TUNTUTAN KEBAIKAN DAN KEBAJIKAN DALAM SYARI'AH
ISLAMIAH
Khas buat renungan ahli UMNO Baru(A)
Allah SWT telah memasukkan semua kebaikan dan kebajikan di dalam Syari'ah
Islamiah dengan ini ia (syari'ah) telah mencapai kemuncaknya. Ia
mempunyai kedudukan yang serba mencakup dan bersifat antarabangsa dan kekal abadi.
Berhubung dengan persoalan kepujian dan kebebasannya dari semua bentuk kesilapan.
Allah SWT sendiri meyakinkan: "Pada hari ini (semasa Haji
Wida') Ku sempurnakan untuk kamu Deenmu, dan telah Ku cukupkan nikmatKu, dan telah Ku
redhai ISLAM itu menjadi Deen bagimu". (Surah
Al-Maa'idah 5:3)
Hafiz Ibnu Kathir tatkala menjelaskan Ayat ini berkata, ini ialah
rahmat dan pemberian Allah SWT yang terbesar kepada Ummah Muslimah kerana
ia telah menyempurnakan Deen ini untuk mereka. Sekarang Ummah ini tidak memerlukan
sebarang Deen atau cara hidup lain. Inilah sebabnya kenapa Rasullullah SAW diberi
kedudukan yang tinggi sebagai Rasul penutup dan Risalahnya ditujukan kepada kedua-dua
jin dan manusia. Apa yang diistiharkannya halal adalah
halal, dan apa yang ditegahnya adalah haram. Deen yang benar hanyalah Deen yang
dibawanya dan kebenaran adalah apa yang diberikannya. Deen ini bebas dari sebarang
kealpaan dan keburukan, dan tidak ada pertelingkahan mengenainya.
Allah SWT berfirman: "Telah sempurnalah kalimat Rabbmu
(Al-Qur'an), sebagai kalimat yang besar dan adil". (Surah
Al An'aam 6:116)
Yakni, peristiwa-peristiwa yang disebutkan adalah berdasarkan kepada
kebenaran, dan ayat-ayat yang menyuruh dan menegah melakukan perkara-perkara dan
tindakan-tindakan tertentu adalah didasarkan kepada keadilan dan kesamaan.
Dengan penyempurnaan Deen ini, kesejahteraan dan kenikmatan yang tinggi diberikan oleh
Allah.
Kita, saudara-saudara Muslim, hendaklah melahirkan rasa kegembiraan
kerana Deen pilihan Allah telah dihantar kepada kita dan Deen ini telah diWahyukan
kepada Rasulullah SAW yang memberikannya pula kepada kita melalui Kitab Suci yang
paling mulia, Al-Qur'anul Karim.
Berhubung dengan sifat 'alammiah dan kekekalan Deen ini, ini dapat
dilihat dari perbuatan Rasulullah SAW yang telah memberitahu kepada kita semua
mengenai perkara atau amalan yang disukai Allah SWT dan juga menegah kita daripada
melakukan maksiat atau tindakan yang menyebabkan kemurkaan Allah, hinggakan Rasulullah
SAW telah memperjelaskan perkara yang paling kecil.
Dalam Sahih Muslim ada sebuah Hadith yang berbunyi: "Salmaan
RA meriwayatkan bahawa dikatakan kepadanya: Nabimu SAW mengajar kepadamu tentang semua
perkara, walaupun perkara mengenai najis. Ia menjawab: Ya ia melarang kami dari
menghadap Qiblat semasa membuang air ataupun air kecil, atau beristinjak dengan tangan
kanan atau dengan kurang dari tiga ketul batu, atau dengan tahi haiwan (kering) atau
tulang".
Ingatlah bahawa kepentingan dan kegunaan perintah ini adalah untuk
semua masa, semua zaman, dan untuk jin dan manusia. Perintah ini bukan ditujukan
kepada satu bangsa, sebagaimana Rasulullah SAW bercakap mengenai dirinya sendiri: "Sebelumku,
tiap Nabi dutuskan kepada kaumnya masing-masing, tetapi saya dikirimkan untuk semua
umat manusia, dan katanya lagi: Demi Allah SWT, yang dalam TangaNya berada jiwa
Muhammad SAW, sesiapa dari kalangan orang-orang Yahudi atau Nasrani (Kristian) yang
mendengar tentang ku tetapi tidak yakin kepada apa yang aku bawa lalu mati dalam
keadaan itu (tidak beriman), maka ia akan menjadi penghuni-penghuni An-Naar
(Neraka)".
Begitu juga, dalam satu keadaan lain Rasulullah SAW bersabda: "Kalaulah
Nabi Musa AS masih hidup lagi, maka ia terpaksa mengikutku".
Baginda Rasulullah SAW berkata demikian pada masa Sahabatnya, Hadzrat
'Umar RA sedang membaca Kitab Taurat. Kedudukan Syari'ah yang unik
dan bersifat 'alamiah (sejagat) ini dikuatkan dengan satu kenyataan,
iaitu apabila Nabi Isa AS turun dari langit semasa hari Qiamat ia juga akan menyuruh
manusia mengamalkan Syari'ah ini. Jadi adalah jelas bahawa ini ialah Syari'ah
yang akhir dan ia syari'ah yang lalu.
Hafiz Ibnu Kathir tatkala menerangkan makna Surah Huud mengatakan
bahawa Allah SWT memberi amaran kepada orang-orang yang menolak Kitab Suci Al-Qur'an
atau mana-mana Ayat-ayatNya.
Allah SWT berfirman: "Dan barang siapa di antara mereka
(orang-orang Quraisy) dan sekutu-sekutunya yang kafir kepada Al-Qur'an, maka nerakalah
tempat yang diancamkan baginya ". (Surah
Huud 11 : 17).
Sekiranya manusia enggan beriman kepada Kitab Suci Al-Qur'an, ia sudah
pasti akan dicampakkan ke dalam neraka, tanpa mengira bangsa atau negaranya.
Allah SWT berfirman: "Supaya dengannya (Al-Qur'an) aku
memberi peringatan kepadamu dan kepada orang-orang yang sampai Al-Qur'an
kepadanya". (Surah Al An'aam 6:19).
Allah SWT berfirman: "Katakanlah (wahai Muhammad): 'Wahai
manusia, sesungguhnya aku adalah Utusan Allah kepadamu semua".
(Surah Al A'raaf 7:158).
Disebut dalam Sahih Muslim bahawa Abu Musa Al Asy'ari RA meriwayatkan
bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Demi Dia yang di dalam TanganNya berada
jiwa Muhammad, sesiapa di antara masyarakat Yahudi atau Nasrani yang mendengar
mengenaiku tetapi ia tidak beriman dengan apa yang didatangkan untuknya lalu ia mati
dalam keadaan ini (kufur), maka ia akan menjadi salah seorang dari penghuni
Neraka".
Ayub Sakhtynani Sa'id bin Juba'ir RA meriwayatkan: "Apabila
saya mendengar sebarang Hadith saya menyemak halaman-halaman Kitab
Suci Al-Quran untuk mempastikan kesahihannya dan saya berjaya dalam hal ini. Apabila
Hadith di atas sampai kepada saya, saya menelitinya untuk mempastikan ia terdapat
didalam Kitab Suci Al-Qur'an. Semasa pencarian ini saya ternampak ayat ini: "Dan
barang siapa di antara mereka (orang-orang Quraisy) dan sekutu-sekutunya yang kafir
kepada Al-Qur'an, maka nerakalah tempat yang diancamkan baginya".
(Surah Huud 11:17).
Saya terus membuat kesimpulan bahawa Ayat
ini mempersaksikan Hadith di atas dan perkataan Ahzab merujuk kepada semua bangsa
(umat).
Jadi apalah yang boleh kita harapkan kepada pemimpin UMNO
Baru(A) apabila:-
* tidak
menghayati tuntutan al-Quran dan al-Hadith dalam kehidupan seharian mereka. Sedangkan
Islam itu ialah satu cara hidup ?.
* tidak memahami al-Quran dan al-Hadith sebaliknya
bercakap tentang Islam ikut "akal dan buntut" ?.
* mengatakan bahawa Hukum Hudud Islam tidak sesuai
dilaksanakan di negara ini kerana negara ini berbilang kaum dan masyarakatnya bersifat
majmuk ?.
Seruan:
"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong dan
Ahli-Ahli UMNO Baru(A) kembalilah kepada al-Qur'an dan
as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah/nasionalis kamu yang sekularis ternyata
tersasar dan terpesong jauh. Pertentangan diantara Islam dan
Sekular - Sekular
PASti Tersungkur !. (Dr. Yusuf
Al-Qardawi). Insyallah
U
ndur M
ahathir
N
egara
O
k !......
KeADILan
PAS
ti
tertegak apabila ke
ZALIM
an kita hancurkan.
Maka kembalilah kedalam ISLAM yang syumul ini! -
amin !".
Membangun Bersama Islam : Allahuakbar
!...Allahuakbar !...Allahuakbar !...
habibu@hangjebat.com