VCD LUCAH YANG DIJUAL SECARA TERBUKA
Assalamualaikum wbt.
Semoga Allah merestui perjuangan kita, Insya Allah. Saudara
webmaster, Semalam tanggal 6.11.2000 saya telah berangkat ke KL dengan menaiki sebuah bas
ekspres yang bertolak dari Butterworth pada jam 10:30 malam. Perjalanan agak lancar dengan
bas tersebut singgah di Parit Buntar, Bagan Serai dan Kemunting. Pada jam 3:35 pagi, kami
sampai di Tanjung Malim dan berpeluang untuk membasah tekak dan ada yang ke bilik kecil.
Sementara menghabiskan waktu 30 minit yang diberikan, saya tertarik dengan orang yang
berkerumun diluar Restoren Cahaya Bernam. Saya pun menghampiri kumpulan itu.
Rupa rupanya ada dua meja panjang yang diatasnya penuh dengan VCD yang dijual begitu
murah. Ada dua prang pemuda Tionghua yang membuat promosi. Kalau sekadar VCD cetak
rompak, itu perkara biasa. Tapi ini lebih dari itu. Kedua dua peniaga itu turut
mempamirkan VCD lucah diatas meja meja tersebut tanpa rasa takut atau malu.
Saya
rasa diri saya tercabar untuk menulis berita ini kerana saya malu apabila seorang wanita
Melayu yang separuh umur juga ditawarkan untuk membeli VCD lucah itu.
Katanya......"ini neglo itu kuat main punya, Melayu pun ata, ini Penang punya Melayu,
ini Johor punya Melayu, Sabah pun ata......dulu taktak sembang, sekalang VCD Melayu ata
sembang punya.'
Saya juga ingin bertanya dengan anjing kurap, bapa anjing dan anjing
suruhan Tanjung Malim, tak tahu ke benda ni atau perut dah kenyang macam ular sawa sampai
malas nak bergerak. Penguat kuasa perdangangan pula macam mana. Satu cawan teh
sampai RM1.50.
Kesimpulannya, si anjing anjing suruhan ini hanya nampak kepada mereka
mereka yang ingin menegakkan kebenaran saja. Kalau buat kerja haram, lantak
engkaulah.....janji ..... aku kenyang.
Saudara, saya berharap pihak yang berkenaan
dapatlah melakukan sesuatu bagi mencegah perkara ini dari terus berleluasa dan bertindak
ke atas mereka dengan sewajarnya.
Wasalamualaikum wbt.
Nota
webmaster:
Inilah satu
contoh kemungkaran yang sedang berlaku dalam pemerintahan kerajaan BN hari ini. Walau
pun mereka bermegah dengan pencapaian dan kemajuan dan memiliki teknologi tinggi, namun
kemajuan itu bukannya untuk tunduk kepada Allah, atau menyatakan kesyukuran kepada
Allah. Sebaliknya mereka angkuh dan berpoya-poya dengan kemewahan yang dikecapi sehingga
menjatuhkan maruah sesama manusia. Jika masalah sebegini kecil tidak dipandang
berat, ia akan membesar dan menjadi masalah yang utama sehingga boleh meruntuhkan
sesebuah negara. Berbanggakah anda mengundi sebuah kerajaan yang mungkar kepada Allah?