minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MAKLUM BALAS DARI AHLI UMNO

UMNO ni dah tak ada apa lagi, dah teruk, begitulah mengeluh seorang ahli UMNO apabila mendengar isu pindaan perlembagaan UMNO. Disuruhnya kami beri cadangan tapi bila dikemukakan, cadangan2 kami ditolak bulat2 oleh presiden parti. Cadangan presiden saja diterima. Mana pergi suara2 ahli2 MKT? Semuanya tak bertelur ke? Buang masa aja disuruhnya kami fikir ni semua. Pergi mampuslah UMNO, marah ahli UMNO tersebut.

INi bukan nak memantapkan parti. Dulu ada undi bonus, sekarang dilanjutkan pula jawatan yang dipegangnya ke lima tahun. Bukankah ini nak memantapkan jawatan presiden dan timbalan presiden aja. Haru biru dibuatnya UMNO sekarang. UMNO dah bercelaru. Bukan lagi perjuangan bangsa dan agama yang dipentingkan tapi perjuangan nak kekalkan kuasa dan kedudukan masing2. Macam ni hancurlah UMNO.

Jangan salahkan ahli2 yang dah bakar jambatan dan berhijrah ke parti2 pembangkang. Kerana dah tak tahan dengan karenah2 pemimpin2 UMNOlah yang membuat ahli2 berhijrah dan menolak UMNO. Tambah2 lagi dengan budaya2 songsang yang berleluasa dalam UMNO selama ini. Kaki betina, kaki simpan perempuan, kaki joli, perogol, melindungi perasuah2 dan tayang menayang kekayaan segera. Sayang sekali bukan kaki masjid!! Muka hidung pun tak nampak di masjid.

Bukan nak berkhidmat untuk rakyat lagi tapi berkhidmat untuk perut sendiri. Itu yang dipentingkan sekarang. Kalau ahli2 tak diberi kebebasan memilih pemimpin2, apa nama parti ni? Kalau ahli2 tak diberi kebebasan bersuara memberi pendapat dan cadangan, apa gunanya ada parti? Kalau ahli2 tak diberi forum untuk mengkritik pemimpin2, apa gunanya ada ahli2? Asyik nak dengar kata sorang aja. Dia saja yang betul. Ada pun wakil2 kita dalam MKT, bukan berani bersuara. Semua nak jaga periuk nasi! Tak ada telur! Macam ni, lebih baik tak ada parti! Lebih baik UMNO mampus!

Begitulah serba sedikit maklum balas yang diterima dari ahli2 UMNO berhubung dengan isu pindaan...bukan disebabkan oleh BA yang UMNO ditalqinkan tapi karenah dan tingkahlaku pemimpin2 tertinggi UMNO sendiri yang lebih mementingkan diri masing masing yang mentalqinkan UMNO! UMNO betul2 dah bercelaru!!! Spesis2 terakhir!!


BEKAS UMNO

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter