minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

RINTIHAN BEKAS PELAJAR SAINS

Pada awal tahun 1980an selepas memperolehi agregat 12 dalam SPM, saya telah ditawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran di luar negara. Tanpa nasihat dan kaunseling dari mana2 pihak (maklumlah bapa saya ialah seorang pekebun kecil, tak bersekolah tinggi), saya menerima tawaran tersebut untuk mengikuti kursus Fizik Nuklear. Selama hampir 5 tahun saya bertungkus lumus mengikuti kuliah dengan tekun, saya pun berjaya memperolehi ijazah saya dengan cemerlang. Saya berbangga kerana saya ialah pelajar yang dikelaskan dalam 'deans list', iaitu dalam golongan pelajar cemerlang.

Sekembalinya saya ke tanah air, saya ditindik oleh Kementerian Pendidikan untuk menjadi guru. Semangat saya untuk berkhidmat berkobar2 ketika itu. Setelah lebih lima belas tahun saya mengajar, saya dapati usaha2 gigih saya di menara gading dulu dengan kelulusan yang cemerlang, langsung tidak membawa makna. Selama ini, belum pernah saya merasa kenaikan pangkat. Hutang rumah, hutang kereta tak habis2. Yang asyik dinaikkan pangkat lebih awal,  menjadi guru2 kanan ialah lulusan sastera yang kebetulan keluar universiti lebih awal dari saya. Kelulusan dalam jurusan sains saya yang lebih mencabar langsung tidak diambil kira.

Ada rakan2 sedarjah saya dari aliran sastera yang kini lebih kanan dari saya. Belajar tak seteruk dan keluar universiti pun lebih awal dari saya. Mereka kini lebih senior dari saya. Saya perhatikan juga rakan2 saya  dari aliran sastera yang dulunya tidak sebijak, dan kini bekerja di swasta,lebih senang dari saya dengan gaji yang jauh lebih tinggi. Ada yang sudah menjadi pengurus bank tapi saya masih ditakuk yang lama. Boleh dikatakan kais pagi makan pagi. Nak memenuhi keperluam sekeluarga pun sakit! Kena berjimat selalu.

Yang lebih menyedihkan ada rakan2 sedarjah yang dulunya pelajar2 lemah, mendapat gred 3 atau gred dua dalam SPM dan mengambil diploma dulu sebelum melanjutkan pelajaran ke peringkat MSc atau PhD, sudah menyandang pangkat jauh lebih tinggi dari saya di tempat kerja masing2. Tak kurang juga ada rakan2 yang tak lulus LCE atau SPM dulu, sekarang kaya raya membuat bisnes. Kontrek sana, kontrek sini dan tayang kereta merc mereka. Rakan2 ini sekarang tak pandang kelulusan saya atau kepintaran saya dulu dibangku sekolah!

Saya terasa amat kecil kerana rakan2 macam ini sudah tak pandang saya lagi walaupun mereka tahu dibangku sekolah dulu, saya jauh lebih bijak dari mereka. Baru saya sedar, ini zaman kebendaan, zaman status. Baru saya sedar, belajar teruk2 dengan mengambil kursus2 yang unik dan mencabar tidak ada erti. Lulus dengan cemerlang pun tak membawa erti. Dari pengalaman dan pengamatan saya, saya  percaya ramai yang menjawat jawatan2 penting dalam jabatan2 kerajaan sekarang ialah dari golongan2 yang kurang bijak dan pintar. Tak percaya, semaklah rekod akademik mereka.  Maka  tak hairanlah mengapa kebanyakkan jabatan2 kerajaan sekarang menghadapi masalah.

Setelah melalui pengalaman pahit ini dan melihat sistem yang tidak adil yang ujud sekarang, saya bertekad tidak akan memaksa anak2 saya untuk mengambil jurusan sains! No way! Cukuplah pengalaman pahit saya. Sistem kita perlu reformasi! Sistem yang lebih adil.

GRADUAN FIZIK NUKLEAR

Nota webmaster:
Dasar yang tidak seragam dijalankan oleh kerajaan BN sejak memerintah 40 tahun lalu, menjadikan penulis salah seorang mangsa sebagaimana dalam tulisannya di atas. Ini adalah kerana apabila bertukarnya Menteri Pendidikan maka bertukarlah polisi pendidikan mengikut seleranya (?).

Perkara ini bukan berlaku di peringkat institusi pengajian tinggi, malahan jika diperhatikan ianya sejak dari tadika. Lihatlah saja contoh baru-baru ini kerajaan ingin membatalkan perlaksanaan murid yang melompat dari tahun 3 ke tahun 5 yang dilaksanakan beberapa tahun lalu atas alasan murid akan menjadi kaku apabila bergerak pantas sedemikian.

Juga cadangan agar murid di tadika yang cerdas di naikkan darjah lompatan. Semuanya ini dilaksanakan tanpa penyelidikan dan kajian. Hanya ingin menunjukkan kepada rakyat bahawa seseorang Menteri Pendidikan itu melakukan sesuatu kerja untuk menerima gajinya dengan cara menunjukkan kepandaiannya. 

Walau pun sudah lebih 40 tahun mentadbir, Kementerian Pendidikan (dulunya Pelajaran) gagal mengwujudkan satu unit kajian dan research yang benar-benar boleh diharapkan dari sebuah kerajaan yang matang. Ini hanya satu contoh. Sebenarnya ada banyak lagi contoh untuk diketengahkan kegagalan beberapa kementerian atau agensi kerajaan yang sebenarnya wujud tetapi tidak berkesan pun. Paling nyata Kementerian Hal Ehwal Penggunna. Inilah yang merugikan rakyat dan menjadi satu bebanan kepada negara.

Jadi, mengapa tidak boleh ditukarkan sahaja kerajaan yang sedia ada untuk kita melakukan perubahan yang sebenarnya diperlukan rakyat jelata?   

 

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter