Orang-Orang Muslim Dan Kepatuhan Mereka Kepada Syari'ah -
Renungan Buat Ahli UMNO Baru(A) - Siri 1
Harus diingat bahawa adalah menjadi kewajipan setiap
orang Muslim mengikut Syari'ah yang serba mencakup dan bersifat 'alamiah
ini, dan tidak ada sesiapapun yang dibenarkan menyimpang dari jalan ini walaupun
sedikit. Jadi setiap orang Muslim perlu menyedari bahawa dia mestilah mencorakkan
kehidupannya menurut titah perintah Syari'ah supaya ia mendapat rahmat
dan pertolongan Allah, dan menjauhkan diri dari ditimpa kemurkaan dan kebencian Allah
SWT.
Allah SWT berfirman: "Dan tidaklah patut bagi lelaki yang
mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah
menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan
mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka dia benar-benar telah
sesat, suatu kesesatan yang nyata". (Surah
Al-Ahzab 33:36).
Allah telah menetapkan bahawa
Hukum Murtad iaitu ialah Bunuh.
Jadi tidakkah tindakan Pemimpin UMNO Baru(A)
mempertikaikan ketetapan (qata'ie) ini dianggap
sebagai mendurhakai Allah dan RasulNya ?.
Allah telah menetapkan bahawa
Menutup Aurat itu Wajib. Jadi
tidakkah tindakan Pemimpin UMNO Baru(A) membiarkan
isteri-isteri, anak-anak dan wanita-wanita dikalangan mereka
tidak menutup aurat dianggap sebagai mendurhakai Allah dan RasulNya ?.
Allah SWT berfirman: "Apa yang diberikan Rasul kepadamu
maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya kepadamu maka tinggalkanlah; dan
bertaqwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah sangat keras hukumannya".
(Surah Al-Hasyr 59:7).
Rasul telah memberikan mukjizatnya iaitu Al-Quran
sebagai
Panduan, jadi apakah hukuman terhadap
Pemimpin UMNO Baru(A) yang mengenepikan Al-Qur'an
sebaliknya mengangkat Perlembagaan bikinan manusia barat sebagai panduan ?.
Rasul telah melarang umatnya daripada Minum
(Melibatkan Diri) dengan
Arak yang memabukkan, jadi apakah hukuman terhadap
Pemimpin UMNO Baru(A) yang minum arak dan mempertahankan
mereka-mereka yang melibatkan diri dengan arak semasa pengkapan oleh JAIS di
pub The Ship ?.
Rasul telah menyarankan agar umatnya Berdakwah
menyeru kepada Amal Makruf dan Nahi Mungkar, jadi
apakah hukuman terhadap
Pemimpin UMNO Baru(A) yang melarang
Ulama-Ulama Islam menjalankan tanggungjawabnya di masjid dan di surau ?.
Allah SWT berfirman: "Maka hendaklah orang yang menyalahi
perintahnya takut akan ditimpa cubaan atau ditimpa azab yang pedih".
(Surah An-Nuur 24:63).
Tidakkah Pemimpin UMNO Baru(A) yang
menyalahi perintah Allah iaitu
mempertikaikan Hukum Hudud Islam itu takut akan azab
pedih Allah ?.
Tidakkah Pemimpin UMNO Baru(A) yang
menyalahi perintah Allah iaitu
menjatuhkan hukuman liwat kepada Dato' Seri Anwar
Ibrahim tanpa merujuk hukuman yang ditetapkan oleh
Al-Qur'an itu takut akan azab pedih Allah ?.
Allah SWT berfirman: "Ikutilah apa yang diturunkan
kepadamu dari Rabbmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selain dariNya.
Amat sedikitlah kamu mengambil pelajaran (daripadanya)". (Surah
Al-A'raaf 7:3).
Al-Qur'an telah diturunkan
kepada manusia dan ianya merangkumi segalanya termasuk ilmu
politik, jadi mengapa ianya dipisahkan oleh Pemimpin UMNO
Baru(A) sebaliknya menyelar pemimpin PAS menggunakan
Al-Qur'an dalam berpolitik. Kalau tidak guna Al-Qur'an nak guna apa sebagai
pimpinan kita selain dariNya?.
Al-Hadith merupakan salah satu
dari 2 perkara yang ditinggalkan oleh Rasulullah SAW selain Al-Quran, jadi mengapa Pemimpin
UMNO Baru(A) tergamak menghina janggut nabi,
sedangkan menyimpan janggut itu adalah tuntutan sunnah yang diperjelaskan dalam
Al-Hadith ?.
Allah SWT berfirman: "Tetaplah kamu pada jalan yang benar,
sebagaimana diperintahkan kepadamu dan juga orang yang bertaubat bersama-sama kamu,
dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu
kerjakan". (Surah Huud 11:112).
Adalah sangat jelas jalan
yang benar ialah Islam sepertimana yang ditegaskan
oleh Al-Qur'an, tidakkah Pemimpin UMNO Baru(A) ini
melampaui batas apabila meminta Al-Qur'an ini ditafsir semula ?.
Adalah sangat jelas jalan
yang benar ialah Keadilan Islam
sepertimana yang dituntut oleh Al-Qur'an dan As-Sunnah, tidakkah
Pemimpin UMNO Baru(A) ini melampaui batas apabila sentiasa berlaku zalim
terhadap mujahid-mujahid Islam ?.
Adalah sangat jelas jalan
yang benar ialah Islam Yang
Syumul sepertimana yang ditegaskan oleh Allah SWT, tidakkah
Pemimpin UMNO Baru(A) ini melampaui batas apabila memperjuangkan assabiah/nasionalis
Melayu ?.
Fikirkanlah Wahai Ahli-Ahli UMNO Baru(A) !!!
bersambung di Siri 2....
Seruan:
"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong dan
Ahli-Ahli UMNO Baru(A) kembalilah kepada al-Qur'an dan
as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah/nasionalis kamu yang sekularis ternyata
tersasar dan terpesong jauh. Pertentangan diantara Islam dan
Sekular - Sekular
PASti Tersungkur !. (Dr. Yusuf Al-Qardawi)
Maka kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".
Insyallah
U
ndur M
ahathir
N
egara
O
k !......
KeADILan
PAS
ti
tertegak apabila ke
ZALIM
an kita hancurkan.
Membangun Bersama Islam : Allahuakbar
!...Allahuakbar !...Allahuakbar !...
habibu@hangjebat.com