minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

MAHATHIR NAK GUNA INTERNET

Tak cukup dengan mesin2 propaganda yang dibawah kontrol mereka, sekarang Mahathir nak guna pula internet nak menyebarkan propaganda2. Kononnya rakyat boleh chit chat dengan beliau melalui internet. Sikit punya sedap bunyinya.

Nampak sangat Mahathir takut dengan laman2 web reformasi yang bercambah macam cendawan. Mau tak mau, beliau mengakui laman2 web ini amat berkesan. Sekarang dia nak alihkan pandangan kita pula dengan berjinak2 dengan pengguna2 internet.

Slogan kerajaan Cinta IT, Sayang IT ternyata makan tuan! Orang2 pencen yang dah berumur lebih dari 60 tahun pun dah minat tengok laman2 web reformasi. Ada yang suruh anak2 mereka mengajar macam mana nak guna komputer dan macam mana nak tengok laman2 web. Ada pula yang sanggup pergi ke kedai2 komputer belajar 'crash course'-semata2 nak guna internet!

Majoriti rakyat sekarang bergantung pada laman2 web ini untuk berita2 dari membaca akhbar2 milik UMNO/BN. Bayangkan, ada yang tanpa segan silu berkata sudah hampir 2 tahun ia tak menonton TV. Apabila ditanya kenapa, dengan selamba menjawab, 'sakit hati aja tengok fitnah2! Kalau ditanya kenapa tak baca akhbar2 selain dari Harakah, jawab mereka mudah aja, 'Hanya jadual waktu sembahyang aja yang betul dalam akhbar2 ini!' Kalau ditanya pula orang2 bukan Islam yang sudah meluat dengan akhbar2 arus perdana khususnya semenjak isu SUQUI dengan lakonan2 dramatik oleh Pemuda UMNO dan PM sendiri, jawapan yang diterima ialah 'Itu nombor ekor juga betul, lain semua tipu!'

Ini satu masalah besar! Kalau rakyat dah tak yakin dengan berita2 yang dilaporkan oleh mesin2 propaganda kerajaan, hancurlah kredibiliti kerajaan. Puak2 ini ingat mereka boleh saiko persepsi dan pandangan rakyat dengan memuatkan dakyah2 dan fitnah2 mereka dalam mesin2 propaganda milik mereka.

Kerana dah melampau sangat, asyik berita2 nak memburuk burukkan pembangkang aja yang dimuatkan, rakyat dengan sendirinya bertanya, betulke ni? Akhirnya, kerana dah melampau sangat, kerana dah selalu sangat dihidang berita2 macam ini, rakyat mula menyampah dan mengalihkan pandangan mereka pada saluran2 berita alternatif....Harakah, internet dsbnya.

Setelah menperolehi kemudahan2 maklumat baru ini, makin rakyat sedar, rupa2nya mereka ditipu selama ini dengan dakyah2 BN/UMNO. Rakyat terasa minda mereka telah dihina!! 'Insulting the intelligence!' Orang2 buta dan pekak pun boleh faham semua ini!!Maka tak hairanlah majoriti rakyat sekarang mempertikaikan segala laporan2 yang cuba disampaikan oleh media2 arus perdana yang lebih merupakan mesin2 propaganda Mahathir dan puak2nya.

Manusia merancang, Allah swt menentukan! Senjata makan tuan! Padan muka!


KAKI DEMONSTRASI

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter