5HB.NOV.2000 RAKYAT TELAH BANGUN MEMPERTAHANKAN HAK MEREKA.
Pancaran
mentari pagi 5hb.Nov.2000 telah memberikan satu semangat kepada roh dan jiwa pejuang
kepada minda semua pejuang hak rakyat dan bangsa Malaysia serta PENDOKONG GERAKAN
REFORMASI KEBANGSAAN kerana masa yang ditunggu telah menjelma tiba…..masa yang dinanti
akhirnya dimakbulkan Allah s.w.t.
Dan pada pagi ini juga jiwa para SB dan FRU
mengelegak resah…kerana arahan Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN dengan misi memusnahkan
pendokong REFORMASI MALAYSIA….para SB dan FRU ini benar-benar tertekan dan
gundah-gulana….kerana terpaksa menghadapi kebangkitan rakyat yang terdiri dari isteri,
anak-anak, ibu-bapa, saudara mara yang menjadi pendokong kuat GERAKAN REFORMASI
KEBANGSAAN…..tetapi kerana takutkan seorang Maharaja Tua Mahathir@Mahafiraun serta
juak-juak UMNO@BN …..biar terpaksa mengorbankan orang tersayang termasuk pemimpin
Barisan Alternatif….SB dan FRU ini bergerak dalam keadaan lesu penuh kehibaan……dan
tindakkan untuk mengilangkan kelesuan dan kehibaan ini adalah bertindak ganas terhadap
pendokong REFORMASI KEBANGSAAN…itulah arahan yang diterima dari pegawai atasan.
Namun
begitu jiwa dan roh pendokong REFORMASI KEBANGSAAN telah benar-benar bertekad untuk
menghadapi apa jua rintangan dari rejim zalim Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN …..dengan
satu arahan dari Jawatankuasa Majlis….kita bertahan dan berundur apabila kezaliman dan
tekanan di tingkatkan oleh SB dan FRU…dengan tanpa perlu menyerang dan menentang
pihak SB dan FRU….kerana tujuan utama kita semua adalah berhimpun secara aman untuk
mendengar amanat dari Presiden Komponen Barisan Alternetif dan mengumpulkan rakyat seramai
100,000 orang…..dan hasrat itu telah berjaya dan rakyat wajib bersurai secara
aman…dalam mempertahankan hak Fasa 10 Perlembagaan Pesekutuan sebagai rakyat dan bangsa
Malaysia yang sayangkan keamanan serta kedaulatan negara Malaysia.
Pada
5hb.Nov.2000 ini….di Lebuhraya Kesas menjadi saksi, rakyat dan bangsa Malaysia telah
membuktikan kepada DUNIA…..rakyat mampu berhimpun secara aman mengikut arahan
jawatankuasa majlis…walaupun gagal sampai ketapak perhimpunan di Jalan Kebun…..rakyat
dan bangsa Malaysia telah menunjukkan satu sikap ukhwah dan perpaduan kaum boleh mengatasi
segala dakyah dan momokkan pihak UMNO@BN serta Mahathir@Mahafiraun bahawa perhimpunan
100,000 rakyat akan gagal……dan hari ini 6hb.Nov.2000 kita boleh melihat dalam akbar
arus perdana
( AKBAR CINA ) gambar berwarna suasana GERAKAN REFORMASI 100,000 RAKYAT dijadikan berita
utama….tetapi akbar kroni (NST dan UTUSAN) hanya menjadikanya sebagai berita
sampingan…dan menipu pembaca sekali lagi dengan memaklumakan lebih kurang 1,000 sehaja
yang hadir dalam majlis 100,000 rakyat ini……??? Kita nak bertanya kepada akbar kroni
ini…..apa yang ditunjukkan oleh AKBAR CINA itu satu perkara palsu atau akbar kroni yang
palsu……?? Dan seluruh media cetak dan elektronik DUNIA menjadikan berita GERAKAN
REFORMASI 100,000 rakyat sebagai berita utama mereka…..??? Apakah rejim
Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN ingin menafikan fakta dan perkara yang sebenarnya berlaku
di Malaysia…..???
Pada 5hb.Nov.2000 ini kita semua telah melihat…. ke
empat-empat Presiden Barisan Alternatif bersama-sama rakyat marhain menghadapi rejim
Mahathir@Mahafiraun di Lebuhraya Kesas…..hari ini juga ke empat-empat Presiden ini
merasai pancutan air beracun dan bom asap FRU….ini lah dikatakan pemimpin bersama
rakyat….bersama-sama ketika senang dan susah……tapi Mahathir@Mahafiraun akan
melakukan sebaliknya senang makan sendiri, susah biar rakyat yang tanggung……kenyaatan
diakui ini oleh Mahathir@Mahathir minggu lepas " Pemimpin Kerajaan dan UMNO@BN tidak
akan susah jika berlaku sekatan EKONOMI. Tetapi rakyatlah yang akan menanggung segala
kesusahan akibat sekatan EKONOMI ini ", dimanakah slogan pemimpin bersama rakyat yang
laung-laungkan oleh Mahathir@Mahafiraun selama ini.
5hb.Nov.2000 juga telah
membuktikan kebangkitan FASA KEDUA GERAKAN REFORMASI RAKYAT selepas tragedi
20hb.Sept.1998, Kalau di Masjid Negara dan Dataran Merdeka rakyat berjaya
berkumpul……kali ini di FASA KEDUA… Lebuhraya Kesas pula menjadi saksinya…..rakyat
dan bangsa Malaysia dari berbilang kaum sedia mengorbankan masa dan harta ( kereta dan
motor rosak akibat pukulan FRU) untuk bersama-sama Presiden Barisan Alternatif dan Pejuang
REFORMASI, bahawa roh REFORMASI masih segar dan kuat….serta GERAKAN REFORMASI tidak akan
mati selagi rejim Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN masih berada disinggah sana PEMERINTAHAN
DIKTATOR MALAYSIA. Rakyat tidak undur lagi untuk memusingkan jam ke belakang……rakyat
akan terus melawan arus rejim Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN …..lawan tetap
lawan……lawan sampai ketitisan darah terakhir untuk memastikan MALAYSIA YANG ADIL
tertegak jua akhirnya.
Generasi Alaf Baru…..adalah pendokong utama GERAKAN
REFORMASI KEBANGSAAN…… Mahathir@Mahathir dan UMNO@BN kini dikelilingi oleh
Pendekar-Pendekar Tua yang telah tercabut gigi…..hinggakan tidak mampu untuk
berkata-kata atau menyanggah titah perintah Maharaja Mahathir@Mahafiraun …. Pendekar Tua
tak bergigi ini hanya mampu menundukkan kepala tanda akur…walaupun didalam jiwa…hati
memberontak membantah…..inilah pahlawan yang masih mahu bersama-sama Maharaja
Mahathir@Mahafiraun dan UMNO@BN . Tapi para PENDOKONG GERAKAN REFORMASI KEBANGSAAN DAN
BARISAN ALTERNATIF….begitu segak dan tabah serta penuh bergigi putih bak ubat gigi
SNOWHITE…..begitu tampan dan begitu ayu bersama-sama saf kepimpinan Barisan Alternatif
untuk mempertahankan Hak Rakyat dan Bangsa Malaysia dari diliwat dan dirobek oleh rajim
Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN . Suasana yang berbeza antara Pendekar UMNO@BN dan
Mahathir@Mahafiraun dengan Penjuang GERAKAN REFORMASI KEBANGSAAN.
Apa yang
dicita-citakan serta hasrat utama Perhimpunan 100,000 rakyat telah mencapai
matlamatnya…..kini menjadi tanggungjawap semua pihak dari Barisan Alternatif dan Gerakan
REFORMASI untuk merealisasikan segala hasrat dan matlamat ini kepada seluruh rakyat dan
bangsa Malaysia….bahawa Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN wajib dinyahkan dari Malaysia
dan ANWAR IBRAHIM dibebaskan, Hak dan Suara Rakyat serta Perlembagaan Persekutuan
dihormati dan dijadikan salah satu paksi pemerintahan Islam bersama kerajaan demokrasi
berparlimen.
Kita semua wajib memainkan peranan memberikan penerangan dan kefahaman
kepada seluruh rakyat dan bangsa Malaysia…..selagi ada rejim Mahathir@Mahafiraun dan
UMNO@BN memerintah, selagi itulah keadilan, kesaksama, kebebasan yang berpaksikan Al-Quran
dan As-Sunnah tidak akan mampu ditegakkan dan dimartabatkan di Malaysia bumi yang tercinta
ini……namun kecintaan utama kita kepada Allah s.w.t dan junjungan Nabi Muhamad s.a.w,
amin.
Kepada semua peserta perhimpunan 100,000 rakyat…..penulis mengucapkan
tahniah serta ribuan terima kasih diatas sokongan dan pengorbanan anda semua……tanpa
sokongan dan pengorbanan anda semua…..adalah mustahil segala hasrat ini mencapai
matlamatnya. Kepada semua peserta perhimpunan terima kasih diatas kesabaran berlandaskan
iman…kerana tidak menyerang dan membalas tindakkan zalim pihak SB dan FRU….dan anda
telah membukti anda secara boleh berhimpun secara aman, walaupun dizalimi dan dihina oleh
Mahathir@Mahafiraun serta UMNO@BN ….tahniah sekali lagi, begitu juga juga kepada
Jawatankuasa Majlis yang sanggup menghadapi risiko menganjurkan majlis ini….semoga Allah
s.w.t memberikan ganjaran yang sempurna kepada anda semua, Insya Allah.
"
Rakyat Yang Di Jajah Oleh UMNO@BN "
6HB.NOV.2000
REFORMASI & ISLAH
KE
ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI & ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADILREFORMASI &
ISLAH
KE ARAH MALAYSIA YANG ADIL