HIKMAH DI SEBALIK HUKUMAN
TERHADAP YB MAHFUZ
Ada hikmahnya disebalik hukuman yang dikenakan
terhadap YB Sdra Mahfuz. Kerana cuba menentang kedatangan pasukan kriket dari Israel, YB
Mahfuz didapati bersalah dengan denda RM1500 atau hukuman penjara selama sebulan. Reaksi
dari rakyat beragama Islam khususnya orang-orang Melayu cukup memberangsangkan. Ahli-ahli
UMNO sendiri mengaku hukuman ini satu tamparan kepada UMNO yang kononnya nak menegakkan
Islam!
Tak nampak ke kekejaman kaum Yahudi terhadap
orang-orang Palestin? Boleh dikatakan setiap hari sekarang kita dihidangkan dalam media
massa milik UMNO dengan kekejaman Yahudi di bumi Arab. Baru-baru ni pula kerajaan
Malaysia mengeluarkan kenyataan kononnya membantah tindakan Israel terhadap rakyat
Palestin. Tapi bila YB Mahfuz cuba berdemo menentang kehadiran kaum Yahudi di bumi
Malaysia, YB Mahfuz dipenjarakan!
Orang-orang UMNO sendiri bertanya,
Malaysia ni mengamal polisi bercelarau ke? Nampak sangat puak-puak Mahathir ni nak
mengenakan YB Mahfuz. Baru sehari sebelum tu YB Mahfuz membawa usul mengenai isu
keganasan polis dengan perdebatan hangat di parlimen, dah dikenanya YB Mahfuz. Nampak
sangat! Macam ni susahlah ahli-ahli di bawah ni. Kalau iyapun, kalau betul-betul
nak mengenakan YB Mahfuz, carilah isu lain! Isu ini lagi membuat UMNO tersepit, mengeluh
ahli2 UMNO! Pak Haji, Pak Lebai semua buka mata sekarang dengan isu ini! Kalau kita
dengar komen dari rakyat biasa, memang ternyata UMNO sekarang sudah tenat dan sedang
menuju kehancuran.
Untuk menambahkan lagi kebingunan Mahathir
dalam isu ini, mereka yang ada hubungan dengan pelajar-pelajar kita yang sedang
belajar di negara-negara Arab, tolong sebarkan berita ini kepada mereka. Semasa
persidangan OIC kelak, selain dari risalah-risalah mengenai kekejaman terhadap DSAI,
pastikan berita hukuman terhadap YB Mahfuz ini juga disebarkan. Kalau boleh beri
satu salinan kepada Yasser Arafat! Kena tunjuk kepada pemimpin-pemimpin Islam dari
negara-negara luar, inilah bentuknya kerajaan pimpinan Mahathir sekarang! Cakap tak
serupa bikin! For his arrogance, let him taste back his own medicine! Ayuh,
lakukan!!
ANTI
KEZALIMAN