan PAS ti tertegak apabila ke ZALIM an kita hancurkan.

Membangun Bersama Islam : Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...

habibu@hangjebat.com

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter