|
MINDA MINGGUAN 9 JULAI 2000 INSAFILAH KEWUJUDAN 'SLEEPING SPY' Anda patut membaca artikel laman ini tulisan Kemang Suasa bertajuk Musang Berbulu Ayam. Selain itu anda juga patut membaca pandangan Gerila BA (Sarjan Ops 2004) dalam artikelnya bertajuk Sleeping Spy Di sebalik Isu Rampasan Senjata . Setelah anda memahami tulisan mereka yang arif dalam bidang persenjataan dan peperangan, maka barulah anda boleh menerima atau menolak kenyataan bahawa Episod Drama RAW adalah satu percubaan di kalangan pimpinan negara untuk memberikan imej buruk kepada gerakan Islam dan perjuangan menegakkan syariat Islam di bumi Malaysia. Bukti Kewujudan Dalam Al-Quran Kewujudan 'sleeping spy ini digambarkan Allah dalam ayat 81 surah An Nisaa' bermaksud:
Maka dengan turunnya ayat di atas, Allah sudah memberikan amaran-Nya dengan jelas bahawa kaum yang menjadi sleeping spy itu memang wujud untuk merencanakan sesuatu yang lain yang mereka sendiri rencanakan untuk kepentingan diri mereka, bukan untuk Allah. Bayangkanlah jika Nabi Muhammad s.a.w terpaksa berhadapan dengan kaum ini, maka apakah lagi kita bersifat lemah dan bukan pula bersifat maksum, maka kita tidak terkecuali dari ujian dan dugaan Allah. Sukarnya Menolak Propaganda Media Memang sukar untuk mempercayai sesuatu yang tidak kita biasa dengari. Tetapi bagi manusia yang beriman apabila diperintahkan beriman dan mempercayai kepada yang 'ghaib', maka lantas mereka itu terus beriman tanpa adanya keraguan. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 3 bermaksud:
Janganlah sampai kita menjadi manusia kufur kerana Allah mengatakan: "Sesungguhnya orang-orang yang kafir (kufur), sama sahaja bagi mereka, kamu beri peringatan atau tidak beri peringatan, mereka tetap tidak akan beriman" (Rujuk ayat 6: Surah Al-Baqarah). Begitulah penerangan dan amaran Allah untuk menjelaskan kepada kita kewujudan sleeping spy atau kaum yang munafik kepada Allah s.w.t. Hari ini organisasi yang menganjurkan pengintipan dengan tujuan melemahkan Islam dan berniat menghalang tertegaknya syariat Allah di atas muka bumi ini, adalah golongan munafik sebagaimana ayat di atas. Sekalipun mereka berpangkat tinggi dan dipenuhi dengan bintang dan kebesaran, maka mereka tetap termasuk dalam golongan munafik, sebagaimana yang Allah gambarkan sifat-sifatnya kepada kita. Apa yang lebih mendukacitakan kita ialah mereka itu Islam sebagaimana kita. Sembahyang, mengaji, berguru agama dan serba serbinya, malahan kadang kala ianya kelihatan lebih hebat lagi. Dalam sebuah negara ia mungkin seorang pemimpin yang berkarisma, terpuji dengan ketokohan dan keIslaman yang kelihatan pada percakapannya, tetapi dalam masa yang sama mereka merencana sesuatu yang buruk dengan niat mahu menjatuhkan imej Islam dan imej sesuatu yang berkait dengan Islam, seperti parti Islam. Lebih malang lagi apabila mereka menggalakkan kebajikan dan kebaikan seperti mendirikan masjid dan surau, sekolah agama, Universiti Islam, Bank Islam, dan pelbagai kebaikan yang tidak dapat kita tolak. Namun dalam masa yang sama mereka tidak menegah kemungkaran. Lesen judi, minuman keras dihalalkan dan diberi permit. Maksiat tidak dicegah dan aktiviti lain mereka pula menjadi penaja. Agama Islam bukan menyuruh kita berbuat baik sahaja. Islam tidak suruh kita sembahyang, puasa, bayar zakat, menunaikan haji sahaja, serta lain-lain kebaikan. Agama Islam juga meminta kita mencegah kemungkaran dalam masa yang sama, menepati prinsip serampang dua mata atau 2 in 1. Kepada mereka yang tidak mencegah kemungkaran, yakni asyik melaksanakan kebaikan, Allah memberikan amaran-Nya:
Justeru imej yang baik yang sering ditonjolkan media massa, maka kita menganggap apa jua sogokan melalui media perdana itu adalah betul dan benar belaka. Amat dikesalkan mereka itu dan begitulah sukarnya kita menolak propaganda media. Bukti Masa Kini Kita tentunya pernah mendengar di mana dalam peristiwa 'Black 14' yang lalu, saudara Ezam dan Ruslan serta beberapa pemimpin KeADILan ditangkap. Bagaimanakah pihak polis tahu siapakah yang merancang agenda perhimpunan itu? Bagaimana pula dengan pendedahan oleh Wan Indera (KeADILan Selangor) yang mengatakan bahawa wujudnya perancangan untuk memberontak, melontar bom molotov dsbgnya dengan mengajak rakyat berbuat angkara sebegini jahat. Sebenarnya idea itulah datangnya dari sleeping spy yang meracuni fikiran rakyat untuk melakukan sesuatu yang bertentangan dengan nilai susila kemanusiaan. Perbuatan ini selalu dicanangkan oleh Mahathir Mohamad. Sleeping spy bukan sahaja berada dalam KeADILAN, PAS pertubuhan bukan kerajaan, malahan tidak keterlaluan juga dikatakan bahawa kegiatan mereka kini di alam remaja menghasut murid-murid sekolah melakukan jenayah kebakaran yang maha dahsyat sekali berlaku hanya di zaman Mahathir!! Sebelum pilihan raya umum negara yang lalu kita asyik disogokkan dengan penubuhan PAS baru. Ustaz Latif Mohamad dan rakan-rakannya setiap hari diberikan ruangan yang luas dalam media perdana kerajaan. Nah lihatlah di sana betapa sleeping spy sudah meresapi PAS sekian lama sehingga menimbulkan usaha pemberontakan dari dalam PAS sendiri. Dalam muktamar PAS yang lalu dilaporkan bahawa Muslimat PAS hampir terpedaya dengan sleeping spy yang menghasut agar kaum wanita yang berada dalam PAS supaya memberontak menuntut keadilan. Bagaimana pun setakat ini apabila dirujukkan kembali akan peranan wanita dalam Islam, percubaan itu tergugat dan tidak sampai ke mana jua pun. Ini menjadi bukti bahawa Islam satu-satunya kaedah merawat generasi yang sudah termakan hasutan sleeping spy. Jika kita hendak bicarakan tentang peranan sleeping spy di Malaysia, saya percaya tidak cukup lingkup ruang dan waktu kita hendak membicarakannya. Al Maunah Diperalatkan Kini semua orang sudah maklum bahawa Pertubuhan Al Ma'unah yang menjadi angkara rampasan senjata dalam episod RAW yang kian popular diperkatakan. (Jangan sampai lupa kezaliman Mahathir dan perbuatan rasuahnya). Pertubuhan ini ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan secara sah pada September 1998. Sebagai insan yang berjuang menegakkan keadilan di bumi Malaysia tentunya kita mengingati bulan September 1998 di mana berlakunya titik hitam dalam sejarah perjuangan politik serta peradaban bangsa Melayu beragama Islam di negara ini.
Kita tidak ingin membincangkan perjalanan Pertubuhan Al-Ma'unah yang diasaskan oleh 'tangan ghaib' dengan tujuan tertentu untuk dipergunakan apabila sampai saatnya. Maka apabila pada waktu yang sesuai satu rencana 'drama pendek' perlu diadakan dengan tujuan-tujuan tertentu. Sleeping Spy Penyelamat Gerakan Yahudi Satu-satunya bangsa yang cukup memusuhi Islam selepas Kristian ialah Yahudi. Lantaran itu Yahudi dan Nasrani (sebutan dalam Al-Quran) adalah musuh Allah dan agama Islam sehingga ke hari kiamat. Sebarang yang menjadi musuh Allah dan Rasul serta Al-Quran, sudah sewajarnyalah menjadi musuh kita sebagai umat Islam yang masih mahu mendokong keimanan walaupun seciput mana. Lantaran itu agenda Yahudi dan Nasrani perlulah kita tolak. Ini bertentangan dengan amalan kerajaan BN di Malaysia. Mereka mengimpot agenda Yahudi ini untuk diserap dalam pentadbiran kerajaan dan dalam institusi kepolisan. Itulah sebabnya Tuan Guru Haji Hadi memberikan amaran dan peringatan kepada sekelian ahli PAS bahawa: 'Kita berjuang menentang UMNO bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang BN bukan kerana nama dia BN, bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Tetapi kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka'. Sebagaimana dalam tulisan Kemang Suasa anda diperdedahkan akan di sebuah negara maju sekali pun mereka mengamalkan dan memasang begitu banyak sleeping spy sekali pun dalam organisasi unggul mereka CIA. Justeru sleeping spy adalah satu cara menyelamat gerakan kerajaan mengawasi pertubuhan yang jika hendak dibilang dalam jumlah yang cukup banyak. Sekaligus jika kita mengimpot budaya ini dengan tujuan memerangi Islam, maka kita sebenarnya sedang menjadi penyelamat gerakan Yahudi, musuh Allah nombor wahid! Imej Yang Mahu Ditenggelamkan Anda tentu ingat bagaimana Al-Arqam diharamkan sepuluh tahun lalu. Menurut maklumat yang diperolehi sleeping spy mengambil masa 8 tahun untuk mengubah haluan Al-Arqam sehingga gambaran kepada masyarakat Malaysia mereka adalah seperti sampah masyarakat dan tidak berguna sama sekali!! Kita patut bersyukur kepada Allah sekiranya ada golongan yang mahu menegakkan syariat Allah melalui usaha kesedaran oleh pertubuhan dan institusi tertentu. Apa lagi jika institusi itu bukan bermatlamatkan politik. Malahan jika institusi politik sekali pun kita perlu menyokong mereka kerana niat untuk menegakkan syariat Allah. Ini adalah kewajipan yang mesti kita laksanakan, tidak dapat tidak. Islam bukan hanya bermakna kita diajak berbuat baik atau berbuat ibadat sahaja. Seperti awal saya katakan tadi, Islam bermakna kita juga dalam masa yang sama perlu kepada mencegah perbuatan mungkar. Belum tentu amalan kebaikan kita diterima Allah, jika kita gagal mencegah mungkar sebagaimana suruhan-Nya jua. Justeru itu kita mesti berwaspada dengan sleeping spy yang bersekongkol dengan kerajaan BN yang mahu mengikis imej Islam dan imej budaya Islam. Ini adalah kerana menurut pimpinan kerajaan bahawa masyarakat Malaysia adalah masyarakat majmuk. Agenda ini diperkuatkan oleh anasir yang menulis, diiktiraf sebagai katalis perpecahan umat Islam di negara ini iaitu Astora Jabat LaknatuLlah. Jika kita seringkali membincangkan perjuangan Islam, kita tidak seharusnya lupa ada perjuangan yang mahu meruntuhkan Islam secara halus iaitu melalui rencana Bicara Agama dalam masa yang sama mendakwa tidak wajib menutup aurat dsbgnya sehingga menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat Islam. Justeru itu kita perlu berwaspada dengan sebarang gerakan yang mahu menghancurkan imej Islam yang maha suci lagi terpelihara. Allah berfirman bermaksud:
Rumusan yang perlu anda sedari melalui artikel ini dan pengajaran dari episod RAW ialah bahawa tragedi yang dicetuskan oleh beberapa anggota pergerakan Al-Ma'unah itu adalah setelah mereka diubah haluan, matlamat dan perjalanan mereka oleh sleeping spy yang licik dipercayai tajaan PDRM dan pimpinan kerajaan BN sendiri. Dalam hal ini kita seharusnya merakamkan simpati kita kepada mereka yang menjadi mangsa kebuasan dan keganasan politik pemimpin BN yang rakus berkuasa sehingga tidak menghiraukan perhitungan nyawa dan bebanan yang ditanggung oleh rakyat lainnya. Wallahua'lam. Webmaster Gambar ini adalah petikan akhbar perdana yang senada dan seirama dengan sleeping spy yang dimaksudkan. Apakah dalam setiap organisasi media juga diperuntukkan manusia yang bersifat munafik itu?
|
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com
|