|
DEMI KUASA, NYAWA RAKYAT JADI TARUHAN ! Saya ingin merujuk kepada satu artikel pendedahan yang disiarkan dalam Laman Pemantau sebentar tadi mengenai rancangan sulit Mahathir – Dollah Babi JE untuk mengistiharkan darurat dengan mencetuskan penangkapan beramai-ramai pemimpin BA sedikit masa lagi. Apa yang didedahkan itu tidak mustahil berlaku dan dilakukan oleh manusia keparat tersebut. Ini berikutan kegagalan mereka dalam rancangan sulit mengisytiharkan darurat melalui Tragedi Sauk baru-baru ini. Fokus utama mereka kali ini ialah Parti PAS yang mana keputusan pengharaman perkataan Islam daripada nama parti tersebut sudah pasti akan menjadi kenyataan. Berikutan pengharaman tersebut, mereka menjangkakan penyokong-penyokong PAS akan marah dan mengamuk. Ini akan memberikan kesempatan terbaik untuk mereka mengisytiharkan darurat. Saya ingin menarik perhatian kepada semua pimpinan BA dan para penyokong sekelian agar jangan sekali-kali terperangkap dengan perancangan gila manusia berpuaka bernama Mahathir –Dollah Babi JE tersebut. Mereka sudah menjadi orang yang sangat terdesak sekarang ini kerana terlalu bimbang dengan kemaraan pengaruh BA menjelang tahun 2004 nanti. Oleh itu operasi ‘pemusnahan’ terpaksa dilakukan mulai daripada sekarang. Berhubung dengan perancangan dua ekor Bapak Syaitan yang sedang ‘mengganas’ tersebut, saya harap kita semua hendaklah mengawal emosi dari mengambil sebarang tindakan yang akan dijustifikasikan dengan sebaik mungkin untuk menghalalkan tindakan ganas mereka. Ini juga termasuklah dengan penghukuman yang bakal dijatuhkan kepada DS Anwar Ibrahim tidak lama lagi. Saya ingin mencadangkan kepada pimpinan dan penyokong BA agar kita meminta pertolongan dari Allah s.w.t. dengan SEGERA melalui solat hajat besar-besaran agar rancangan gila Mahathir-Dollah Babi JE tersebut dipatahkan oleh Allah s.wt. Kedua-dua Bapak Syaitan tersebut sudah sampai ke tahap melampaui batas dan wajib bagi kita menentang mereka dengan segala keupayaan yang kita ada. Kedua pemimpin gila tersebut patut sekali terhapus dari muka bumi ini. Dollah Babi JE ingin membuktikan kepada ‘tuannya’ bahawa beliau sudah benar-benar boleh menjadi ‘klon’ Mahathir seperti mana keinginan Mahathir ketika sedang berkira-kira untuk memilih calon TPM selepas DSAI dipecat dahulu. Saya ingin mencadangkan agar kita melakukan solat hajat agar Allah s.w.t. menurunkan bala atau memusnahkan mereka berdua yang semakin hari semakin berlaku zalim kepada rakyat, termasuk yang terbaru dalam episod sandiwara di Sauk itu. Nyawa rakyat sudah tidak menjadi perhitungan kepada manusia puaka tersebut asalkan dapat terus mengekalkan kuasa. Sebelum nasi menjadi bubur, sebelum menangis tidak berlagu, saya minta kepada semua agar melakukan sesuatu agar rancangan keparat gila tersebut dapat dipatahkan. Kepada warga ATM, janganlah anda semua tidur lena dan melihat berputih mata sahaja dengan perancangan gila kedua pemimpin bangsat tersebut. Cucu Datuk Bahaman (Kita siarkan semula tulisan yang disiarkan dalam Laman Pemantau tersebut untuk perhatian bersama) |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com |