MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

'SLEEPING SPY' DI SEBALIK
ISU ROMPAKAN SENJATA


Seperti yang ditulis oleh 'kemang suasa' dalam 'musang berbulu ayam'(lihat mindarakyat), 'sleeping spy' adalah satu cara untuk memerangkap musuh. Satu 'tabik' saya berikan pada Kemang Suasa kerana telah berjaya menyedarkan pembaca akan satu 'pengisian ilmu' yang baru bagi kebanyakan dari kita.

Percayalah bahawa isu rompakan senjata 'RAW' (meminjam singkatan dari Panglima Sauk) juga adalah angkara 'sleeping spy' yang telah berada dalam PERSAUDARAAN ILMU DALAM AL-MA'UNAH MALAYSIA buat beberapa tahun. Spy tersebut sudah menjadi begitu popular lagi dipercayai di kalangan ahli-ahli yang lain. Sampailah ketikanya apabila spy tersebut menerima arahan dari 'tuannya' supaya melakukan sesuatu. Dan itulah segala episod RAW yang sudah. Tak payahlah saya mengulas lebih lanjut akan kenapa ianya dilakukan dan untuk kepentingan siapa. Pembaca sendiri sudah pun membacanya dari puluhan penulis yang lain.

Untuk menguatkan hujah kewujudan 'sleeping spy' itu khusus kepada mereka yang termakan 'bulat-bulat' sandiwara propaganda media perdana sukacita saya tunjukkan satu website dalam 7 bahagian setebal 46 muka. Kisah 'Sleeping spy' British yang berjuang untuk menghancurkan Islam. Silalah ke http://www.hizmetbooks.org/British_Spy_Hempher/spy_1-7.htm.

Selain dari itu apakah kita lupa bagaimana Al-Arqam berjaya dibubarkan. Bukankah diberitakan 'sleeping spy' telah berada di dalam Al-Arqam selama 8 tahun.

Pengajaran dari sini, kepada gerakan BA semua maka berwaspadalah dengan 'sleeping spy' yang sememangnya telah ada dalam gerakan kita.

gerila'BA' @ sarjanops2004@hotmail.com

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com 

 counter.bloke.com