Peristiwa hitam tetapi amat bermakna buat reformis-reformis pada 5 November bagaikan baru semalam berlalu. Kejadian keganasan yang menggila oleh
anjing-anjing kurap MADEY mencatatkan sejarah sekali lagi apabila 122 rakyat ditangkap dan ramai yang tercedera teruk. Setelah ditahan reman selama 5 hari,
tarikh 10 November menjadi satu tarikh pembebasan wira-wira reformasi yang begitu ditunggu-tunggu bukan sahaja oleh kaum keluarga yang terlibat malah
penyokong-penyokong reformasi yang lain.
Masa yang terluang di sepanjang perjalanan malam itu, saya asyik teringatkan keadaan reformis-reformis yang huru hara dihambat oleh anjing-anjing kurap itu tempoh
hari, bagaimana mereka tetap bertahan tidak melawan walaupun dizalimi. Air mata berlinangan tidak dapat ditahan-tahan. Mana mungkin dilalui hidup ini dengan
tenang sedangkan rakan-rakan seperjuangan terperosok di dalam sana. Hari pembebasan mereka 10 November amat saya nanti-nantikan. Entah kenapa hati ini begitu hiba
mengenangkan nasib mereka walaupun di antara kami tidak pun mempunyai sebarang ikatan persaudaraan. Mungkin inilah takdir tuhan yang menganugerahkan satu
ikatan persaudaraan yang tidak mungkin dapat dikecapi dan difahami oleh orang lain. Satu ikatan persaudaraan yang terjalin atas kesedaran dan pegangan yang sama,
begitu ikhlas dan suci serta tanpa niat atau kepentingan yang tertentu. Terlalu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata! Kesakitan dan keperitan
mereka bagai ditanggung bersama. Atas sebab itu kehidupan sehari-hari saya selepas peristiwa 5 November terasa begitu memilukan........sehingga suami
menegur.......'Seorang pejuang tidak akan mudah mengeluarkan air mata'katanya. Namun hakikatnya saya memang seorang insan yang lemah!
Saya tiba di perkarangan Mahkamah Majestrit Klang jam 11.00 pagi 10 November. Kami diarahkan untuk ke Dewan Pandamaran pula kerana TPR (Tahanan Politik Reformasi
-menggantikan OKT bagi membezakan tahanan politik dengan tahanan yang lain)telah dibawa ke sana pula. Nampaknya puak-puak anjing kurap itu sengaja mahu
menyusahkan alhi keluarga yang datang pada pagi itu. Tempat pertukaran itu tidak dimaklumkan lebih awal. Setibanya di sana, anjing-anjing kurap telah menutup
jalan masuk ke kawasan itu memaksa kami untuk berjalan kaki ke Dewan tersebut. Khabarnya Majestrit masih lagi di mahkamah.......hairan juga.
Tiba di perkarangan dewan itu, lebih kurang jam 11.30 pagi, kelihatan beberapa kelompok penyokong telah menunggu. Si anjing-anjing kurap tidak ketinggalan
dengan trak-trak mereka berkawal di hadapan. TPR telah tiba lebih awal dan berada di dalam dewan. Mengikut kata penyokong-penyokong yang telah tiba lebih awal,
mereka berpeluang menatap wajah TPR-TPR yang tiba dengan trak-trak. Ketibaan kumpulan demi kumpulan TPR itu dilihat begitu bersemangat sekali di mana apabila
mereka melihat ada penyokong-penyokong yang telah tiba, mereka terlebih dahulu bertakbir dan melaungkan REFORMASI.
Antara pemimpin-pemimpin yang hadir adalah Sdr. Ezam, YB Azmin Ali, beberapa barisan pemimpin Pemuda, Dr. Dzulkifli, Sdr. Rustam Sani, YB Teng dan lain-lain
lagi. Pihak SUARAM turut hadir membantu proses mengumpulkan penjamin-penjamin dan memberi penerangan yang berkaitan.
Tidak lama kemudian, Sdr. Ghani Haroon, exco Pemuda keADILan, bertindak sebagai pengerusi majlis tidak rasmi mengumumkan akan keputusan anjing-anjing kurap
untuk membebaskan kesemua tahanan dengan jaminan mulut (jaminan cumbu...lawak beberapa penyokong) melainkan Sdr. Monasoffian. Pengumuman ini disambut dengan
takbir yang bergemuruh sekali. Sdr. Monasoffian akan dibicarakan jam 3.00 petang itu dengan tuduhan 'memaki hamun' dan menghalang anjing-anjing kurap dari
menjalankan tugas mereka pada 5 November lalu.
Kemudian penjamin-penjamin dikumpulkan dan masuk ke dalam dewan seramai 8 orang di dalam satu masa mengikut giliran. TPR-TPR yang keluar dari dewan
disambut dengan meriah sekali. Mereka semua begitu ceria dan masih bersemangat. Sesetengahnya keluar dengan tanda -tanda kecederaan yang masih jelas di
tubuh badan mereka tetapi wajah riang tetap tergambar dan senyum tidak putus-putus diukirkan. Suasana begitu mengharukan sekali. Isteri-isteri yang menunggu
suami-suami yang tersayang terus memeluk mereka sambil menahan kesedihan. Tidak ketinggalan anak-anak, bapa-bapa,ibu-ibu dan sahabat handai.....semuanya cuba
sebaik mungkin untuk tidak mengalirkan air mata. Namun ketabahan dan semangat yang ditunjukkan oleh para wira kita ternyata telah menambahkan lagi pilu di hati.
Saya sendiri walaupun tiada sesiapa yang khusus dinantikan namun tidak dapat menahan sebak di hati. Mujurlah ada kaca mata hitam yang dapat menyembunyikan
air mata yang bergenangan di kelopak mata.
Berbagai-bagai cara dibuat bagi menyambut kepulangan wira-wira kita itu. Kalungan bunga dikalungkan dileher antaranya Sdr.Pushpa dan beberapa reformis yang lain.
Kad-kad ucapan dari DSAI diberi kepada setiap seorang dari mereka. Ada yang dijulang bagaikan seorang hero antaranya Sdr. Johari, tuan tanah tapak asal
perhimpunan 100,000 rakyat di Jalan Kebun. Begitu juga dengan YB Hj. Abdul Aziz Hj Abbas ADUN Kg.Raja Besut, Terengganu yang disambut oleh satu rombongan khas dari
Terengganu. Puan Nora turut disambut dengan hangat sekali. Wajahnya kelihatan pucat akibat tidak lalu menjamah makanan di dalam tahanan. Kami tidak
melepaskan peluang untuk mendengar sendiri kisah malang yang menimpanya semasa di dalam tahanan. Durjana sungguh anjing kurap betina yang seekor itu!
Kesemua mereka kemudiannya dijamu dengan nasi bungkus yang telah disediakan. Si anjing-anjing kurap tak guna itu hanya mampu melilihkan air liur melihatkan
sambutan hangat dari kami yang tidak mungkin mereka kecapi seumur hidup.
Petugas-petugas NGO begitu sibuk mencatatkan nama setiap TPR yang keluar dari dewan beserta penjamin-penjamin mereka. Bersebelahan dengan
petugas-petugas sebarisan anjing-anjing kurap yang berdiri tercegat bagaikan kempunan tulang memerhatikan gerak laku kami. Kantung mereka nampaknya penuh berisi
dan cota juga tak lepas-lepas dari gengggaman. Namun beberapa reformis wanita yang bermulut laser tidak melepaskan peluang menyindir secara terbuka
anjing-anjing kurap itu yang berdiri tidak sampai 3 kaki dari mereka. Melihatkan keberanian kakak-kakak itu saya pun tumpang semangkuk.........terasa puas
dapat menghamburkan beberapa patah perkataan yang panas! Ternyata anjing-anjing kurap suruhan MADEY itu hanya mampu diam membatu. Mungkin kerana tidak
menyangka akan dihujani oleh ayat-ayat beracun dari kami dan tiada arahan awal untuk membalas dari Bapak Anjing Kurap! Yang penting kami berasa puas biarpun
sekelumit cuma. Sambil itu mata kami sentiasa meliar membaca tag nama di dada setiap anjing-anjing kurap betina. Namun pencarian anjing kurap betina bernama
Dayang itu tidak kesampaian. Khabarnya pasukan risik bawah tanah kita sedang berusaha bersungguh-sungguh mengumpulkan maklumat yang berkaitan!
Yang melucukan sekali adalah gelagat kumpulan anjing-anjing kurap itu yang menadahkan tangan seolah-olah membaca doa sebelum naik ke trak mereka
untuk beredar. Kami yang berkesempatan melihat peristiwa pelik binti ajaib dari jauh itu secara spontan telah men'amin'kan doa mereka dengan kuat
sekali disusuli dengan kata-kata keramat Mr. Booo.........BOOOOOOOOOOOO! Gamaknya sebelum manaiki trak mereka teringat peristiwa tahun 1990(kalau tak
silap) di mana sekumpulan anjing-anjing kurap senior mereka yang menaiki trak telah maut di dalam satu kemalangan yang amat mengerikan sekali.
Khabarnya kumpulan yang maut itu adalah kumpulan yang terlibat di dalam peristiwa Kampung Memali! Allauhakbar!
Jam 3.00 petang perbicaraan ke atas Sdr. Monasoffian berjalan mengikut pertuduhan. Beliau kemudiannya dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak $700.00 oleh
Sdr. Rustam Sani.
Saya pulang pada malam itu dengan perasaan yang amat tenang memikirkan kesemua rakan-rakan seperjuangan telah bebas menghirup udara luar. Geli hati juga mengenangkan telatah sebahagian TPR yang merupakan
hardcore-hardcore reformis yang telah begitu sibuk hendak menjayakan program 'PROGRAM PENGHANTARAN NOTA PENGHARGAAN KE KEDUTAAN INDONESIA' yang akan diketuai oleh Sdr. Ezam.esoknya, 11 Nov, yang akan diketuai oleh Sdr. Ezam. Salah seorang dari mereka juga sudah
sibuk membuat pesanan Harakah-harakah untuk diedarkan di kawasannya walaupun tanda lebam di mata amat jelas
kelihatan. Ternyata MADEY dan anjing-anjing kurapnya tidak berjaya menakutkan apatah lagi memadamkan api
perjuangan yang membakar di dalam jiwa mereka. Malah semangat juang yang ditunjukkan oleh mereka lebih kuat
dan menggerunkan sekali!
Kesemua TPR bagaimanapun perlu melaporkan diri di Balai Anjing Kurap Pelabuhan Klang pada 29 November
ini. Penjamin-penjamin juga perlu menyediakan wang jaminan sebanyak $3000.00 pada tarikh tersebut sebagai
persediaan sekiranya ada pertuduhan dibuat ke atas TPR-TPR itu. 29 November ini juga adalah satu tarikh
di mana pilihanraya kecil Lunas dijangkakan akan berlangsung. Adakah ini satu kebetulan
atau.........???????
LAWAN TETAP LAWAN!
ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!ALLAHUAKBAR!
Kak Id 2000