minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MESIN-MESIN PROPAGANDA MAHATHIR

Jangan terpedaya!! Selidek dulu latarbelakang orang-orang yang membawa berita yang mencanangkan kebaikan Mahathir! Selalunya orang-orang macam ini ialah yang berkepentingan, yang sudah dapat kontrak, jawatan,   pangkat atau orang-orang yang masih mengharapkan sesuatu kontrak.... yang lebih mementingkan perut sendiri sehingga dibutakan hati dan sanggup mengorbankan prinsip dan harga diri! Biasanya mereka ini tidak pernah merasa susah dulu atau manusia yang dulunya susah tapi sekarang tak mahu mengorbankan kekayaan segeranya! Manusia yang boleh digelarkan sebagai oportunis!

Apalah hebat sangat Mahathir ni? Kalau dia betul-betul hebat, mengapa ekonomi negara masih teruk? Sudah lebih dua tahun, ekonomi masih tenat! Kalau betul-betul dia hebat, mengapa pelabur-pelabur asing tak mau melabur di sini? Kalau dia betul-betul hebat mengapa makin ramai rakyat meluat dengannya? Kalau dia betul-betul hebat, mengapa semua lakonan-lakonannya sekarang tak meyakinkan rakyat? Rakyat lagi menyampah!

No one is indispensable! Leaders come and go. Lagipun, hebat sangatkah Mahathir sebelum dia menjawat jawatan perdana menteri dulu? Nothing spectacular pun! Nothing to shout about! Yang berupaya menonjolkan imejnya ialah semata-mata kerana Mahathir mengkontrol mesin-mesin propaganda  dan mengguna khidmat syarikat Yahudi untuk menjaga dan menonjolkan imejnya. Itu saja.

Idea boleh datang dari mana-mana sumber. Not necessary dari Mahathir. Mahathir cuma mengambil idea-idea dari orang lain dan menggembargemburkan seolah-olah idea tu datang dari dia. Vision 2020 bukan idea Mahathir. Dah ada dibukukan sebelum Mahathir menyebutnya!

Bolehkah kita berkompromi dengan pemimpin yang melindungi perasuah? Bolehkah kita berkompromi dengan pemimpin yang melindungi perogol? Bolehkah kita berkompromi dengan pemimpin yang memperlecehkan institusi kehakiman negara? Bolehkah kita berkompromi dengan pemimpin yang memperlecehkan ulama? Bolehkah kita berkompromi dengan pemimpin yang cakap lain buat lain, cakap tak serupa bikin hingga imej negara terjejas? Bolehkah kita berkompromi dengan pemimpin yang mengguna cara-cara gestapo untuk menakut nakutkan rakyat?

Apakah prinsip hidup kita? Apakah nilai-nilai hidup kita? What are our values? Janganlah jadi manusia hipokrit! Sembahyang tonggang tonggek pun tak guna kalau hati masih buta lagi dengan segala kezaliman dan kemungkaran yang berlaku didepan mata!

BEKAS PENYOKONG MAHATHIR


 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter