minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MAHFUZ: HERO ATAU HEROIN?

Saya langsung tak faham mengapa sdr mahfuz (ketua pemuda pas) nak masuk penjara setelah diberi pilihan untuk membayar denda. bukankan pembayaran denda itu satu penghukuman juga? atau adakah sdr mahfuz ingin membuktikan bahawa RM1,500.00 itu perkara kecil dibandingkan dengan penjara? 

saya masih tak faham mengapa sdr mahfuz nak meletihkan badan duduk selama satu bulan dalam penjara sedangkan dia ada keluarga yang pasti akan merinduinya dalam masa dia dipenjarakan. adakah ini satu perbuatan seorang HERO ataupun seorang HEROINE yang hanya pandai membuat sandiwara seperti seorang wanita dalam kesusahan? 

ada sesetengah pihak yang mengatakan perbuatan sdr mahfuz itu menunjukkan bantahan beliau terhadap kekejaman israel kepada Palestinian. itu memang patut dipujikan. tetapi, tidakkan merengkok didalam penjara setelah diberi pilihan untuk membayar denda sebanyak RM1,500.00) 

satu perkara bodoh yang tidak akan mengubah sedikit pun (walaupun sehabuk) nasib Palestinian itu? tidakkah sokongan sdr mahfuz lebih bermakna sekiranya beliau berjuang bersebelahan pemuda2 Palestinian dengan melontar batu kearah kekejaman israel itu? 

saya rasa sdr mahfuz menggunakan peluang ini untuk mendramatikkan satu keadaan yang sebenarnya tidak ada. untuk membukti kepada dunia bahwa beliau disalahlakukan oleh satu kerajaan yang kejam. ini dinamakan politik murahan. "more for the image than the content." tak ada isi kandung yang memafaat sesiapa pun. tapi, itu satu pendapat saja. 

bukan tuduhan. terpulang kepada pembaca untuk membuat satu analisma. 

sekiam wasalam. 

Ibnu Rasyid 

ps - saya harap tuan webmaster menyiarkan warkah saya ini - terbukti nyata perjuangan saudara adalah untuk keadilan sekiranya warkah ini diberi peluang untuk dibaca oleh orang ramai.

Nota webmaster:
Perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman (amar maaruf nahi mungkar) sudah bermula sejak tamadun manusia bermula lagi. Kedatangan Islam sejak lebih 1400 tahun lalu nampaknya membantu perjuangan itu dengan adanya nilai jihad fisabilillah dan Allah sudah berjanji membayar perniagaan itu dengan harga yang mahal.

Perbuatan Mahfuz menerima hukuman penjara memang menimbulkan berbagai persepsi di kalangan masyarakat Malaysia berbilang kaum. Samada dari penyokongnya atau pun musuhnya akan membuat tanggapan mengikut persepsi yang berbeza. Saya amat menghargai persepsi saudara yang menulis sedemikian.

Namun di kalangan manusia beriman persepsi mereka berbeza. Seketul batu memang tidak dapat mematahkan kekejaman yang dilakukan Yahudi ke atas penduduk Palestine. Namun kerana seketul batu itulah yang menjadi penyebab dan juga sebagai saksi apabila Allah membayar pengorbanan manusia yang berjihad di jalan-Nya. Jihad fisabilillah tidak ramai manusia yang mengerti, kecuali manusia beriman. Mereka ikhlas untuk Allah. Sanggup diri dikorbankan sebagai pejuang dan bangga mati sebagai para syuhada di medan peperangan.

Lihatlah ke dalam diri kita. Apakah sumbangan kita kepada agama Allah ini sebenarnya? Hendak menghulurkan seketul syiling emas setiap Jumaat ke dalam tabung masjid pun kita berfikir 3 atau 4 kali. Para sahabat semasa peristiwa hijrah berlaku berkorban apa yang disayangi untuk kaum muhajirin. Ada yang jual harta benda serta ceraikan isteri untuk dikahwini oleh kaum yang berjihad di jalan Allah.

Dengan ikhlasnya tanyalah diri kita sendiri apakah kita sanggup mengorbankan kemewahan, rumah yang besar, kereta yang cantik dan sebagainya sebagai tanda 'mujahid' kita di jalan Allah? RM1,500 itu mungkin kecil bagi kita. Tetapi bagi yang tahu menilai hak rakyat, mereka sedaya upaya tidak menggunakan wang itu untuk kepentingan diri, sebaliknya ramai rakyat di daerah yang diwakili Haji Mahfuz memerlukan wang ringgit itu untuk menyambung kehidupan hari demi hari. Alangkah mulianya hati Haji Mahfuz!!

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter