minda rakyat
Menjana kemenangan BA dalam tahun 2004

Siapakah Yang Dipanggil Muslim - Untuk Renungan Ahli-Ahli UMNO Baru(A)

Perkataan Muslim ialah nama subjek bagi perkataan Asalama yang menunjukkan bahawa seseorang itu ta'at dan menyerah diri kepada Pencipta dan Rajanya. Dalam pengertian ini, perkataan Islam ada kaitannya dengan penyerahan seluruh alam kepada Allah S.W.T. Risalah dan utusan yang dibawa oleh semua Nabi-Nabi Allah adalah juga dalam rangka menta'ati Titah Perintah Allah.

Allah SWT berfirman: "Maka apakah mencari Deen yang lain dari Deen Allah, padahal kepadaNyalah menyerahkan diri segala apa yang dilangit dan dibumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan".    (Surah Ali 'Imran 3:83).

Allah SWT berfirman: "Dan tidak ada yang benci kepada Deen Ibrahim, melainkan orang yang memperbodohkan dirinya sendiri, dan sungguh Kami telah memilihnya didunia dan sesungguhnya dia benar-benar termasuk dalam orang-orang yang soleh di akhirat". Ketika Rabbnya berfirman kepadanya: "Tunduk patuhlah" Ibrahim menjawab "Aku tunduk patuh kepada Rabb semesta 'alam". Dan Ibrahim telah mewasiatkan ucapan itu kepada anak-anaknya, demikian juga Ya'qub. (Ibrahim berkata): "Wahai anak-anakku sesungguhnya Allah telah memilih Deen ini bagimu, maka janganlah kamu mati kecuali dalam memeluk Islam". Adakah kamu hadir ketika Ya'aqub didatangi maut, sewaktu itu ia berkata kepada anak-anaknya: "Apakah yang akan kamu sembah setelah aku meninggalkan kamu?". Mereka menjawab: "Kami akan menyembah Rabbmu dan Rabb nenek moyangmu, Ibrahim, Ismail dan Ishaq, iaitu Rabb Yang Maha Esa dan kami hanya tunduk patuh kepadaNya".     (Surah Al-Baqarah 2:130-133).

Allah SWT menyebut doa Nabi Yusof: "Ya Rabbi, sesungguhnya Engkau telah menganugerahkan kepadaku sebahagian kerajaan dan telah mengajarkan kepadaku sebahagian ta'bir mimpin. (Ya Rabbi), Pencipta langit dan bumi, Engkaulah pelindungku di dunia dan di akhirat, wafatkanlah aku dalam keadaan Islam dan gabungkanlah aku dengan orang-orang yang soleh".    (Surah Yusuf: 12:101).

Mesti diingatkan bahawa Titah Perintah Allah mengandungi beberapa perkara yang sama:

1.    Ibadah kepada Allah dengan Ikhlas

2.    Sujud merendah diri dihadapanNya

3.    Menerima Titah PerintahNya dengan gembira.

4.    Mematuhi dengan tepat apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang diharamkan Allah.

Perkara-perkara di atas menjadi bahagian penting bagi setiap syariah walaupun cara dan sifat penurunan wahyu berbeda.

Diriwayatkan dalam sebuah Hadith Rasulullah SAW: " Kami para Nabi adalah seperti sahabat. Deen kami adalah satu".

Dengan perlantikan Rasulullah SAW sebagai Rasul, Islam menjadi nama simbolik untuk menunjukkan Syariah Allah dan sebagai "tittle" yang mewakili para pengikutnya. Tiada jin atau manusia yang dibenarkan melanggar batas-batas yang telah ditentukan oleh Deen Islam yang telah diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah SAW, yang kemudiannya menyampaikannya pula kepada dunia.

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya Deen yang diredhai Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al-Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, kerana kedengkian antara sesama mereka. Barang siapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah, maka Allah amat cepat hisabNya. Jika mereka berdebat dengan kamu (tentang kebenaran Islam), maka katakanlah: "Aku menyerahkan diriku kepada Allah dan begitu juga pengikut-pengikutku". Dan katakanlah kepada orang yang telah diberi Al-Kitab dan kepada orang-orang yang ummi: "Apakah kamu ingin memeluk Islam ?." Jika mereka masuk Islam, sesungguhnya mereka telah mendapat pertunjuk, tetapi sekiranya mereka berpaling, maka kewajipan kamu hanyalah menyampaikan (ayat-ayat Allah). Dan Allah Maha melihat akan hambaNya"        (Surah: Ali Imran: 3:19-20)

Allah SWT berfirman: "Barang siapa yang mencari Deen selain dari Deen Islam, maka sekali-kali Deen itu tidak akan diterima daripadanya, dan diakhirat kelak dia termasuk orang-orang yang rugi".    (Surah: Ali Imran 3:85).

Allah SWT berfirman: "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah sebenar-benar taqwa, dan janganlah sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan memegang Deen Islam"        (Surah Ali Imran: 3:102)

Allah SWT berfirman: "Barang siapa yang Allah menghendaki akan mendapat pertunjuk nescara Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk) Islam. Dan barang siapa yang dikehendaki Allah sesat, nescaya Allah menjadikan dadanya sesak lagi sempit, seolah-olah ia sedang mendaki ke langit. Begitulah Allah menimpakan siksaan kepada orang-orang yang tidak beriman".        (Surah Al-An'aam 6:125).

Dalam sebuah Hadith berkenaan Jibril AS Rasulullah SAW menterjemahkan istilah Islam sebagai: "Islam itu ialah kamu naik saksi bahawa tidak ada Ilah melainkan Allah dan Muhammad itu ialah Pesuruh Allah dan kamu mendirikan Solah, membayar Zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan mengerjakan Haji di Baitullah sekiranya kamu mampu".

Dalam sebuah Hadith lain, Rasulullah SAW bersabda:" Islam didasarkan kepada lima perkara: Persaksian bahawa tidak ada Ilah (Tuhan) melainkan Allah, dan Muhammad ialah Pesuruh Allah, mendirikan Solah, membayar Zakat, Haji dan berpuasa Ramadhan."

Dan Rasullulah SAW menjelaskan pengertia Iman dalam Hadith: "Iman ialah kamu yakin kepada Allah, para Malaikatnya, Kitab-kitabnya, Rasul-rasulnya, Hari Akhirat dan Qadha dan Qadar".

Apabila Islam dan Iman disebut bersekali seperti yang disebutkan dalam Hadith mengenai Jibril AS, istilah Islam menunjkukan "amalan zahiriah", manakala Iman menunjukkan keyakinan dalam jiwa, dan apabila kedua-dua istilah itu disebut berasingan, setiap istilah itu menunjukkan amalan zahiriah dan juga keyakinan dalam jiwa.

Islam ialah satu nama lain bagi keyakinan dan amalan, deen dan dunia, dan satu sistem kehidupan. Syaikul Islam Muhammad bin abdul Wahab RA telah memberikan definasi Islam sebagai berikut:" Islam bermakna tunduk kepada Allah dengan keyakinan kental akan keESAaanNya, dan sujud kepadaNya dengan penyerahan menyeluruh, dan mengelakkan diri dari mensyirikkan (mensekutukan)Nya".

Seseorang Muslim sejati ialah orang yang dengan limpah kurnia Allah, memeluk Islam, beramal dengannya dan membuktikan kepercayaan dengan keyakinan, amalan dan tindakan, dengan ini ia memiliki keyakinan yang tidak bergoncang.

Persoalan dan Renungan Untuk Ahli-Ahli UMNO Baru(A):-

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila meminta al-Quran ditafsirkan semula supaya selaras dengan kehendak pemikiranya tentang zaman moden?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila menghina Nabi Muhammad SAW dengan memperlekeh janggutnya tidak dicukur kerana pada masa itu tiada "gellette"?.

Islam dan Berimankan Pemimpin UMNO Baru(A) apabila meletakkan Perlembagaan Malaysia mengatasi al-Quran dan al-Hadith ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila menghina para Ulama dan mengagung-agungkan Artis ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila tidak melakukan Solat Tarawikh Di bulan Ramadahan sebaliknya pada ketika yang sama bersama menyambut Mellinium dengan pesta yang menghidangkan Arak dan Pegaulan Muda-Mudi Tanpa Batas ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila melarang Ulama-Ulama daripada berceramah agama Islam di Surau dan di Masjid ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila membela Ratu Cantik sebaliknya mennyahkan Mufti Dato' Ishak Baharum dari jawatannya yang cuba mencegahnya ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila membela peminum arak di The Ship Pub sebaliknya menyalahkan pegawai JAIS yang menangkapnya ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila membiarkan Isteri dan Anak-anaknya tidak menutup aurat seperti yang diperintah Allah SWT ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila terlibat dengan rahsuah dan merompak harta rakyatnya terang-terangan ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila tidak menceroboh perjanjian antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Terengganu dengan mengantikan Wang Royalti kepada Wang Ehsan ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila memilik peribadi dan kroni harta rakyat marhain ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila tidak memahami al-Quran dan al-Hadith sebaliknya bercakap tentang Islam ikut "akal dan buntut" ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila tidak menghayati tuntutan al-Quran dan al-Hadith dalam kehidupan seharian mereka. Sedangkan Islam itu ialah satu cara hidup ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila menjatuhkan hukuman terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim tidak berdasarkan undang-undang Syariah Islamiah. Menjadikan penghakiman di Mahkamah Kangaroo (Pejabat Peguam Negara, Polis DiRaja Malaysia, Badan Pencegah Rasuah dan Yang Bersubahat dengannya) sebagai membenarkan Tindakan Mahathir@Mahafiraun memecat Dato' Seri Anwar Ibrahim ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila menyatakan bahawa Hukum Murtad iaitu bunuh tidak sesuai dilaksanakan kerana ini akan membuatkan orang bukan Islam takut untuk masuk Islam ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila menipu semasa proses pengundiaan/pengiraan undi semasa pilihanraya lepas ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila mengatakan bahawa Hukum Hudud Islam tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana negara ini berbilang kaum dan masyarakatnya bersifat majmuk ?. Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila membenarkan tempat-tempat maksiat seperti rumah pelacuran, pusat vedeo lucah/haram, karaoke, pub arak dan kelab malam bercambah dan tumbuh seperti cendawan. (sedarlah bahawa tempat-tempat ini di dipertahankan oleh pihak polis/penguatkuasa majlis bandaran yang menerima "protection money" daripada pengusaha-pengusaha tempat maksiat ini) ?.

"> Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila terlibat dengan dadah, arak, perempuan lacur dan pelbagai lagi kemungkaran ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila cakap tak serupa bikin tentang Islam ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila meletakkan agenda Melayu mengatasi Islam ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila ingin membuang nama Islam daripada pertubahan-pertubuhan NGO dan POLITIK yang tak sebulu dengannya ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila memisahkan Politik daripada Islam ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila memperjuangkan Sekularisma apabila memisahkan sesuatu daripada Islam ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila menyokong perjuangan Yahudi dan Negara Israel, sebalik menyokong pengeboman ke atas negara Islam Iraq ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila membela Dato' Ali Abol Hasan bekas Gabenor Bank Negara yang menerima rahsuah RM100,000.00 dari anak Mahathir, sebaliknya memarahi Dato' Shafie Yahya, Ketua Pengarah BPR yang cuba menyiasatnya ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila mempraktikkan nepotisma, kronisma dan keadilan ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila sentiasa berlaku zalim dan sentiasa zalim kepada pejuang-pejuang keadilan dan Islam ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila tindakan-tindakanya bukan mencerminkan seorang yang telah menunaikan Haji ?. (Mungkin Dam Aji kot !).

Islam dan Berimankan Pemimpin UMNO Baru(A) apabila sentiasa mendokong sifat-sifat munafik (berbohong dan mungkir janji) ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila merasuah pelajar-pelajar luar negara demi meraih sokongan kepada parti UMNO (Contoh: Dato' Adnan Yaakub kepada pelajar Yayasan Pahang di Kaherah pada 5 September 2000) ? .

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila memperkudakan Sistem Perundangan Negara dan Raja-Raja Melayu ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila memerintah secara diktator dan mengenepikan pendapat ahli peringkat akar umbinya ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila mendakwa Hidup UMNO Baru(A), Hidup Melayu, Hidup Melayu, Hidup Islam. Ketahuilah Syariah Islamiah tidak bergantung kepada orang Melayu lebih-lebihlagi orang Melayu yang Totok UMNOnya ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila masih mendakwa bahawa Parti UMNO yang telah dikuburkan oleh Mahkamah dahulu adalah parti yang sama. (Perasan !).

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila menipu dan berbohong mendakwa UMNO Baru(A) memperjuangkan Ketuanan Melayu sedangkan parti UMNO Baru(A) itu telahpun dilacurkan keanggotaannya kepada bukan sahaja orang Melayu, tetapi juga kepada Bumiputra lain. Dalam ertikata  lain buka Melayu tulin.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila merestui dan meluluskan lesen perjudian Kasino Genting Highland, TOTO dan Magnum 4 Nombor Ekor.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila membiarkan orang yang melebamkan mata Dato' Anwar Ibrahim lepas bebas sedangkan orang yang dilebamkan disumbatkan ke dalam penjara ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila membiarkan perasuah seperti Mahathir, Daim, Rafidah, Rahim Tambychik dan banyak lagi sebaliknya ramai yang tak berdosa pula yang dimangsakan ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) apabila mempertahankan kebabian babi-babi di Buki Pelanduk ?.

Islam dan Berimankah Pemimpin UMNO Baru(A) ???????......

Banyak lagi isu-isu yang boleh diketengahkah yang sekaligus membuktikan betapa tidak ikhlasnya pemimpin-pemimpin UMNO Baru(A) ini menegakkan agama Islam. Islam diperdagangkan dan dijual dengan harga yang terlalu murah !.Apakah lagi yang boleh kita harapkan dan sandarkan kepada Pemimpin UMNO Baru(A) yang tidak memahami dan menghayati tuntutan al-Quran dan al-Hadith untuk memperjuangkan Islam.

Fikirkanlah wahai pendokong-pendokong dan Ahli-Ahli UMNO Baru(A).

 

Seruan:   

"Wahai pemimpin-pemimpin dan pendokong-pendokong dan Ahli-Ahli UMNO Baru(A) kembalilah kepada al-Qur'an dan as-Sunnah. Sesungguhnya perjuangan assabiah/nasionalis kamu yang sekularis ternyata tersasar dan terpesong jauh.

Pertentangan diantara Islam dan Sekular - Sekular PASti Tersungkur !.    (Dr. Yusuf Al-Qardawi)

Maka kembalilah kedalam Islam yang syumul ini! - amin !".

Insyallah U ndur M ahathir N egara O k !...... KeADILan PAS ti tertegak apabila ke ZALIM an kita hancurkan.

Membangun Bersama Islam : Allahuakbar !...Allahuakbar !...Allahuakbar !...

habibu@hangjebat.com

 
 

HEBATKAN PERJUANGAN REFORMASI DI SIBER DAN IT

Sampaikan informasi dan maklumat kepada mindarakyat@hotmail.com
OX Free Counter
OX Free Counter