SIRI 6 YTDT
DASAR MUKA TIDAK TAU MALU!!
5 November 2000 akan terpahat dalam sejarah
tamaddun dunia sebagai satu tarikh yang penuh maknanya.
Ini bukan kisah rakyat
Manila yang berhimpun ratusan ribu jumlahnya di sepanjang Ayala Avenue di Makati
hinggalah di Roxas Boulevard di Manila dan di Project Three and Four di Quezon City. Di
sana mereka keluar beramai-ramai lengkap dengan pakaian yang bertulis "Undur
Estrada" ataupun 'Erap Resign' ataupun 'Impeach Estrada'. Semua ini adalah kata
jolokan yang mahukan Presiden Estrada berundur dan melepaskan jawatannya. Rakyat
Filipina memang bertuah kerana mereka mampu berhimpun secara aman tanpa perlu
mendapatkan lesen, dan meminta presiden mereka mengundurkan diri. Pembabitan Kardinal
James Sin untuk memberi nasihat kepada presiden itu agar beliau mengambil jalan
terhormat tidak pula disambut oleh pancutan air asid ataupun hayunan belantan ke cermin
kereta ataupun kepala. Tidak juga tembakan gas pemedih mata kepada pemimpin rakyat di
sana. Polis Filipina ketika itu lebih selesa membawa payung untuk melindungi muka mereka
daripada pancaran matahari yang terik. Apakah tindakan Presiden Estrada dalam hal ini?
"Kalau anda bertanggungjawab mengangkat saya menjadi presiden, kini anda mesti
bertanggungjawab menjatuhkan saya dari singgahsana....! Dia tidak pun mengarahkan
polis menggunakan kekerasan terhadap rakyat yang berhimpun untuk mendesaknya undur.
Ini juga bukan tarikhnya untuk mengingati ratusan
rakyat Palestine yang mati ditembak oleh askar regim Israel. Mereka mati syahid kerana
bersenjatakan batu dalam gerakan 'intifada' melawan serangan askar yang bersenjata
canggih dan berbaju kalis peluru. Memang ramai rakyat Palestine yang tidak berdosa
mati mempertahankan tanah air mereka berbekalkan semangat jihad dan batu kecil sebagai
senjata untuk berlawan. Kalau pancutan air asid yang diarahkan kepada mereka merupakan
air berbisa yang pasti mencetuskan penyakit kanser; kerana itu Israel lebih berminat
menembak sampai mati, senang bicara dan senang hati.
Kita juga bukan mahu
bincangkan peristiwa rakyat Indonesia yang merusuh di Jakarta membakar sana dan membakar
sini melawan pasukan tentera dan polis kerajaan yang cukup canggih alat pertahanannya.
Majoriti rakyat Indonesia yang berhimpun secara besar-besaran dulu sanggup mati
sebagai pejuang bangsa melawan regim Suharto kerana terlalu lama merasa bosan
berpemimpinkan manusia yang rakus dan yang sudah lupa daratan. Mereka berhadapan dengan
senjata automatik yang memuntahkan peluru berbisa. Mereka berantakan dengan polis gerak
gempur yang beralatkan belantan dan perisai serta bertali arus datangnya untuk menolak
rakyat yang dahagakan keamanan dan perubahan nasibnya.
5 hb November, 2000 adalah
satu tarikh keramat di Malaysia. Ia berlaku di Shah Alam ibu negeri Selangor, di mana
Sultannya sedang memegang kuasa sebagai Duli Yang Di Pertuan Agong dan amat sedar apa
yang berlaku kerana memanda bendaharanya adalah Perdana Menteri Malaysia yang bernama
Dr. Mahathir Mohammad. Namun, peristiwa yang menjadi bersejarah itu bukan menyangkuti
pergolakan yang sedang bergelora di sanubari rakyat Selangor disebabkan rampasan di
siang hari yang dilakukan oleh Mahathir Mohammad ke atas tanah taklukkan Selangor untuk
menjadi Wilayah Persekutuan. Episod ini akan menjadi satu lagi bahan sejarah dan akan
dijangka menumpahkan darah di antara rakyat Selangor jati yang marahkan Sultan kalau
beliau setuju menyerahkan lagi tanah Selangor kepada kerajaan pusat. Mentelahan lagi
rakyat Selangor sudah semakin jijik dan meluat menengokkan gelagat menteri besar yang
baru yang semakin lupa daratan bahawa beliau adalah anak keluarga mendatang daripada
seberang yang sebenarnya diberikan tumpangan kasih, ihsan rakyat jati Selangor.
Tarikh
Keramat, Tarikh Azimat
Sejarah akan
menentukan bahawa 5 November 2000 adalah satu tarikh keramat bagaimana rakyat Malaysia
berbilang bangsa cuba berhimpun secara aman tanpa berbekalkan sebarang senjata mempertahankan
diri, untuk mendapatkan kembali hak mereka yang hilang. Nawaitu berhimpun dan perbarisan
mengandungi berbagai-bagai kaum, agama dan harapan itu telah disambut oleh pasukan
keselamatan, terutama sekali pasukan Gerak Khas dengan perbuatan yang biadap dan
menjijikkan. Rakyat yang tidak berdosa diperlekehkan. Mereka dipancut dengan air asid
yang mempunyai kesan yang serius kepada kesihatan. Kereta mereka dirosakkan dengan cara
yang paling aib dan ada di kalangan mereka yang tercedera teruk kerana dibelasah
seolah-olah mereka adalah bahan belasahan yang digunakan oleh pasukan itu ketika
mereka melakukan latihan gerak kerja.
Sekaligus, 5 November akan terpahat sebagai
tarikh rakyat memusuhi wakilnya yang dilantik dengan sah di pemilu ke-10 yang lalu.
Sekaligus, Mahathir dan para juaknya boleh menganggap dirinya sebagai 'public enemy
number one' (mush terunggul masyarakat) dan para juaknya sebagai kumpulan yang
bersekongkol dengannya (collaborators).
Apa yang diharapkan sebagai perhimpunan
yang bebas dan aman telah dijadikan satu perhimpunan haram oleh Mahathir dengan sokongan
padu seorang budak mentah berpolitik bernama Dr. Khir Toyo. Sayangnya mereka dan zuriat
mereka akan menanggung padahnya. Sepatutnya kalau Mahathir bijak dan Dr. Khir Toyo
pandai, perhimpunan rakyat yang dirancang itu boleh dijadikan sebagai alat untuk
mengembalikan semula perpaduan orang Melayu yang mampu membawa suasana maaf-bermaafan
untuk melonjakkan Malaysia ke satu era yang lebih maju lagi. Sayang, kerana dasar muka
tak tahu malu, ciri-ciri keinsanan yang bersadurkan ajaran keIslaman disisihkan oleh
mereka yang sudah ketandusan idea bagaimana mahu memimpin sebuah negara yang
bermasyarakat majmuk.
Cuba fikirkan faktor di bawah ini:
- Penganjur himpunan rakyat ini pernah meminta
agar diberikan peluang menyewa Stadium Bukit Jalil untuk menaja perhimpunan ini.
Permohonan ditolak walaupun deposit sewaan telah diambil. Alasannya stadium perlu
dibaik-pulih pada hari yang diminta. Kerana itu penganjur merancang diadakan di
Jalan Kebun Kelang kerana itu adalah kawasan markas parti. Kesannya pentas dan
segala persiapan dirobek-robek dan tuan punya tanah ditangkap bersama dengan
beberapa insan lain yang tidak berdosa.
Sepatutnya Khir Toyo menggunakan
kebijaksanaannya. Dari menganjurkan polis menyekat dan menghalang himpunan itu, dia
boleh memberi kemudahan agar digunakan Stadium Melawati di Shah Alam dan membiarkan
perhimpunan berjalan lancar di mana polis diletakkan untuk mengawal lalu lintas.
Malahan dia boleh menghadiri perhimpunan itu sebagai orang biasa untuk mendengar
sendiri apa yang akan diucapkan oleh pemimpin pihak penganjur. Dia boleh duduk di
anjung istana Selangor untuk mendengar segala ucapan dengan Pemangku Raja Selangor,
kalau dia mahu. Sayang sekali, dia telah memakai otak yang mungkin tersorok di
kepala lututnya untuk mengikut rentak menekan yang dilakar oleh seorang diktator
tua. Apa salahnya kalau dia berunding dengan kerabat diraja Selangor dan pergi
mengadap kepada Sultan yang bersemayam di Istana Agong dan mengemukakan cadangan
untuk berkompromi?
Sebagai seorang berpendidikan ilmu perubatan tentu dia
sudah lama sedar keadaan Sultan Selangor yang selama ini tertekan dan sanggup
menerima apa juga cadangan yang difikirkan munasabah yang dapat menambat hati rakyat
Selangor.
Apa salahnya kalau Khir Toyo berunding dengan veteran UMNO di
Selangor dan di mana juga di negara ini untuk mendapatkan sokongan agar mereka dapat
menasihati Mahathir untuk tidak berkeras dalam hal ini. Kemudian rujuk
pula dengan Ketua Polis Negara dan Ketua Turus Angkatan Tentera Malaysia
mengenai perkara ini agar Mahathir ditonyohkan otaknya sikit untuk memahami bahawa
himpunan yang dilaksanakan melalui internet ini adalah satu himpunan yang tidak
boleh diperlekehkan.
Khir Toyo harus sudah sedar untuk sekian lama dia
menjadi menteri besar di Selangor, di menjadi menteri besar bukan kerana rakyat suka
dan redha...saya ulang perkataan redha. (Orang Jawa sebut perkataan ini dengan
perkataan REDO!.) Rakyat Selangor termasuk masyarakat Jawa peranakan tidak 'redho'
Khir Toyo menjadi menteri besar bukan disebabkan mereka cemburu tetapi kerana mereka
tahu beliau belum matang untuk mentadbir sebuah negara yang termaju di Malaysia ini,
disebabkan usia dan pengalamannya. Satu ketika dulu ada seorang Jawa telah menjadi
menteri besar, tetapi dia tidak dipertikaikan malahan disenangi sedangkan
kelulusannya adalah meniup trombon pada upacara kematian orang Cina. Itulah yang dia
pandai kerana sebelum itu dia menjadi pamin muzik angkatan pancaragam polis
Malaysia. Dia tidak berkelulusan apa-apa tetapi dia matang melayani kerenah
rakyatnya, itulah yang membuatkan negeri Selangor terus maju di bawahnya.
Malangnya
Khir Toyo hanya pandai berlagak seolah-olah dia pintar mentadbir. Dia belum tahu
lagi sepak terajang ahli exco yang ada kerana dia belum cukup pengalaman. Dia
ingat mentadbir negeri seperti menampal gigi berlubang; bius sikit, cuci sikit dan
tampal yang berlubang itu. Kemudian, kutip pitih banyak sebagai habuannya.
Sepatutnya,
perhimpunan yang dilangsungkan secara tidak berlesen itu diberikan lesen oleh Khir
Toyo kerana dia mempunyai kuasa mengarahkan lesen itu diluluskan. Dia tidak perlu
merujuk kepada sesiapa. Kalau dia sayangkan jawatan barunya dan juga ketenteraman
negeri pentadbirannya dia boleh mengambil sikap, 'pergi jahanam kepada orang luar
Selangor yang mahu mengkotak-katikkan pentabdiran negeri....!'. Apa salahnya dia
menjemput penaja himpunan rakyat itu berunding di rumahnya bersama dengan ketua
polis Selangor dan juga ketua tentera Selangor? Luluskan lesen untuk stadium Melawati
dan arahkan polis bertugas mengawal lalu lintas dan ketenteraman. Mahathir mungkin
berlembut kalau diberitahu inilah jalan yang terbaik untuk keamanan negara.....!
Orang
putih kata 'What's the big deal in denying a license?' Di Kota Bharu dan di Kuala
Terengganu perhimpunan manusia melebihi 100,000 orang pernah dilakukan, tidak pun
ada kekecohan apa-apa. Kalau penganut Kristian dibenarkan kelulusan menggunakan
Stadium Bukit Jalil, kenapakah pengikut parti politik pembangkang ditidakkan hak
itu? Apakah mereka bukan rakyat Malaysia dan apakah mereka semuanya agen
asing?
Sayang sekali....Khir Toyo terlepas peluang untuk menyerlahkan
kelelakiannya dan menonjolkan kewibawaannya. Apa gunanya berikrar sanggup
bermandikan darah sedangkan hidup kita setiap malam bermandikan peluh dan air mata?
Inikah ajaran agama Islam yang kita hayati, dan inikah amalan duniawi yang anda
pelajari? Khir Toyo sudah tersilap langkah kerana masuk perangkap yang disediakan
bukan sahaja oleh Mahathir malahan oleh kumpulan yang mahu melihatkan dia jatuh
daripada kedudukan yang tidak disenangi mereka sejak dia memegangnnya lagi.
Adalah
diharapkan bahawa Khir Toyo akan sedar daripada kesilapan besar ini dan faham bahawa
Mahathir tidak akan terus menongkat langit. Esok ataupun lusa berkemungkinan anda
melihat Mahathir kaku sambil tegak berdiri kerana diserang angin ahmar. Lihat sahaja
gelagatnya sekarang ini dan amatilah cara dia bercakap dari kaca mata seorang yang
berpendidikan perubatan. Mahathir sebagai manusia biasa tidak dapat bertahan lama.
Semua orang peniaga amat sedar akan fenomena ini. Kerana itu ramai para juak dan
jongosnya di kalangan orang bukan Melayu meransangnya agar mempercepatkan projek
yang membolehkan mereka membalun harta negara dan mengambil faedah kontan darinya
untuk dilarikan keuntungan pendahuluan itu. Kerana itu setiap projek mega yang
dulu-dulu dilakukan dengan cepat sehingga memaksa penggunaan tenaga kerja
mendatang, kerana muslihat mahu membalun wang rakyat semata-mata. Ini dilakukan
terang-terangan tanpa ada sesiapa mahu mengkritiknya.
- Putar belit Juak Mahathir yang Memalukan
Orang Melayu
Salah satu putar belit yang amat ketara tetapi tidak berapa
dikesan oleh masyarakat umum ialah penamaan Putra Jaya dan Cyber Jaya. Kenapa tidak
disebut 'Dunia Putra' ataupun Dunia Siber'? Kalau Putra Jaya dinamakan kerana
mengenangkan Tunku Abdul Rahman Putra kenapa pula Cyber Jaya tidak dinamakan 'Putra
Cyber' ataupun 'Cyber Putra'. Apakah secara kebetulan nama 'Jaya' itu bersamaan
dengan nama 'Berjaya Group' yang memang amat mudah menghamba-abdikan diri tuan punya
kumpulan itu kepada Mahathir sehinggakan pegawai proksinya kini menjadi Setiausaha
Kerja UMNO?
Khir Toyo sepatutnya sedar akan segala putar belit dunia korporat
untuk berpaut kepada pemimin politik. Mahathir telah dijebak oleh jerung-jerung
kelas ungggulan ini kerana dia tamak dan rakus sejak menceburkan dirinya dalam dunia
politik. Kerana kerakusan itu dia sanggup membiarkan anak-anaknya menjadi ahli
korporat secara 'parachute' tanpa pengalaman dan latihan bertahap. Apabila mereka
jatuh berdebab, dia tidak punyai pilihan lain melainkan membantu mereka dengan
menggunakan wang rakyat, tanpa restu rakyat.
Setiap orang yang mahu menonjol
sebagai pemimpin rakyat harus akur kepada tata susila kepimpinan betapa kalau tidak
ada pengikut, tidak adalah pemimpin. Sekarang ini sebilangan besar mereka yang
memimpin, memperkokohkan kewibawaan mereka melalui putar belit media, seperti TV,
akhbar dan radio. Tanpa propaganda songsang ini, apa yang diiktiraf pemimpin itu
sebenarnya sama jijiknya dengan kucing kurap yang melata kerana kurang wibawa.
Lihat
kepada sejarah Mahathir sendiri. Satu ketika dulu dia menjadi pemimpin yang
disegani. Ini berlaku ketika abang iparnya masih menjadi Gabenor Bank Negara dan
ketika itu dia tidak berani berdecit banyak walaupun sudah menjadi Perdana Menteri.
Sebaik sahaja Tun Ismail Ali meninggal dunia, Mahathir bertukar perangai menjadi
rakus serakusnya. Sejak itu dia lakukan proses pecah dan perintah. Dia ganyang
sesiapa yang sanggup menasihatinya dan apatah lagi yang berani menyanggahnya.
Kemuncak kerakusan Mahathir terserlah apabila dia menang menumpaskan pengaruh Al
Arqam, sedangkan kalau dikaji betul-betul apa yang dikatakan penyelewengan peradaban
dan amalan Al Arqam itu adalah terhad pada amalan keluarga Abuya. Sedangkan akar
umbi Al Arqam pada keseluruhannya merupakan pengikut setia yang amat takut kepada
ajaran Allah seperti yang diwahyukan kepada Nabi Mohammad s.a.w. Al Arqam dibubarkan
kerana dikatakan hampir tersungkur di pintu syurga. Tetapi, al Arqam sebagai
institusi perniagaan kelas eceran ataupun runcit adalah satu institusi yang
membangun tanpa pertolongan ikhlas Kerajaan. Al Arqam adalah pengasas industri
IKS Melayu (Industri Kecil dan Sederhana) yang terlalu megah diceluparkan oleh
Rafidah Aziz, Mustapha Yaakob, Anuar Musa dan hampir semua pemimpin UMNO yang tidak
bertapak di alam nyata.
Kelemahan memahami pergerakan niaga Al Arqam dan juga
kelemahan Mahathir memahami ajaran Allah kerana kerakusannya yang semula jadi telah dieksplotasi
oleh segelintir insan dalam UMNO dan kerajaan yang bergelar ulama. Mereka
bersekongkol dengan Rahim Noor untuk mengganyang Al Arqam sebagai topeng untuk
mendekatkan pengaruh mereka kepada Mahathir. Kesannya, pengaruh yang ada pada Al
Arqam kini menggugat UMNO dan penyatuan ummah serta kerukunan kehidupan orang
Melayu. Tanpa al Arqam, kegiatan Kemas, Mara, dan Kementerian Perdagangan dalam
negeri tidak membawa sebarang impak. Mereka ini sebenarnya melonjak naik
kerana menumpang kegemilangan jaringan niaga yang diteraskan oleh Al Arqam. Kekuatan
mereka menyingkir Al Arqam tidak pula berdaya menguatkan pengaruh mereka dalam penyebaran
ajaran Islam di kalangan masyarakat orang Melayu. Mereka gagal dan tersungkur
sehingggakan sanggup melakukan putar belit lagi mengenai jawatankuasa madrasah
dan masjid. Tidak cukup dengan membaca khutbah lengkap dengan dakwah songsang
sehingga membuatkan jemaah sembahyang zohor berasingan. Bukankah ini sebab yang
besar kenapa ulama terkenal lari daripada menyokong UMNO?
Khir Toyo harus
menyedari hakikat ini, kerana Al Arqam bertapak kuat di Selangor dan pengaruhnya
masih lagi kuat bertapak di Selangor malahan semakin berpengaruh lagi. Lupakan jasa
Abuya Ustaz al Sheik (apa lagi) Shaari; seorang Jawa berasal daripada Kuala
Pilah yang mampu menyatukan ummah yang terumbang-ambing satu ketika dulu sedangkan
kumpulan itu mahu berniaga secara ajaran Islam. Abuya terjebak kerana dia cuai
tetapi bukankah proses dia dirasuk untuk mengamalkan nilai hidup yang songsang
itu memakan masa lebih lapan tahun oleh pasukan yang direstui oleh kerajaan juga?
Namun demikian, sebelum pergerakan itu diharamkan oleh Mahathir, masyarakat Al Arqam
merupakan masyarakat Melayu yang berniaga mengikut amalan yang menyenangkan para
pembelinya. Apabila mereka diharamkan barulah pendatang asing seperti daripada
Indonesia, Burma, Khmer dan Patani naik melonjak berniaga, kerana kebanyakan
pengikut Al Arqam menjadi tawar hati untuk bergiat cergas seperti dulu. Siapakah
yang rugi kalau bukan orang Melayu yang lahir di negara ini? Khir Toyo harus
menyedari hakikat ini kerana isu pengambilan tanah untuk Kerajaan Pusat adalah satu
isu yang akan meledak lebih kuat daripada yang dijangkakan. Dia harus berusaha
menolak arahan Mahathir ini kalau tidak mahu berlaku sesuatu yang tidak diredhai
oleh rakyat Selangor.
- Sudah Dasar Muka Tak Malu....!
Kita
menonjolkan nama Khir Toyo dalam penulisan ini bukannya kerana kita bermusuhan
dengan anak Jawa peranakan ini. Kita gunakan namanya sebagai lambang untuk
menyedarkan pemimpin UMNO dan Melayu lainnya terutama mereka yang sudah terperangkap
dengan pukauan Raja Kelentong. Dulu dia kata akan melepaskan jawatan Perdana Menteri
apabila ekonomi pulih. Kemudian dia pinda kerana mahu perbetulkan UMNO. Kemudian
yang paling terbaru ialah mahukan jawatan presiden UMNO itu terus digenggamnya
sehingga tahun 2005. Berapakah umurnya nanti ketika itu kalau bukan 80 tahun?
Inilah
dasar muka yang tak tahu malu. Mahu terus memerintah sedangkan rakyat sudah
tidak rela. Inilah dasar seorang musibat yang memporak-perandakan satu bangsa yang
amat berlemah lembut pada asalnya dan menghormati golongan tua dan melembuti kaum
wanita. Apa yang jadi kini? Semuanya diputar-belitkannya sehinggakan aqidah orang
Melayu itu menjadi berkecamuk kerana dia mahu tafsirkan semula Al Quran mengikut
kehendaknya. Kalau kita ikutkan semua cakapannya mengenai agama Islam dia boleh
ditakrifkan sebagai seorang yang sudah murtad. Tetapi inilah manusia yang masih
perlu diagung-agungkan oleh orang Melayu kerana sebilangan pemimpin Melayu sudah
kena pukau disebabkan mereka sendiri membuat banyak tahi dalam kehidupan mereka
berpoya-poya.
Disebabkan Mahathir terus mahu berkuasa, dia ubah apa juga
struktur pemerintahan yang dia suka untuk membolehkan dia terus senang lenang
mengatur rencana menjahanamkan negara ini ke kancah kemuflisan. Mahathir berjaya
mengajar semua wakil rakyat barisan nasional untuk mengkhianati rakyat. Dia lakukan
apa yang dia suka mengikut seleranya dan mengikut muslihat para jongosnya.
Kuasa
yang ada pada Mahathir sungguh besar sehinggakan dia ditakuti oleh hampir semua
pemimpin UMNO ketika mereka berjaga dan ketika mereka sepatutnya tidur lena. Ada
pemimpin BN yang mengaku mereka takut kepada Mahathir sedangkan mereka adalah
presiden parti komponen BN. Kenapa? Kerana mereka telah terperangkap dalam jebak
yang dipasang begitu lama.
Disebabkan pemimpin UMNO kecut perut bertelagah
dengan Mahathir, kewibawaan UMNO itu kini, hanya layak menjadi bahan kajian sejarah
sahaja.
Mahathir sanggup memberi amaran kepada ahli parlimen BN betapa beliau
meneliti kehadiran mereka melalui siaran lintas langsung. Siapakah memberikannya
kebenaran mendapatkan siaran langsung itu sedangkan perkara itu sepatutnya dinikmati
juga oleh rakyat? Bukankah itu satu penyelewengan seperti beberapa penyelewengan
yang pernah dilaporkan kepada polis ke atasnya dan juga ke atas beberapa menteri
kabinetnya?
Maruah Polis yang Tercemar
Disebabkan
Mahathir terlalu berpengaruh dia mampu mengerahkan polis menghenyak rakyat kalau berani
menunjuk perasaan. Tetapi, rakyat tidak menunjuk perasaan. Rakyat mahu berhimpun
beramai-ramai dan bebas mendengar apa yang mahu diucapkan oleh wakil rakyat yang mereka
percaya. Perhimpunan di Jalan Kebun dicetuskan hanya melalui siaran internet meminta
rakyat berkumpul. Bukan ada bas khas untuk mengatur perjalanan mereka. Mereka datang
dengan sukarela. Tetapi apakah yang mereka hadapi daripada pihak polis? Ada yang sedang
meraung kesakitan di hospital di mana nyawa mereka adalah lebih dahsyat daripada ikan
yang bergelimpangan di atas darat. Apakah ini kerja pihak polis yang dikenali sebagai
pasukan keselamatan?
Di zaman Shah Iran bertakhta dulu, pasukan 'Savak'
bertindak ganas kerana mereka diberikan minuman khas setiap kali mereka pergi bertugas.
Begitu juga yang dilakukan oleh Pinochet di Chile dulu. Taktik yang sama pernah
dilakukan oleh Mugabe di Zimbabwe ketika pasukan polis khasnya menembak dan membunuh
kira-kira 20,000 rakyat yang tidak berdosa dalam satu minggu. Mereka ini semua naik
setan kerana diberikan minuman yang disuntik dengan dadah yang menjadikan mereka
seolah-olah hilang keinsanan. Apakah perkara seperti ini telah berlaku di Malaysia?
Kini,
Khir Toyo tentu sudah melihat gambar-gambar yang terpapar dengan jelasnya akan gelagat
kerakusan pihak polis mengganyang rakyat biasa yang tidak pun berdosa. Kita harus
mengambil iktibar akan apa yang terjadi. Yang lepas tidak boleh diperbetulkan dengan
mudah apatah lagi kalau yang berlaku itu adalah satu peristiwa yang tidak disangka dan
dijangka. Masyarakat yang berfikiran waras sudah tidak lagi mampu mengampunkan
Mahathir akan apa yang berlaku. Khir Toyo mampu merobah tragedi itu kalau dia
menggunakan otak dan kebijaksanaannya. Cuba kita teliti catatan para reformis yang telah
melalui peristiwa perit dan getir itu:
Matdeghih:
"Kami
mendengar satu letupan dan kelihatan asap berkepul di hadapan. Serentak dengan itu
juga satu kumpulan yang membawa kain rentang sambil melaungkan reformasi dan takbir
bergerak di jalan sebelah menuju ke arah kami. Kami berhenti untuk turut sama dalam
kumpulan yang datang dari arah hadapan itu..... Aku meneruskan perjalanan. Kumpulan aku
tadi entah di mana perginya. Laungan reformasi dan takbir bergemuruh. Cermin sebuah
kereta Volvo telah dipecahkan oleh polis. Tuan punya Volvo jawab; 'Tak Mengapa ini baru
sedikit Jihad...."
Nadikeadilan@justice.com:
"Pedih
berbaur marah bercampur-camur, bermain dalam hati ini.......cermin kereta dipecah,
seorang kanak-kanak yang berkebetulan berada dalam sebuah kereta dipukul tangannya
sehingga berdarah. Manusia apakah ini? Motosikal yang tidak pernah ada salah dan dosa
ditendang, diterbalikkan sesuka hati. Seorang pakcik dibelasah hingga patah belantan
yang digunakan. Sebuah kereta disondol oleh trak 'water cannon' seperti itu hanyalah
kotak buruk yang tiada nilainya..."
Lukman Adam (Setiausaha Pemuda
Keadilan):
".....yang menyayatkan hati lagi, barua-barua Mahathir telah
mengunci 41 orang di dalam sebuah Black Maria dan mereka telah ditembak dengan gas
pemedih mata. Ini adalah satu tindakan yang cukup biadap dan jelas menunjukkan
bahawa FRU bukan sekadar menjadi anjing suruhan Mahathir.."
"Salah satu
tembakan gas pemedih mata telah ditujukan kepada Datin Seri Wan Azizah tetapi telah
mengenai seorang pemuda yang cuba melindungi beliau. Akibat hentakan tembakan tersebut
yang mengenai kepada Sdr. Khairi, beliau terpaksa dimasukkan ke wad ICU. Pihak FRU
bertindak dengan lebih ganas lagi walaupun dalam keadaan kami berhimpun secara aman.
Ramai yang telah dipukul dengan teruknya dan jumlah tangkapan yang dibuat pada hari itu
seramai 112 orang."
Banyak lagi yang boleh dirakamkan, termasuk cerita
bagaimana gas pemedih mata ditembak daripada helikopter. Lihat bagaimana Mahathir
mengajar polis memperlekehkan satu himpunan rakyat yang diketuai oleh wakil rakyat.
Mereka mungkin wakil rakyat parti pembangkang. Tetapi mereka adalah wakil rakyat.
Mahathir sanggup memperlekehkan mereka.
Tak
Tahu Malu Kerana Pengecut
Masyarakat
Melayu sudah berpecah dan berkecamuk kerana Mahathir sudah mengajar mereka berperangai
begitu. Inilah yang dikatakan Wira Dunia Ketiga sedangkan dia amat takut menyahut seruan
sapina mahkamah. Memang kurang ajar musibat ini. Dialah segala-nya yang memporak-
perandakan keharmonian rukun hidup orang Melayu dan masyarakat Malaysia. Dia ingat dia
boleh terlepas dalam hal ini. Dia ingat dia boleh baling batu dan sorok tangan.
Bolehkah dia diampunkan apabila ada seorang yang tidak berdosa yang kini buta
kerana terkena gas pemedih mata?
Sekarang kita mahu tanya di manakah pejuang
ketuanan Melayu yang berselindung di sebalik UMNO? Manakah para exco Pemuda UMNO yang
satu ketika dulu mengancam masyarakat Suqui agar tidak menjolok tebuan (kosong)?
Sanggupkah mereka meminta Abdullah Badawi meletakkan jawatan kerana tragedi ini?
Bagaimana pula dengan SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia ala Mahathirisme). Mampukah
Musa Hitam mengutuk Mahathir di atas apa yang telah berlaku?
Sejarah akan mencatatkan November 5, 2000 sebagai
kebangkitan rakyat Malaysia terutama sekali rakyat berbangsa Melayu untuk bersatu tidak
kira apa parti politik mereka dan tidak kira apa bahasa loghat mereka. Orang Melayu akan
bangkit kerana terpaksa. Kalau masyarakat awam Melayu tidak bangkit untuk menghalau
Mahathir dan jongosnya daripada bumi Malaysia janganlah tangisi masa depan nasib bangsa
negara ini kalau Angkatan Tentera Malaysia melakukan rampasan kuasa. Nampaknya
hanya itu jawapannya. Lihat Liberia, rampasan kuasa dicetuskan oleh seorang sarjan
bernama Sarjan Doe dan hancur lebur negara itu sehingga kini. Seratus tahun sebelum itu
seorang koperal bernama Napoleon Bonaparte melancarkan gerakan yang sama untuk merangkul
kerajaan Peranchis. Askar Melayu pernah bangkit di Singapura untuk merusuh kerana cuba
mempertahankan penghantaran Maria Hertog (Natrah) pulang ke Belanda. Pasukan polis yang
diperintah oleh seorang pegawai orang putih telah diarahkan menembak askar yang merusuh
itu. Tidak ada sebiji pun peluru yang dipetik sehinggakan pegawai polis itu terasa
terancam dan melarikan dirinya. Berlakukah fenomena ini di Malaysia kerana mahukan
Mahathir pergi jahanam? Tunggu...jangan dicabar orang Melayu untuk menderhaka, kerana
mengamuk dan menderhaka adalah dua perkataan asal orang Melayu juga. Mungkin orang
Malayalam ataupun kacukannya dengan darah Melayu masih tidak faham makna perkataan itu.
Mungkin golongan istana pun sudah lupa akan perkataan itu walaupun sebahagian besar asal
usul mereka itu dulu adalah berakar-umbikan lanun di laut juga.
-Marhaintua- 7hb
November,2000
|