MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

AWAS! Dr. Mahathir akan melakukan 
tindakan “GILA”. 

Adalah dimaklumkan, perkara yang jelas di bawah ini telah sekian lama berjalan. Disebabkan pihak kami belum mendapat pengesahan dengan fakta dan bukti yang jelas, terpaksa kami tangguh pengumumannya kepada masyarakat dan rakyat. 

Tetapi, oleh kerana Signal yang kami kumpulkan telah cukup evidence, hasil dari pemantauan yang berterusan, maka dengan ini kami mengesahkan bahawa:

  1. semua jabatan kerajaan, separa-kerajaan dan swasta, termasuk institusi pengajian tinggi;
  2. semua kawasan perumahan (housing estates) termasuk kampung-kampung, kawasan perumahan murah, sederhana, flat (rumah pangsa, dll) dan kawasan mewah;
  3. semua mesyuarat dan perkumpulan masyarakat seperti gotong-royong pembersihan kawasan perumahan, masjid, kubur dll; telah diarahkan oleh Dr. Mahathir supaya dipantau dan diperhatikan oleh pihak SB Polis ‘anti-espionage’ dengan anggota yang terlatih untuk mengawasi (surveillance) seluruh anggota masyarakat di lokasi yang disebutkan di atas. 

Pemantauan itu adalah bertujuan untuk mengecam (recognize), mengenal pasti (identify) dan membuat rekod-rekod harian semua kakitangan dan pekerja, individu-individu dan sesiapa juga yang bercakap, berbual dan menyuarakan pendapat dan mengadakan perbincangan yang akan memberi kefahaman, menghebah dan menyebarkan maklumat, bercerita mengenai sebarang insiden memburukkan kerajaan dan khususnya mengenai Dr. Mahathir Mohamad. 

Maklumat terkini, pihak kami mempunyai bukti iaitu anggota Special Branch  dari Anti-espionage Division Jabatan Polis (PDRM) telah mendapat arahan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad supaya menempatkan beberapa anggota terbabit dengan tujuan mengenal dan memantau pergerakan semua anggota masyarakat tempatan. Ini dilakukan berikutan ekoran dari sokongan rakyat kepada Pembangkang yang makin hebat dan berleluasa. 

Laporan menunjukkan rakyat telah hilang keyakinan terhadap kerajaan; dan parti pemerintah telah kehilangan sokongan secara mendadak. Keadaan ini sangat mencemas dan mencurigakan Dr. Mahathir dan pemimpin politik dan kerajaan. 

Tanda-tanda menunjukkan Kerajaan Dr. Mahathir akan tumbang dalam pilihanraya ke-11. 

Dr. Mahathir Mohamad semakin risau dan rungsing dengan tekanan rakyat yang mengetahui segala perbuatan yang membabitkan beliau, pemimpin UMNO dan anggota Barisan Nasional dan Kakitangan Awam yang dalam puluhan kes RASUAH dan Penyelewengan harta, wang dan kemudahan awam. Nilai ditaksir berjumlah ratusan bilion. Dr. Mahathir telah hilang akal dan lupus budi bicara untuk berikhtiar bagaimana hendak menyekat maklumat yang tersebar, dan menafikan kebenaran tuduhan rakyat yang makin meningkat. Beliau tidak tahu bagaimana beberapa dokumen bukti yang benar telah bocor hingga tersebar kepada rakyat. 

Hasil dari pemantauan SB, majoriti rakyat semua kaum dan lapisan tidak mempercayai sebarang hujah, penerangan dan kenyataan anggota kerajaan, lebih-lebih lagi kenyataan Dr. Mahathir, Abdullah Ahmad Badawi, dan anggota Kabinet. Hujah mereka didapati telah dipertikaikan oleh rakyat secara rasional dengan bukti-bukti yang lebih nyata dan jelas disertakan dengan dokumen terperingkat. Ini bererti usaha pihak kerajaan untuk melindungi dan menutup rahsia keburukan dan kejahatan, perancangan dan tindakan, arahan dan susulan telah berlaku pembocoran di peringkat Jabatan. 

Diketahui dengan bukti, Dr. Mahathir dan SB Anti-Espionage Surveillance Division telah merancang dan telah melaksanakan:

  1. penempatan semula anggota mereka disemua kawasan perumahan.
  2. Mereka diarahkan menyewa rumah kosong di tempat itu dan berpura-pura berlakon sebagai penyewa baru.
  3. Sambil itu mereka dikehendaki bergaul seperti orang awam dengan masyarakat tempatan dan memerhatikan semua gerak geri, perbuatan dan perbualan semua anggota masyarakat di situ.
  4. beberapa anggota SB yang bujang dan belum berumah tangga  diarahkan berpindah dan menyewa rumah/flat di kawasan baru itu untuk tujuan tersebut (dengan biayaan dari wang peruntukan khas). Mereka akan diarah supaya tidak ‘disclose’ siapa diri mereka, tempat kerja, jenis kerja sebenar, dll. Mereka diarah ‘penerate’ dan ‘assimilate’ dengan pergerakan rakyat seperti majlis ceramah Pembangkang, ceramah dan kuliah di masjid-masjid, menganggotai jemaah dan J/K masjid dan “berlakun” sebagai pegawai yang diarah dari Jabatan Agama Islam negeri, dll. 

Anggota SB tersebut bukan setakat memerhatikan para penceramah tetapi akan memantau siapa di antara hadirin yang aktif menyoal dan mengemukakan soalan yang ‘menyindir’ kerajaan atau soalan yang memberi petunjuk mengenai kesalahan kerajaan, dan seumpamanya. 

PERHATIAN:

  1. Pemerintahan negara ini telah diletakkan oleh Dr. Mahathir dalam keadaan yang disebut sebagai “Police State Administration”.
  2. Keadaan memantau pergerakan rakyat seperti itu hanya dilakukan oleh kerajaan Diktator seperti Hitler (Nazi, SOS, Gestapo German) Kamal Atturk (Turkey), Mao Tze Tung (Cina), Lenin-Stalin (Russia), Securitate (Romania), Mossad (Israel), Reza Pahlavi (Iran), dll. Soeharto dan Marcos telah melakukan perbuatan yang sama. Fuji Mori telah meneruskan kuasa melalui cara ini
  3. Dr. Mahathir telah membenarkan gerakan untuk mewujudkan satu sistem “masyarakat takut” (Fear society) dan “Jangan Percaya Jiran Anda” (Don’t Trust Thy Neighbor) untuk melindungi semua agenda kejahatan beliau dan rakan-rakannya yang telah bocor dan sebar. Operasi ini dilakukan oleh beliau kerana perbuatan “anti-masyarakat” yang dilakukannya adalah BENAR dan SAH dengan BUKTI-BUKTI melalui  dokumen. Rakyat awam diingat supaya berwaspada jika bercakap dengan orang yang tidak dikenali, atau individu yang disyaki “musang berbulu ayam”. 

Dari dokumen tertentu, adalah disahkan Dr. Mahathir telah:

  1. memaksa beberapa peniaga besar supaya menderma ratusan juta RM untuk membiayai operasi ini. Mereka telah diugut jika tidak memberi derma, lesen perniagaan mereka akan dibatalkan. Ini termasuk perniagaan pusat-pusat perjudian, hiburan dan pusat-pusat maksiat. Beberapa orang “amanah”  Mahathir ditempatkan di organisasi terbabit untuk mengendalikan arahan beliau. Ini tugas sebenar Haniff Omar di Genting Highland Casino; 
  2. Orang “amanah”  Mahathir-Daim juga ditempatkan di organisasi terbabit untuk mengendalikan arahan beliau di agensi-agensi Kerajaan seperti TNB, Telekom, HICOM, Bank-Bank dan Bank Negara, PETRONAS, KWSP, KLSE, Jaring/MEMOS, dll (you name it); 
  3. Dr. Mahathir akan melakukan pergeseran mengenai keagamaan seperti membenarkan pertunjukkan hiburan berunsur maksiat, membenarkan orang Islam melakukan perbuatan minum arak, membakar kuil dan gereja, dll. Ini akan mendorong kepada tercetus pergaduhan kaum berasaskan ugama. Parti Politik Pembangkang termasuk NGO dan Majlis Peguam telah dirancang supaya diresapi oleh agen-agen SB sebagai penyamar upahan yang akan membuat laporan terkini. (Perkara ini telah didedahkan). 

Untuk peringatan rakyat (PENTING)# 

Dr. Mahathir TELAH merancang, mewujud dan akan melakukan satu siri insiden “kekacauan kaum” berasaskan agama tidak berapa lama lagi. Kejadian itu akan melibatkan beberapa anggota ‘ajaran sesat’ dan “kumpulan silat” dengan memberi mereka yang terlibat upah yang lumayan dan perlindungan dengan syarat mengaku sebagai anggota Pembangkang (PAS?). Beberapa tangkapan ke atas pemimpin Pembangkang akan dilakukan di bawah ISA  dan akan ditahan selama beberapa tahun (akan dilepaskan setelah piliharaya ke-11 selesai). Beberapa dokumen palsu sedang dirancang, meliputi tuduhan palsu bersabit penyalahgunaan wang, sumber wang parti secara salah dan melanggar undang-undang, pita rakaman kes-kes melibatkan seks, rakaman perbualan telefon, ucapan-ucapan terbuka, percetakan wang palsu, menyimpan senjata haram, dokumen palsu melibatkan rancangan menggulingkan kerajaan secara haram, dll. Beberapa persediaan asas telah siap. Hanya menanti ‘greenlight’ dari Dr. Mahathir. 

Buktinya ialah peristiwa yang dibesar-besarkan mengenai rompakan senjata di Gerik. Tujuannya:

  1. ‘dicredit’ Pembangkang;
  2. memburukkan imej pembangkang dan pemimpinnya,
  3. membatalkan parti tertentu kerana anti-rakyat dan menumbangkan kerajaan secara tidak sah,
  4. melumpuhkan Pembangkang. Dr. Mahathir akan mengarahkan SPR senarai pengundi baru berdaftar supaya disebarkan merata-rata dengan tujuan “to dilute the political strength of the opposition”. (#Peringatan: Parti Pembangkang wajar mengambil perhatian perkembangan ini). 

Sekian. Harap sebar. 

Sementara itu, dinasihatkan rakyat berhati-hati supaya jangan tertipu dengan dakyah kerajaan Mahathir atau wawancara pemimpin Kerajaan. Semua ini dilakukan oleh Dr. Mahathir kerana rasuah beliau telah mendapat tekanan hebat oleh rakyat. Rancangan Dr. Mahathir ini semata-mata bertujuan MENGELIRUKAN tumpuan rakyat. Siri pembohongan akan berterusan. ATM mempunyai rancangan sendiri dan sedang memerhatikan dan akan membenteras semua tindak-tanduk beliau! Mahathir berperang dengan siapa? 

Code: 305/PD

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com