PENGGUNAAN TEKNOLOGI SEMASA
CERAMAH BA
Saya cadangkan pihak BA mengguna teknologi2 terkini semasa ceramah2 BA. Saya pernah
terbaca cadangan seperti ini dalam laman2 web reformasi sebelum pilihanraya dulu lagi tapi
dari pengamatan saya menghadiri ceramah2 BA, cadangan2 ini masih lagi tidak dipraktikkan.
Satu masalah yang saya perhatikan dalam sesi2 ceramah BA yang selalunya dibanjiri oleh
pengikut2 setia, ialah orang ramai disebelah belakang menghadapi masalah mendengar
ceramah2 yang disampaikan. Ini boleh diatasi dengan memasang lebih banyak 'speaker' di
tempat2 strategik.
Untuk impek yang lebih baik, cuba gunakan kemudahan 'powerpoint',
komputer 'notebook' dan 'scanner' Macam mana nak gunakan kemudahan2 ini?
Apabila
penceramah2 menyentuh mengenai isu2 tertentu, maka tayangkanlah di layar2 perak yang
dipasang di tempat2 strategik, fakta2 atau gambar2 yang ada kaitan dengan apa yang
dikatakan oleh penceramah. Misalannya, jika isu kezaliman terhadap DSAI disentuh, gambar2
muka lebam DSAI discan terlebih dahulu, dimasukkan dalam komputer dan ini ditayangkan
dengan mengguna powerpoint. Kemudian, masukkan juga gambar orang yang pukul DSAI dengan
kata2, adakah si kaki pukul ini ditangkap atau pernahkah ia dipenjarakan? Atau, selitkan
apa yang dikatakan oleh pemimpin2 UMNO mengenai isu mata lebam DSAI dulu.
Tayangkan
fakta2 dan gambar2 yang sengaja tak dilaporkan dalam media2 arus perdana. Isu rasuah bekas
ketua pengarah EPU dan kenyataan Dato Shafie, isu kekejaman polis, isu ISNA, demonstrasi2
di luar negara semasa lawatan PM dulu...semua boleh dimasukkan dalam komputer notebook dan
ditayangkan melalui powerpoint. Gambar2 yang berkaitan boleh discan terlebih dahulu dan
dimasukkan dalam komputer dan ditayangkan.
Kalau isu royalti disentuh, tunjukkan gambar
Petronas, perjanjian tersebut, gambar rumah2 rakyat termiskin di Terengganu, jumlah
wang royalti yang diterima oleh kerajaan BN negeri dulu, gambar anak PM yang dibailoutkan
dengan jumlah wang yang digunakan.....macam2 lagi boleh ditayang jika kreativiti
digunakan. "Pictures tell a thousand words". IMpeknya lebih. Fikirkanlah.
REFORMIS