DIHARAP TUAN/PUAN DAPAT E-MAIL MESEJ DI BAWAH
KEPADA SERAMAI-MUNGKIN REFORMIS-REFOMIS
************************************************************************
Syabas
Kepada Reformis Yang Menyambut Anak Toyo - 11 November 2000
************************************************************************
Walaupun
Pekan di Ampang dipenuhi dengan pasukan keselamatan namun para Reformis tetap turun ke
Ampang Jaya untuk membantah penyerahan Putrajaya kepada Kerajaan Pusat.
Anak
Toyo, si pengecut itu, tidak berani turun ke Ampang Jaya tanpa diiringi oleh ratusan
anggota Polis, Rela dan FRU.
Pejabat UMNO Bahagian Ampang Jaya dan Dewan Dato'
Ahmad Razali di mana tempat Reformis dijangka berkumpul dikelilingi oleh pihak Polis.
Stesyen LRT Ampang juga dipenuhi oleh Polis. Beberapa trak FRU lengkap dengan anggotanya
kelihatan di sebelah pejabat UMNO itu. Malah jalan di hadapan pejabat telah dikawal rapi
dengan lalulintas telah dihadkan.
Walau bagaimanapun syabas kepada para Reformis
yang berkumpul di Stesyen LRT Ampang, Masjid Kg. Melayu, Masjid Kosas, Restoran Marhabah
Pekan Ampang, warung-warung di Taman Dato' Ahmad Razali, Bandar Baru Ampang,
warung-warung Taman Taman Kosas dan warung-warung di Taman Dagang. Hampir 1,000 orang
dari seluruh Lembah Kelang berkumpul di tempat-tempat tersebut sejak jam 8.00 malam. Ada
yang datang dari Kelang dan Shah Alam.
Pada malam itu perhimpunan tidak dapat
diadakan namun rakyat dapat melihat sikap bacul anak Toyo yang takut bertemu dengan
rakyat.
Kehadiran para Reformis walaupun terpaksa berpecah
menunjukkan bahawa rakyat Negeri Selangor menentang penyerahan Putrajaya kepada Mamak
Mahathir. Dengan itu adalah menjadi tanggung-jawab kita untuk terus menyatakan bantahan
terhadap tindakan menggadai tanah Negeri Selangor kepada penyamun yang berlesen ini.
Anak Toyo pula hanyalah budak suruhannya.
Kamal b/p JK Selamatkan Putrajaya
12
November 2000