minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

RAHSIA DI SEBALIK PEMBUNUHAN ADUN LUNAS

Beberapa hari yg lalu, kita di kejutkan dengan pembunuhan kejam Adun Lunas, Dr Joe Fenandez. Beliau telah di tembak ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari klinik beliau. Kereta yg pandu beliau telah tersangkut di dalam kesesakkan jalanraya di Bukit Mertajam dan pada ketika itu beliau telah di datangi oleh 2 orang pemuda yg menaiki motosikal lalu menebaknya di kepala dan di dada. 

Sehingga kini pihak polis belum dapat memastikan motif pembunuhan tersebut namun kepada sesiapa di kawasan utara ini yg mengenali siapa diri sebenar Dr Joe Fenandez, maka mereka pasti tahu apakah yg menyebabkan beliau di bunuh sedemikian rupa.

Lebih kurang setahun dua yg lalu, heboh di kalangan orang melayu terutamanya di kawasan utara ini tentang penyebaran agama kristian di kalangan orang Melayu di daerah Kulim, Bukit Mertajam dan kawasan sekitarnya. Puluhan dan mungkin ratusan orang Melayu telah berjaya di kristiankan. Target mereka adalah murid sekolah menengah, mereka yg bermasalah dan mereka yg mengalami kesempitan hidup. Mereka ini terutamanya pelajar di bayar elaun RM 50 seminggu dan bagi pelajar sekolah terutamnya dari keluarga susah...RM 50 seminggu itu sudah cukup besar bagi mereka.

Peningkatan jumlah pelajar yg murtad cukup membimbangkan. Semasa spot check di sebuah sekolah menengah di Kulim, ada pelajar perempuan di dapati memakai salib di sebalik tudung mereka. Laporan demi laporan telah di buat namun tidak ada sebarang tindakan di ambil oleh pihak berkuasa. Kesalahan tidak dapat di letakkan kepada pihak berkuasa 100% kerana negara kita sendiri tidak mempunyai sebarang peruntukan terhadap kesalahan murtad ini. Oleh itu tidak hairanlah masalah murtad ini berleluasa.

Berbalik kepada pembunuhan Dr Joe Fenandez, beliau di percayai menjadi dalang utama di dalam penyebaran agama kristian ini di kalangan orang Melayu di kawasan Kulim dan sekitarnya. Adun Lunas ini adalah orang kuat dan berpengaruh gereja St Anne di Bukit Mertajam. Bukan sahaja orang Melayu yg menjadi sasaran kumpulan Dr Joe ini utk di kristiankan malah sudah ratusan remaja hindu dan cina yg telah berjaya di kristian.

Persoalannya sekarang...ADAKAH PEMBUNUHAN BELIAU ADA BERSANGKUT PAUT DENGAN PENGLIBATANNYA DALAM MENGKRISTIANKAN ORANG MELAYU? Sama-samalah kita nantikan berita selanjutnya!

wm
berita_alternative@yahoo.com

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter