minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

PERPECAHAN DALAM MASYARAKAT?

Perpecahan adalah satu musibah. Tidak ada masyarakat yang menyanggupi musibah perpecahan secara idealnya. Pun begitu, dalam tamadun kemanusiaan/dunia-perpecahan tak dapat dielakkan. Sayugianya ia sudah sebati dengan sifat dan kehidupan manusia itu sendiri samada terancang maupun secara kebetulan. Kesatuan pula adalah lawannya yang bersifat positif dan menjadi impian mana-mana masyarakat dan bangsa- lebih-lebih lagi kelompok pemerintah! Pemerintah yang baik ialah mereka-mereka yang dapat menyatupadukan masyarakat samada sebangsa maupun yang majmuk.

Dalam Islam, perpecahan amat dilarang. Islam punyai mekanisma yang amat efektif secara teori dan praktikalnya dalam menghalang maupun memulihkan semula masyarakat yang berantakan dan berpecah. Pokoknya, setiap individu mesti patuh kepada TUJUAN KEHIDUPAN itu sendiri. Kalau masing-masing sudah faham akan peranan kita sebagai Khalifah Allah, makanya segala sifat buruk dan penganiayaan sesama makhluk hanya menjadi bahan sejarah- umpamanya cerita HABIL DAN QABIL!! Cerita sejarah awal kemanusiaan ini amat baik dijadikan contoh mudah dalam mencegah perpecahan. Juga iannya menunjukkan bukti akan kecenderungan manusia kearah samada kebaikan atau kesesatan dalam berurusan soal dunia.

Allah yang Maha Penyayang meminta hambanya supaya bersatu dan duduk dalam kesatuan yang mesti bertunjangkan AGAMA.( Waktasimu bihablillah..) Itu adalah permulaan ayat yang menyeru kita berpegang dengan Islam, yang mana secara tuntutan Agama saja manusia boleh bersatu. Isma-isma lain yang kononnya boleh menyatukan dan menguatkan masyarakat adalah tipuan semata-mata yang akhirnya seringkali lebih teruk kesudahan cara hidup rakyat terbabit. Hanya janji Allah saja yang boleh menyatukan hati-hati manusia. Dengan itu barulah boleh mereka muncul sebagai umat yang kuat dan menjadi contoh teladan sebagaimana zaman Nabi, sahabat, solafusaleh, tabiin dsbnya.

Dalam hidup ini,jika bertuankan dan berTuhankan Allah nescaya selamat semua makhluk yang bernaung di bawahNya sepertimana di zaman Saidina Ali KWJ sehinggakan serigala liar pun  tak mengganggu kambing peliharaan. Jika pemimpin sedar bahawa mereka hanya pemegang amanah, nescaya tak berlaku segala kerosakan dan perpecahan dalam masyarakat. Apabila segala kepatuhan itu hanya untuk Allah, barulah kesatuan hakiki tercapai. Kerana Allah sudah memberi jalan keluar samada melalui Al Quran maupun sunnah RasulNya yang teragung dan terakhir-- Muhammad Ibn Abdullah, sebaik-baik ikutan dan contoh sehinggakan syaitan dan iblis laknatullah pun takut menghampirinya.

Perpecahan dalam masyarakat boleh disebabkan oleh berbagai faktor dan alasan. Jika sesuatu sistem masyarakat yang berjalan tiba-tiba didatangi pula pendekatan baru, maka pasti timbul pertentangan pendapat. Masalah sebegini lah yang sering membibitkan perpecahan. Seringkali pendekatan baru itu yang terbaik, tetapi mengundang perpecahan mayarakat kerana kejahilan atau sikap tak ambil kisah yang dijiwai turun temurun.

Masyarakat Arab Jahiliah juga merupakan kelompok yang sudah 'moden' dengan struktur hieraki masyarakat seperti yang kita ada sekarang. Ia juga punya Perdana Menteri, kabinet, Majlis tertinggi' hatta ke jawatan kecilnya seperti JKKK. Mereka juga ada pasar,kelab2 hiburan,kedai arak,judi,sundal dan bank. Mereka juga punya Tan Sri2, Tun2,Datok Seri2 dan berbagai lagi penarafan sosial. Ahli sastera, perubatan, korporat, politik dan sebagainya pun ada. Cumanya segala sistem itu berjalan dengan tidak berpaksikan kepada ketuhanan Allah yang sebenar. SIAPA YANG KUAT DIA BERKUASA. Kekuasaan dan keturunan menjadi ukuran dan timbangan dalam masyarakat. Kabilah yang punya sejarah menetap yang lama dan punya kekuasaan menjaga tempat ibadat iaitu Kaabah akan menjadi tumpuan dan meraih penghormatan yang bukan sedikit dari masyarakat jahiliah.

Dalam suasana begitulah Nabi Muhammad membesar dan terpelihara pula ia dari kekotoran noda  atas limpah kurnia Yang Esa. Sebagai seorang yang bakal memimpin Umat manusia, baginda tercari-cari Ketuhanan yang sebenar. Lalu pada kemuncaknya, tatkala berumur 40 tahun; sampailah seruan wahyu yang pertama dengan surah IQRA'. Ayat ini sekaligus menjadi hujah akan peri pentingnya menimba ilmu dan pengetahuan supaya kita terbebas dari kejahilan dan tipuan orang. Muhammad yang terkenal dengan jolokan  AL AMIN tiba-tiba menjadi sebutan dan buah bicara seluruh warga kota Mekah. Seruan pertama Nabi SAW untuk kaum kerabatnya sudah menjadi cemuhan dan momokan terutama pembesar dan penguasa termasuk kerabat sendiri. Lalu Nabi dituduh sebagai pendusta, penipu, ahli sihir, pensyair dsbnya. Logiknya Allah yang mengekalkan UMMI nya Rasullallah itu adalah sebagai benteng kebal yang  melindungi Al Quran dari tuduhan kepalsuan ataupun ciptaan Nabi Muhammad SAW.

Lalu terjadilah perpecahan dalam masyarakat Arab jahiliah. Perpecahan ini tidak dipinta oleh Rasul mahupun Yang Maha Esa. Namun sejarah menyaksikan perpecahan terus berlaku. Nabi tetap istiqamah dalam perjuangan kerana baginda tahu akan kebenaran Agama yang dibawanya itu adalah kesinambungan Agama Tauhid  yang bermula dari Adam AS,Ibrahim AS,Musa AS, Isa AS dan terus kepada baginda. Baginda tahu ia sebagai Utusan akhir zaman dan untuk semua manusia. Tawaran harta,saham,wanita dan pangkat langsung tak dapat mempengaruhi perjuangan dan penyebaran Islam yang   wajib baginda lakukan demi keselamatan manusia secara amnya.

Berpecahnya bangsa ketika itu ialah kerana kejahilan dan sifat sayang dunia dan pangkat yang berakar umbi dalam masyarakat. Mereka mempertahankan fahaman bangsa (asobiah) dan cuba mengadu-dombakan isu itu dan mengugut KETUANAN KABILAH (macam Ameno amalkan) Sedang Islam membawa ajaran murni dan adil yang memecah benteng kesombongan kaum, pangkat dan darjat. Maka itu lah golongan kuffar (Ameno Makkah) yang diketuai antaranya Datok Seri Abu Lahab, Tun Utbah dan rakan-rakan kroni mengambil pendekatan diluar kemanusiaan seperti menyeksa, memulau ekonomi, perniagaan hatta bekalan makanan pun disekat atas nama menghalang pengembangan Islam (PAS Makkah). Bukannya mereka tak tahu betapa mulia dan indahnya pekerti Nabi s.a.w. Dek kecintaan kepada dunia dan jijiknya perasaan samataraf antara bangsawan dan hamba, lalu mereka meneruskan agenda Ameno Makkah. Sejarah juga menunjukkan betapa golongan yang kuffar sanggup mencetuskan kemusnahan jiwa dan akhirnya membawa kepada peperangan yang semua orang Islam maklum akannya.(Perhatian: tiada perkaitan antara Ameno dan  Pas Mekah dengan yang ujud di Malaysia. Barangkali secara simbolis ataupun wadahnya berhubungkait. Pihak SB diminta mendalami sejarah Islam sebelum menyaman penulis)

Kemudiannya setelah mendapat penentangan yang semakin keras datang perintah Allah yang menganjurkan Hijrah demi Agama yang dipertahankan. Dengan ikatan Ukhwah Islamiah yang hebat antara Golongan Ansar dan Muhajirin lalu terbentuklah kerajaan Islam yang pertama dengan Nabi junjungan sebagai pemimpinnya. Negara Islam Madinah yang rakyatnya terdiri dari orang Islam dan bukan Islam dari kaum Yahudi, Nasrani dan Mushrikin. Sejarah menunjukkan Piagam Madinah yang diguna pakai adalah tatkala Islam adalah golongan minoriti.!!. (Kelompok Yahudi dan musyrik adalah majoriti) Kita juga mula didedahkan dengan satu golongan yang sering disebut Allah iaitu MUNAFIK yang sentiasa menjalankan kerja memusuhi Islam walaupun didepan Nabi dan Sahabat bukan main lagi dilakonnya keislaman mereka.Mereka memakai jubah serban sama seperti muslim lain.Malah mereka juga membina masjid yang besar dan cantik (setara masjid Putrajaya) untuk menarik orang melebihi dari masjid yang Nabi bina. Setelah itu berlakulah berbagai peristiwa yang kita boleh baca dari buku-buku sejarah Islam yang menunjukkan naik turunnya Islam sehinggalah sekarang.

Dalam sejarah tamadun manusia moden berbagai doktrin atau isma  muncul, yang kononnya dapat menyatupadukan dan mensejahterakan masyarakat. Ada Komunis,kapitalis,autokrasi dan demokrasi. Ada juga yang mengatakan kaum keturunan atau agama boleh menyatupadukan masyarakat. Masing-masing menegakkan hujah dan pandangan serta bukti yang menyokong pegangan dan hujah mereka. Lalu berserakan dan digunapakai segala sistem yang ada dalam usaha menyatupadukan manusia mengikut pilihan rakyat maupun pemerintah. Namun sejarah membuktikan apa saja isma yang diamalkan pasti kecundang kerana unsur penyelewengan dan tak dapat mengikat manusia sepenuhnya untuk patuh. Kejatuhan Komunis, kebobrokan demokrasi,kezaliman autokrasi dan ketamakan kapitalisma adalah bukti betapa lemahnya isma ciptaan manusia biar sehebat mana pun ia.

Setelah kejatuhan kerajaan Othmaniah di Turki angkara Mustafa Kamal Attartuk (MKA), Dunia Islam runtuh dan satu persatu jatuh menjadi tanah jajahan Bangsa Eropah Kristian . Orang Islam Turki terpedaya oleh Shahadah MKA yang ternyata seorang Munafik ulung yang terus menghancurkan Islam dan warisannya atas alasan mengejar kemajuan dan kemodenan. Pelbagai hujah logik akal digunakan untuk mencapai tujuan jahatnya, hatta membunuh golongan ulama dan rakyat yang menentang perancangannya.Maka sejarah mencatatkan bagaimana rosak segala sistem Islam yang berjalan lancar sebelumnya. Apa saja lambang dan syiar Islam dihancur dan diubah.Masjid menjadi muzium, azan berbahasa Turki, pemakaian cadur diharamkan, janggut menjadi haram dan tak terkecuali kopiah serban.

Tidak terkecuali rantau Asia Tenggara, Tanah Melayu dijajah silih berganti oleh Kristian Eropah yang akhirnya dimerdekakan atas dulang emas kepada Kerajaan Perikatan yang Ameno menjadi tunggaknya setelah mereka menerimapakai syarat yang ditetapkan penjajah melalui kontrak sosial dalam perlembagaan. Ini adalah bertujuan menyekat kebangkitan golongan Ulamak dan cendikiawan Islam yang banyak mendokongi Persatuan Kebangsaan Melayu Muda yang mengangkat senjata menentang penjajahan semula British selepas tamat Perang Dunia kedua.Setelah British menghancurkan gerakan bersenjata menuntut kemerdekaan oleh pejuang Melayu melalui ISA dan penjara barulah ujudnya PAKEMBAR (PARTI KEBANGSAAN MELAYU BERSATU= UMNO) DALAM TAHUN 1946 yang menggunakan slogan 'Hidup Melayu' yang akhirnya setelah 43 tahun memegang tampuk kuasa memusnahkan segala dasar dan keistimewaan Melayu dalam perlembagaan.Keadaan ini begitu ketara sekali dalam era kuku besi Diktator Mahathir sejak 18 tahun yang lalu.

Negara kita Malaysia memilih demokrasi berparlimen sebagai asas pemerintahan negara setelah memperolehi kemerdekaan dar British. Pilihanraya diadakan 5 tahun sekali untuk memilih wakil ke Parlimen dan juga Dewan Negeri. Selama 43 tahun kita telah menempuh berbagai peristiwa suka duka yang akhirnya mematangkan rakyat dan negara pun berkembang maju seiring dengan kemajuan dunia. Ketidakadilan dalam agihan ekonomi dan jurang pemisah antara si miskin dan si kaya menyaksikan negara terjerumus dalam pergaduhan kaum pada 13 Mei 1969. Lalu negara bangun terus ke hadapan dengan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang sepatutnya menyaksikan pemulihan ekonomi rakyat terutamanya Orang Melayu tanpa mengabaikan kebajikan kaum-kaum lain.

Kekuasaan mutlak BN hanya tergugat dalam 2 pemilu iaitu tahun 1969 dan yang terbaru tahun lepas 1999. Walaupun dapat mengekalkan 2/3 majoriti, kita menyaksikan senario peralihan sokongan orang Melayu/Islam kearah Barisan Alternatif (BA) yang ternyata lebih menarik dan logik perjuangannya. Hilangnya beberapa kerusi Parlimen dan DUN Ameno kepada BA amat menggusarkan Puak Asobiah ini tambahan lagi beberapa kerusi pula lain dimenangi dengan majoriti berskala kecil (kecil konet kata anak saya!!). Perubahan drastik kaum yang menunjangi politik negara ini menghantar signal yang menyeramkan sehingga ke tulang som-som Ameno. Apa yang dibuat serba tak menjadi. Pelbagai isu dan sandiwara pun dibentang tengah masyarakat untuk memikat dan menarik kembali sokongan yang hilang. Namun ianya tak memberi kesan malah menjadi bahan lelucuan dan topik sementara menunggu nasi lemak sampai ke meja di kedai-kedai kopi`. Dengan kekuasaan politik korup dan  pemerkosaan sistem perkhidmatan awam yang seolah-olah milik peribadi, kita melihat bagaimana tingkah laku dan kelayak pimpinan Ameno cuba mengenakan Pihak BA dalam isu Sauk dan Almaunah.Mereka menggunakan pendekatan yang sama dengan kes Mantan Timbalan Perdana Menteri dengan mengharap BA membuat laporan Polis!!! Lalu akhirnya kita akan menyaksikan satu lagi episod Mahkamah Kanggaroo Pengkhianat Melayu (PM) itu.

Setelah tewasnya Ameno Terengganu kepada BA yang diterajui Pas, kita menyaksikan pula era politik balas dendam oleh kerajaan Pusat pimpinan Ameno. Rakyat dapat menilai bagaimana rakus dan zalimnya Ameno kepada bangsa Melayu dan Islam di negeri Kuwait Malaysia ini.Pelbagai helah dan tektik kotor mereka lakukan untuk menekan kerajaan pilihan rakyat Terengganu.Setelah melewatkan Geran Wajib tahunan, isu royalti minyak yang bertukar menjadi wang Ehsan pula ditimbulkan. Sedang kerajaan BN lah yang mengamalkan penyelewengan dan rasuah,kini mereka cuba menonjolkan seolah-olah kerajaan BA Terengganu adalah korup dan menyalahgunakan wang rakyat. Pendekatan berhemah kerajaan pimpinan TG HAJI HADI AWANG yang mesra rakyat menyeramkan Ameno. Rakyat dapat melihat bagaimana dalam masa yang pendek memerintah, PAS sudah boleh melega dan meringankan beban rakyat.Penghapusan tol,cukai pintu,menaikkan elaun imam dan bilal,bantuan orang miskin dan perumahan rakyat.Wang 200 juta dari royalti yang diterima,kerajaan PAS peruntukkan rumah kos rendah. Begitu jua kemudahan lain seperti pinjaman tanpa faedah dan tabung bantuan usahawan. 

Semua ini memberi manafaat untuk semua rakyat tanpa mengira parti atau kaum.Ini yang menggerunkan KERAjaan zalim dan pengkhianat bangsa pimpinan Mamak Usang.Keasdaan ini jika dibiarkan berterusan alamat melepaslah...Ameno nak rampas Terengganu!! Lalu pendekatan menghukum dan menindas sesama bangsa seperti yang diamalkan puak Asobiah kuffar Makkah pun ditiru tanpa sedar!!Pada mata kasar dan akal yang senteng,nampak seolah-olah akan membuahkan hasil yang lumayan!!.....hakikatnya KERAjaan dangkal Melayu minoriti ini tidak belajar dari kesilapan lalu semasa mereka menekan kerajaan PAS Kelantan.Bukannya mereka dapat memperbaiki prestasi,bahkan mencorot habis dengan 'batu nisan' dalam DUN dan satu kerusi Parlimen,sebagai menjaga airmuka KU LI.

Bagi pemimpin Khurafat Ameno ini,jika sokongan Melayu lari dari mereka,maka dikatakanlah orang Melayu berpecah!!Ini hujah orang kurang berakal dan rendah pula akalbudinya.Walhal yang sebenarnya orang Melayu/Islam mencari payung lain untuk berteduh sesudah koyak rabaknya payung kertas Ameno yang ironisnya dirosakkan oleh pemimpinnya sendiri. Secara nyatanya orang Melayu biasa saja,biar pun dia BA maupun BN. kehidupan diteruskan macam biasa samada melibatkan sakit demam ataupun khenduri kendara. Yang nampak berpecah ialah kepimpinan Ameno sendiri dan rakan-rakan BN nya.Inilah sifat munafik pada Ameno, penuh dengan penipuan dan kepura-puraan. Paku dulang paku serpih..kata orang ,dia yang lebih. Perpaduan dalam BN tak lain hanyalah lakonan bak wayang Cina ataupun bangsawan melayu maupun filem Tamil. Masing-masing menjadi jaguh untuk kaum sendiri, tiada agenda perpaduan yang hakiki. Dasar PECAH DAN PERINTAH
terus berjalan seiring dengan pembangunan negara.Isu perpaduan bagi mereka hanyalah sebagai satu senjata ampuh untuk menggertak rakyat dari bersatu secara hakiki dan memberi ruang untuk mereka mengsonglapkan harta milik rakyat dan negara!!

Ameno semenjak di kepalai oleh seorang Ultra Melayu berketurunan mamak Kerala ini tidak pernah sunyi dan aman dari perpecahan. Sejak dari zaman ia menjadi Timbalan Perdana Menteri lagi sudah dicocoknya budaya berpecah dan mengadudomba. setelah berkuasa penuh, maka mudahlah bagi dia menjalankan perancangan jahat dan merugikan orang Melayu/Islam di sebalik topeng Ketuanan Melayu dan Hak Istimewanya.Ucapan Parlimen yang pernah dibuatnya pada era 60 an menjadi bukti kuat akan niat jahat dan iltizam serongnya pada hak orang Melayu.Sistem pecah dan perintah yang disokong pula ahli yang membuta-tuli setianya begitu mudah diputarbelitkan oleh mamak ketua Parti Melayu ini. Lalu terjadilah seperti apa yang ada sekarang ini. Habis segala peruntukan keistimewaan dan dasar perlindungan orang Melayu yang tercatat dalam perlembagaan diliwat dan ditiadakan. 

Ironisnya...tanpa segan dan bermaruah Mamak seorang ini terus-terusan menggunakan segala jasa baik dan budi pemimpin terdahulu sebagai bukti Ameno membela orang-orang Melayu.Mungkin sudah menjadi sunatullah, yang bathil tetap akan tersungkur dan terbongkar. Segala kepura-puraan dan silapmata ala David Copperfield tiba-tiba dipecahkan oleh kebenaran yang tentu saja diterima mudah akal- kerana setiap hujah yang dibentang disokong pula oleh fakta yang berjela jumlahnya. Perlakuan yang menjolok mata tanpa silu ini amat dibenci oleh orang Melayu dan terus mereka luahkan dalam peti-peti undi. Dasar pengkhianat bangsa dan agama ini tentu saja ditolak oleh anak bumi yang menyayangi bangsa dan agamanya. Orang Melayu yang antara ciri pentingnya ialah beragama Islam tentu saja bangkit dan menentang kezaliman yang merupakan sesuatu yang asing dan dibenci.Berpecah Melayu harus dilihatsecara yang positif,iaitu kearah masyarakat madani.Sebenarnya adalah satu hijrah jua, keluar dari parti Asobiah yang keji,hina lagi zalim kepada satu parti yang berteras agama yang menjamin dan menyelamat kita di dunia dan akhirat......

Wallahhualam....

Dr NOLOGARENG

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter