EZAM WANTED?
Assalamu'alaikum, ini kali pertama saya menulis
surat ke laman saudara setelah membaca penjelasan sdr azman harun mengenai tohmahan
ketua pemuda keadilan sdr m ezam. pada pandangan saya, hanya Allah sahaja yang tahu
perihal sebenar.
mengenai sdr ezam pula - saya berpendapat bahawa
beliau seorang yang amat merbahaya. dengan menghambat, merayu dan tanpa segan silu
meminta sedekah daripada amerika syt tanpa menganaliskan consequence perbuatannya itu.
tidakkah beliau menggunakan akal fikiran waras untuk menimbangkan keadaan penduduk
malaysia sekiranya amerika syt mengisytiharkan 'economic sanction' terhadap negara
kita?
tidakkah sdr ezam melihat keadaan negara iraq
setelah economic sanction dikenakan keatas penduduknya? berjuta2 anak2 yang tidak
berdosa mati kebuluran. apakah itu yang diinginkan oleh sdr ezam semata2 untuk mengejar
satu agenda politik? perbuatan sdr ezam itu lebih kejam dari tuduhan yanh dilemparkan
kepada kerajaan.
walhal kes yang diacukan kepada kerajaan hanya
melibatkan satu orang. sdr ezam menjejaskan kehidupan 22 juta manusia. adakah sdr ezam
seorang yang tak siuman lagi? bodoh dan baghal? saya risau melihat gelagat gila sdr ezam
yand membahayakan penduduk malaysia.
bagi pejuang keadilan, saya merayu agar kamu semua
memecat sdr ezam dari jawatannya sebelum dia menghancurkan masa depan malaysia.
sekian wasalam.
Ibnu Rasyid
Nota webmaster:
Waalaikum
sallam. Saya amat menghargai pandangan yang saudara keutarakan dalam penulisan di atas.
Mengenai Azman Harun tu, artikelnya disiarkan tanpa suntingan. Namun saya masih
menyimpan pengakuan Azman dalam emailnya kepada saya (yang masih belum disiarkan)
mengenai pembayaran sejumlah wang untuk beliau kembali kepangkuan UMNO.
Maaflah saya berkata demikian.
Justeru maklumat dan fakta yang ada dihadapan saya, UMNO memang sanggup membayar kepada
sesiapa yang mahu menjual perjuangan untuk membuktikan kekentalannya.
Mengenai saudara Ezam, Minda
Rakyat berpendirian bahawa beliau semata-mata tidak boleh dipersalahkan. Dan tindakannya
berucap di merata negara adalah atas prinsip memberikan penerangan kepada rakyat
Malaysia yang berada di seluruh dunia selain yang tersiar dalam internet, kerana hanya
itu cara yang beliau ada untuk menjelaskan kebenaran. Bukan kerana sepatah dua kata-kata
Ezam itu menyebabkan 22 juta rakyat menanggung risikonya.
Ingatlah bahawa keceluparan mulut
Mahathirlah yang menyerang Soros sebagai penggelap wang dan tuduhannya terhadap Al-Gore
(Naib Presiden Amerika) selepas dikritik dalam satu jamuan makan malam di Kuala
Lumpur setahun lebih yang lalu. Hakikat dari situ pelabur asing (kebanyakan dari
Amerika) menarik dana mereka yang berjumlah US48 bilion itu dari BSKL. Sehingga kini
pelaburan dana asing dalam BSKL hanya sekitar US5 bilion sahaja. Secara fakta, ia
bukanlah salah Ezam dan tindakan menarik balik dana itu sudah hampir setahun berlaku.
Seandainya teori saudara mengenai
sekatan ekonomi itu benar-benar berlaku, maka Ezam tidak berhak dipersalahkan. Malahan
keadaan ekonomi negara yang semakin goyah, indeks komposit yang semakin bercelaru
semuanya patut disalahkan ke atas Mahathir sebagai Perdana Menteri yang seharusnya
bertanggungjawab. Harga barangan di pasaran yang meningkat naik, harga petroleum yang
naik serta semakin meningkatnya taraf kehidupan rakyat dan amat membebankan ini sudah
cukup menyiksakan akibat perbuatan Perdana Menteri yang gila itu!!
Tindakan Ezam bukan seorang yang
gila dan mementingkan diri sendiri. Beliau perlu dihormati disanjung sebagai wira negara
kerana seorang manusia biasa tetapi melaksanakan kerja-kerja 'menyelamatkan maruah dan
reputasi negaranya dari bangkerap ekonomi dan imej'. Kerja ini sepatutnya dijalankan
oleh seorang yang menjadi pemimpin negara, sebaliknya dijalankan atas tanggungjawab
sebagai seorang warganegara yang biasa kerana beliau berprinsip, negara kita
tanggungjawab kita!!