minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

KEEGOAN BN

Baru-baru ini Rumah Putih menyambut perayaan ulangtahun ke 100 tahun. Sempena perayaan itu satu Majlis Makan Malam telah diadakan dengan di hadiri olih 4 bekas Presiden Amerika Syarikat. Tanpa mengira parti, kesemua bekas Presiden duduk dimeja utama dengan dihadiri oleh tetamu-tetamu dari kedua-dua parti iaitu Democrat dan Republican. 

Apa yang menarik meski pun di tengah-tengah kehangatan pilihanraya mereka masih mampu duduk di dalam satu dewan tanpa membincang hal-hal politik.

Kerajaan BN selalu  mengutuk mereka tapi lupa untuk melihat sesuatu yang baik, umpamanya majlis diatas? Mereka mampu bersatu untuk negara meskipun berlainan idelogi. Sebaliknya lihat sajalah apa kerajaan BN telah lakukan pada Terengganu apabila PAS memerintah?

Mungkinkah kita melihat satu hari nanti pemimpin-pemimpin kita yang telah dipilih menjadi Perdana Menteri tidak kira dari mana parti duduk didalam satu majlis meraikan 100 tahun Sri Perdana? atau kita akan terus melihat majlis tersebut hanya menjadi majlis BN....atas nama Demokrasi?


TOK ALANG

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter