minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

SEBAB-SEBAB MENJADI KAFIR - BUAT RENUNGAN AHLI UMNO BARU(A) SIRI 2

Seseorang yang telah beriman (Islam) atau telah diakui keimannanya akan berubah menjadi "kufur" (kaafir) bila melakukan salah satu antara 8 perkara berikut, iaitu:-

Sambungan Dari Siri 1:-

2.    Mengingkari Al-Qur'an Dan Kandungannya

Kekufuran itu terus berlaku ke atas sesiapa sahaja yang membuat ketetapan bahawa kitab Al-Qur'an itu bukanlah daripada Allah SWT; malah dia adalah karya Muhammad; demikian juga orang yang mengingkari kandungan Al-Qur'an; baik secara keseluruhan, mahupun secara perincian, sebagai contohnya:-

(i)    Dia mengingkari bahawa kandungan Al-Qur'an itu tidak mengandungi aspek-aspek ibadah (Kebaktian Kepada Allah), aspek sosial, aspek politik, aspek ekonomi dan sebagainya yang termasuk di dalam Kitab Suci tersebut. Demikian jugalah orang yang mengatakan bahawa di dalam Al-Qur'an tidak mengandungi ilmu sejarah, ilmu politik, ilmu alam, ilmu haiwan dan sebagainya (sedangkan dia memang mengetahui bahawa Al-Qur'an memang membawa aspek-aspek dan ilmu-ilmu itu).

(ii)    Dia mengingkari apa-apa yang disebutkan oleh kitab Al-Quran secara terperinci seperti mengingkari salah seorang Nabi yang disebutkan oleh Al-Qur'an; mengingkari Abu Bakr Ash-Shiddiiq sebagai salah seorang Sahabat Nabi; atau mengingkari mana-mana huruf yang telah diijma'kan menjadi bahan lafadz-lafadz Al-Qur'an.

Abdullah B.Mas'uud r.a. pernah berkata: "Sesiapa mengkufuri sesuatu Ayat Al-Qur'an, maka sesungguhnya dia telah mengkufuri Al-Qur 'an seluruhnya". 

Menurut Ashbagh: "Sesiapa mengkufuri Al-Qur'an, maka kufurlah dia terhadap Allah ".

Sesungguhnya Allah telah berfirman: "Sesungguhnya orang-orang yang mengingkari Al-Qur'an ketika Al-Qur'an itu datang kepada mereka (mereka pasti akan menghadapi kecelakaan); dan sesungguhnya Al-Qur'an itu adalah kitab yang mulia. Yang tidak (didatangi) kepalsuan, baik dari hadapannya, mahupun dari belakangnya; dia diturunkan daripada Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji".    (Surah Al-Fushshilat: 41-42).

(iii)    Dia mengingkari Sifat-Sifat Allah yang tersebut di dalam Al-Qur'an seperti sifat Syakuur (Amat Berterima Kasih: menambahkan kebaikan atau pahala kepada orang yang memuji atau bersyukur kepadaNya; atau kepada orang yang berbakti kepadaNya), Syabuur (Sangat Bersabar: tidak lekas bertindak ke atas pendurhaka-pendurhaka) dan sebagainya.

Juga termasuk mempercayai Allah SWT sebagai kepercayaan orang-orang Nashrani (Kristian) yang menyeleweng yang menganggap Nabi 'Isa sebagai putera Allah, dan Maryam sebagai pemaisyuriNya; mempercayai 'Uzair sebagai anak Allah bagaimana yang dipercayai oleh orang-orang Yahudi dan sebagainya.

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman: "Adakah kamu mempercayai sebahagian Al-Kitab (AL-Qur'an) dan mengingkari sebahagiannya. Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian di kalangan kamu melainkan akan mendapat bencana di dalam kehidupan dunia dan di Hari Kiamat mereka kembali (dicampakkan) kepada siksaan yang amat berat".    (Surah Al-Baqarah: 85).

 

Jadi apakah yang boleh kita simpul dan klassifikasikan pemimpin-pemimpin UMNO Baru(A) apabila:-

*    meminta al-Quran ditafsirkan semula supaya selaras dengan kehendak pemikirannya tentang zaman moden?.

*    meletakkan Perlembagaan Malaysia mengatasi al-Quran dan al-Hadith ?.

*    tidak memahami al-Quran dan al-Hadith sebaliknya bercakap tentang Islam ikut "akal dan buntut" ?.

*    tidak menghayati tuntutan al-Quran dan al-Hadith dalam kehidupan seharian mereka. Sedangkan Islam itu ialah satu cara hidup ?.

*    menyatakan bahawa Hukum Murtad iaitu bunuh tidak sesuai dilaksanakan kerana ini akan membuatkan orang bukan Islam takut untuk masuk Islam ?.

*    mengatakan bahawa Hukum Hudud Islam tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana negara ini berbilang kaum dan masyarakatnya bersifat majmuk ?. 

*    ingin membuang nama Islam daripada pertubahan-pertubuhan NGO dan POLITIK yang tak sebulu dengannya ?.

*    memisahkan Politik daripada Islam ?.

*    memperjuangkan Sekularisma dan memisahkan sesuatu daripada Islam ?.

Seruan:   

"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong dan Ahli-Ahli UMNO Baru(A) kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah/nasionalis kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Pertentangan diantara Islam dan Sekular - Sekular PASti Tersungkur !.    (Dr. Yusuf Al-Qardawi)

Maka kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".

Insyallah U ndur M ahathir N egara O k !...... KeADILan PAS ti tertegak apabila ke ZALIMan kita hancurkan.

Membangun Bersama Islam : Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...

habibu@hangjebat.com

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter