MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

DRAMA SAUK: 
SIRI JENAYAH TERANCANG UMNO!!

Lebih seminggu lalu iaitu pada 6 Julai, saya telah membuat satu kesimpulan awal mengenai tragedi rampasan senjata yang masih hangat diperkatakan hingga kini. Artikel bertajuk Terkini!! Mahathir Tamatkan Drama Dengan Plan 'B' amat sukar diterima waktu itu. Apa lagi apabila ada di antara para netters yang menulis meminta saya mengutarakan pandangan rasional bukan melalui tuduhan melulu dan berpaksikan kepada amalan penyebaran fitnah!

Syabas kepada anda yang memberikan teguran. Namun saat ini setelah peristiwa itu menjangkau dua minggu lamanya, semakin hakikat ini kian diterima ramai. Malahan mereka yang tidak menjamah kaca PC sekali pun sudah menyedari tembelang Mahathir dan kuncu-kuncunya. Bagaimana pun persidangan 2 hari Majlis Raja-raja amat mendukacitakan apabila persidangan itu menjadi pentas fitnah Mahathir kepada Raja-raja Melayu tentang isu tragedi ini yang meragut nyawa mereka yang tidak bersalah dan tahu erti belang Mahathir sebenarnya!

Kita pasti sudah membaca kupasan yang panjang oleh Panglima Sauk. Perlu saya nyatakan di sini maklumat Panglima Sauk ialah dari 'lapangan'. Penglibatan saudara yang ingin digelar Panglima Sauk dan keperihatinan beliau terhadap isu rampasan senjata sungguh mengkagumkan saya. Perlu juga saya rakamkan maklumat dari 'perisik khas' yang juga dari 'lapangan' yang sama serta maklumat anggota PPH Ulu Kinta yang terlibat dalam operasi ini.

Kesemua maklumat dari pelbagai sumber ini adalah rakyat Malaysia yang cintakan negaranya!! Syabas kerana anda semua adalah wira negara. Meskipun begitu sukar anda membuktikan jenayah terancang ini dengan kertas pelan susunan Mahathir, tetapi cantuman maklumat anda semua adalah satu perkara di luar dugaan kerana berjaya memecahkan satu konspirasi terbesar Mahathir, selepas memecat DSAI pada 2 September 1998.

Sungguh lucu apabila mengenangkan media yang hebat 'gah' bunyi dan paluannya serta jauh melebihi kekuasaannya, semalam akhirnya jatuh tersungkur dan akur  dengan kehebatan maklumat anda rakyat yang setia dan sejati. Pak Lah dalam kenyataan akhbarnya semalam menyatakan drama Sauk yang dikaitkan  dengan UMNO sebagai tak masuk akal. Kenyataan Pak Lah itu sebagaimana dakwaan rakyat yang tidak mempercayai episod rampasan senjata sebagai perbuatan jahat segelintir ahli Pertubuhan Al-Ma'unah dengan kata-kata 'tak masuk akai!!'.

Pak Lah berkata tuduhan seumpama itu mungkin dibuat oleh golongan yang mempunyai niat dan tujuan lain dan sengaja meletakkan dakwaan itu kepada Umno dan kerajaan. Apakah Pak Lah lupa kepada laporan internet selepas DSAI dipukul dalam tahanan bahawa jenayah terancang itu dikepalai Mahathir yang mengarahkan Rahim 'Anjing' Noor membelasahnya dengan tangan terikat dan mata tertutup? Apakah mereka lupa bahawa dakwaan laporan internet yang berupa fitnah itu akhirnya terbukti benar? Cuma anihnya sipembelasah itu masih bebas tanpa apa-apa hukuman setimpal. Apakah bezanya dengan drama Sauk ini? Jika ahli kumpulan Al-Ma'unah penjenayah, mengapakah mereka tidak ditembak saja kerana mereka menderhaka kepada bangsa, agama dan tanah air? Tidakkah agenda ini boleh dikaitkan dengan mereka yang bersekutu dengan Mahathir? Justeru itu 'penjenayah-penjenayah' itu dipujuk dengan lemah lembut dan dengan lagu-laguan sambil berbentengkan anak dan isteri mereka!

Kita sebagai rakyat di bumi merdeka jangan cepat lupa sejarah. Kealpaan kita kepada sejarah telah menyebabkan Mahathir dan kuncu-kuncunya bermaharajalela dengan tuduhan palsu dan agenda fitnah terhadap rakyat yang tidak berdosa. Kekebalan Mahathir dengan pertolongan Allah dan kerjasama anda semua, reput sedikit demi sedikit. Proses pereputan itu berlaku hasil pendedahan tembelang sebenar tokoh yang mahu ditabal sebagai wira dunia ke tiga itu sebenarnya adalah dalang kepada beberapa siri jenayah terancang dalam negara.

Maklumat paling terbaru ialah pakatan Daim - Mahathir - Ali Abul Hassan dalam mengsonglap berbilion wang negara melalui pelbagai cara. Sungguh licik perbuatan mereka kerana Ali Abul Hassan ditugaskan ke Bank Negara bagi menghapuskan bukti yang ada. Malangnya kerana mereka buta IT maka mereka lupa segala data yang tertulis mempunyai salinan (mirror) hasil satu  perancangan yang baik mengenai aplikasi yang digunakan oleh Bank Negara sendiri. Sudah pasti aplikasi dan sistem terlibat diterima pakai bukan dengan campur tangan Mahathir kerana Bank Negara sudah wujud sebelum Mahathir menjadi PM lagi.

Kita berterima kasih kepada anda yang sudi membongkarkan penyelewengan Mahathir dan kuncu-kuncunya. Niat kita bukan menabur fitnah kepada mereka, tetapi ingin membela nasib rakyat yang tertindas dan dizalimi serta dianiayai oleh sebuah pemerintahan yang zalim lagi penuh korupsi!

Terima kasih tidak terhingga kepada anda dan ingatlah, lidi sebatang mudah dipatah-patahkan. Tetapi seberkas amat sukar untuk menumbangkannya. Muafakat kita sebagai rakyat di negara tercinta perlu bagi menumpaskan penjenayah terunggul dengan ribuan agenda jenayahnya yang terancang!!

Webmaster
16 Julai, 2000

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com