MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

SAH! SB MULA SEWA RUMAH KOSONG UNTUK PEMANTAUAN RAKYAT

Di kawasan perumahan saya beberapa rumah yang sudah berbulan kosong tidak disewa telah tiba-tiba dimasukki penyewa-penyewa minggu lepas. Dari potongan rambut mereka dan gaya disyakki SB.

Yang anehnya mereka menyewa rumah-rumah tersebut (dijalan-jalan berlainan dalam kawasan perumahan tempat saya tinggal itu) pada hari yang sama, pada hari Khamis lepas. Ada yang menyewa bersaorang dan ada rumah disewa berdua tiga (nak kata group bujang ada yang kelihatan dalam lingkungan umur 35 tahun).

Bertambah peleknya, jam 1.00 atau 2.00 pagi mereka ini akan keluar rumah. Mereka balik ke-rumah ke-esokan harinya dalam jam 6.00 petang atau 8.00 malam. Routine begini diulangi setiap hari.

Yang menyewa dua pintu dari rumah saya, barang-barangnya dibawa sebuah lori mini jam 2.00 pagi pada hari Khamis lepas. Saya belum tidur kerana melayar di internet. Kerana dengar sedikit bising saya intai dari celah langsir dan agak pelek barang-barangnya hanya tilam dan bantal dan 5 peti besi yang macam India gunakan untuk balik negeri (entah-entah alat pengintip seperti listening device).

Berikut diulangi re-post artikel dari Laman Minda Rakyat yang ada kaitan.

Amaran Penting dari laman Minda Rakyat
AWAS! Dr. Mahathir akan melakukan tindakan "GILA"


Malaysia a police state

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com