Sebab-Sebab Menjadi Kafir - Renungan Buat Ahli-Ahli
UMNO Baru(A) : Siri 1
Seseorang yang telah beriman (Islam) atau telah diakui keimannanya akan
berubah menjadi "kufur" (kaafir) bila melakukan salah satu
antara 8 perkara berikut, iaitu:-
1. Mengingkari Rukun (Pokok-Pokok) Keimanan
Seseorang yang telah beriman itu tidaklah seharusnya dia mengingkari
pula sebahagian apa yang telah dipercayainya terutama kepercayaan terhadap Rukun-rukun
Iman, iaitu mempercayai Allah, Rasul-rasul dan para NabiNya,
Malaikat-malaikatNya, Kitab-kitabNya, Hari Kiamat dan kepercayaan kepada Qadhaa' dan
Qadar.
Di dalam aqidah Islam, tidaklah dikira beriman bagi orang yang
mengimani sebahagian Rukun Iman dan mengkufuri sebahagian yang lain seperti keadaan
orang-orang Yahudi yang beriman kepada Allah tetapi mereka mengkufuri atau menolak
(mendusta)kan Nabi Muhammad SAW, menolak kedatangan Hari Kiamat dan sebagainya.
Juga termasuklah seseorang yang mengingkari Allah SWT sebagai Tuhanya,
di mana dia menyangkal bahawa dirinya sendiri atau makhluk ini diciptakan Allah;
ataupun mengatakan bahawa makhluk atau alam ini terjadi dengan sendirinya dengan
mempercayai Teori Evolusi yang dibawa oleh Charles Darwin (Inggeris: 1808-1882 M) di
mana menurut tanggapannya bahawa makhluk ini mempunyai pemprosessan sendiri secara
perlahan-lahan dan kemudian makin meningkat kepada kejadian lebih tinggi sehingga
terciptanya makluk manusia yang mempunyai akal yang sempurna (serta menolak wahyu);
sedangkan tiada suatu buktipun yang dapat dikesan dalam andaian ini. dimana anadaian
ini tinggal andaian atau dalam igauan sahaja. Teori Darwin (asal kejadian
manusia daripada makhluk yang rendah seperti monyet) ini ditolak oleh kajian Sains
sendiri dan dibantah dengan keras oleh pihak gereja di Barat.
Termasuk didalam kekufuran jenis ini ialah orang-orang yang tidak
bertuhan (Atheis : Mu'attil): mengingkari Tuhan atau suatu Kuasa Ghaib; demikian juga
orang-orang yang mempunyai bahawa kehidupan di dunia ini tidaklah lebih daripada
kegiatan masa (berlalunya waktu hidup dan waktu mati) dan peredaran
waktu secara bagitu sahaja; tanpa Pencipta dan tanpa tanggungjawab keagamaan - mereka
ini terkenal dengan golongan Ad-Dahri (Masa).
Firman Allah SWT: "Sungguhnya orang-orang yang mengingkari
Ayat-ayat Kami; mereka tidaklah tersembunyi daripada (tindakan) Kami."
(Surah Al Fushilat : 40)
Demikianlah untuk renungan semua terutamanya Ahli-Ahli UMNO Baru(A).
Seruan:
"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong UMNO
kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah kamu
yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh. Kembalilah kedalam Islam yang
syumul ini! - amin !".
Pertentangan Antara Islam dan Sekular -
Sekular
PASti Tersungguh. (Dr. Yusuf Al-Qardawi)
Insyallah
U
ndur M
ahathir
N
egara
O
k !......
KeADILan
PASti
tertegak apabila ke
ZALIMan kita hancurkan.
Membangun Bersama Islam : Allahuakbar
!...Allahuakbar !...Allahuakbar !...
habibu@hangjebat.com