minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

CERAMAH ZULKIFLI NORDIN

Saya baru saja mendengar kaset ceramah Sdra Zulkifli Nordin, salah seorang peguambela DSAI yang diadakan di se buah kampong di Melaka (Kg Brisu) pada bulan Oktober 2000. Kaset yang diberi kepada saya oleh jiran saya, seorang doktor di sebuah hospital kerajaan.

Aduh! Pedihnya hati! Geramnya hati apabila mendengar kaset tersebut. Sampai hati pemimpin2 kerajaan khususnya pemimpin2 UMNO betindak kejam terhadap DSAI dan keluarganya. Langsung tak berhati perut. Langsung tak ada perasaan perikemaknusiaan. Binatang pun tak macam ni!  DSAI tidak dibenarkan berjumpa abangnya yang sedang nazak walaupun berkali2 permohonan dimajukan. Hanya setelah diugut tatkala jenazah nak dikebumikan, barulah dibenarkan DSAI keluar dari penjara untuk buat kali terakhir, menziarahi abangnya yang telah kembali ke rahmatullah! Renungkanlah betapa teruknya pemimpin2 UMNO ni. Inikah dinamakan pemimpin2 yang berjiwa Islam?

Ibu DSAI yang sedang tenat sakit pun tak dibenar menggantungkan gambar anak kesayangannya semasa di dalam hospital! Itu pun tak dibenar! Bukankah ibu dan bapa DSAI telah banyak berkorban dan menyumbang terhadap UMNO? Salahkah seorang ibu meminta gambar anaknya diletak disisinya? Mengapa kejam sangat? Sampai dah tak ada hati perut! Inikah budaya yang cuba diperkenalkan oleh pemimpin2 kerajaan khususnya pemimpin2 UMNO? Tak terfikir saya perkara2 macam ini boleh berlaku di zaman ini. Tergamak pemimpin2 UMNO melakukan kekejaman yang tidak bertamaddun seperti ini. Kaset ceramah ini sungguh mencuitkan hati kecil saya....hati kecil saya meronta2 berkata, tak patut, tak patut, kejam, kejam!!

Cuba masukkan kaset ceramah Sdra Zulkifli ini ke dalam web TV supaya ramai lagi dapat mendengarnya. Cetakkan lebih banyak kaset ceramah tersebut. Edarkan kaset tersebut ke kampong2. Tumpukan perhatian pada kaum2 wanita. Hanya wanita yang tak berhati perut sahaja tidak tercuit apabila mendengar kaset tersebut!! Jika boleh, apabila dianjurkan ceramah, sebelum ceramah dimulakan, pasangkan kaset tersebut. Rakyat perlu diberitahu tentang kekejaman pemimpin2 UMNO yang sudah hilang segala perasaan perikemaknusiaan.

IBU

 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter