EZAM YANG BAGHAL ATAU IBNU RASYID YANG PENGECUT
Saudara Webmaster,
Saya agak terkilan bila Ibnu Rasyid
melebelkan saudara Ezam sebagai bodoh dan baghal kerana memperjudikan kehidupan 22
juta rakyat Malaysia lanataran seorang manusia yang bernama Anwar. Sebenarnya Ibnu
Rasyid yang baghal dan buta hati juga tamakkan dunia dari keadilan dan kesejahteraan
ummah yang sebenarnya dari aspek rohani.
Dari takutkan susah kalau-kalau dipulaukan
oleh US konon!. Adakah kita akan mati kering sekiranya Malaysia dipulaukan oleh US?.
Beristighfar banyak-banyaklah saudara. Hidup, mati, rezki, jodoh pertemuan dan tanah
kubur adalah di tangan Allah. Bukan di tangan Mahathir atau US. Saudara ini samalah
dengan sesetengah penyokong UMNO totok yang percara sekiranya UMNO kalah dan tidak
menjadi kerajaan rakyat Malaysia akan kebulur. Macam tidak ada pegangan agama.Adakah
rakyat Iran dan Cuba kebulur lantaran dipulaukan oleh US?
Saudara Ezam bukan memburukkan Malaysia
tetapi tingkah laku Mahathir. Jangan saudara juga nak samakan Mahathir dengan
Malaysia. Malaysia adalah tanahair kita, pusaka nenek moyang kita, ibu pertiwi kita
sedangkan Mahathir hanyalah seorang pemimpin tamak dan gila kuasa yang berasal dari
India yang tidak separuh pun dari darah yang mengalir dalam tubuhnya itu adalah
Melayu.
Ezam berusaha untuk menolak orang ini dari
kekuasaan supaya orang ini tidak lagi memperhambakan kesetiaan kita kepada negara demi
kepentingan nafsu dan haloba memperkayakan kaum kerabat dan kroninya sahaja. Dia
memfitnah dan mewujudkan konspirasi menjatuhkan saudara Anwar demi survival politik
dan para kroninya.
Mahathir telah mengeksploitasikan semangat
nasiaonalis kita untuk bekerja kuat membangunkan Malaysia dan menumpahkan kesetiaan
kita yang tidak berbelah bagi kepada negara dengan memomokkan kita dengan kuasa-kuasa
besar seperti US. Walhal sebenarnya kita dipergunakan untuk survival politiknya.
Mahathir juga mendera kita
rakyat malaysia dengan menyekat hak rakyat Terengganu dan Kelantan menikmati faedah
kewangan dari Kerajaan Pusat sedangkan hasil-mahsul
negeri-negeri ini dipungut oleh pusat. Adakah ini seorang pemimpin Islam
dan demokratik?. Mereka menghukum dan mendera rakyat yang tidak menyokong BN. Dasar
Mamak yang zalim.
Sebagai seorang yang mendakwa Islam,
Mahathir sanggup memperlecehkan nabi dan rasul. Menghina hukum dengan memperlekehkan
hudud dan aurat. Apakah orang yang sebegini patut didokong dan disanjung melangit?.
Ingatlah saudara, Mahathir bukan nabi. Mahathir hanyalah seorang munafiq yang
bertopingkan iman.
Seperkara lagi, kenapa Mahathir marah
sangat kepada Ezam memburukkannya di luar negara sedangkan dia sendiri suatu masa
dahulu menggunakan pentas antara bangsa menghentam Almarhum Tunku Abdulrrahman. Tidak
ada beliau dilebelkan sebagai penderhaka dan petualang negara. Tidak ada pun suara
yang mencadangkan supaya kerakyatan Mahathir dilucutkan. Nampaknya orang UMNO di zaman
tahun 60an lebih cerdik dari tahun 2000? Memang Mahathir telah berjaya memperbodohkan
pemimpin dan orang-orang UMNO sekarang. Belajar saja tinggi sampai PHD tetapi lebih
bangang dari pelajar sekolah atap.
Abdullah Badawi lagi bangang, adakah
seorang TPM tidak membezakan kerajaan dan UMNO. Beliau menyarankan kakitangan kerajaan
yang tidak menyokong kerajaan sekarang supaya meletak jawatan. Oii Dollah kami bukan
berkhidmat dengan BNlah, kami berkhidmat dengan rakyat!!. Walau kerajaan mana sekali
pun memerintah kami tetap kakitangan kerajaan dan mencurahkan khidmat kepada rakyat.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Kakitangan Kerajaan