minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Rancangan menubuhkan Biro Pembelaan & Pengaduan Kezaliman (BPPK)

Memandangkan pihak berkuasa menggunakan kekerasan dan kekejaman tanpa mempedulikan keluhuran undang-undang terhadap rakyat yang berhimpun secara aman, marilah kita sama-sama berusaha menubuhkan sebuah Biro Pembelaan & Pengaduan Kezaliman (BPPK) bertujuan untuk:

  1. Memastikan mereka yang melakukan kekejaman ditangkap dan dibicarakan apabila Barisan Alternatif mengambil alih pemerintahan negara.

  2. Menerima dan Menyimpan semua Laporan serta bahan-bahan bukti mengenai kekejaman yang telah dilakukan untuk tujuan perbicaraan.

  3. Menuntut gantirugi di atas kecederaan dan kerosakan harta benda yang dialami oleh mangsa.

  4. Memberi amaran kepada pihak berkuasa agar tidak melakukan kekejaman terhadap rakyat dengan sewenang-wenangnya.

  5. Memberi pengetahuan tentang hak demokrasi, hak bersuara serta hak-hak mempertahankan diri apabila berhadapan dengan pihak berkuasa.

  6. Memberi semangat juang yang tinggi kepada seluruh rakyat bangun menentang pemerintahan yang zalim

  7. Mendedahkan kekejaman yang dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap rakyat.

 

Dengan tertubuhnya BPPK seluruh rakyat yang dizalimi dapat menuntut pembelaan yang lebih adil apabila Barisan Alternatif menerajui pemerintahan negara.

 

Untuk mencapai matlamat ini berikan pandangan anda kepada

shamadil@hotmail.com

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter