|
GEMPAR!!!!!!!!! Maklumat Sulit Dari Naib Presiden UMNO Dari Laman PemantauKira-Kira jam 11.00 pagi tadi saya telah dihubungi oleh salah seorang sahabat saya yang merupakan kenalan rapat dengan salah seorang Naib Presiden UMNO yang tidak bersetuju dengan satu perencanaan jahat yang didalangi oleh Kementerian Dalam Negeri. Menurut beliau Naib Presiden tersebut telah memaklumkan sekitar 20 nama yang akan ditangkap dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dalam tempoh terdekat. Mereka dikatakan ingin melihat tindak balas rakyat terhadap penangkapan beramai-ramai ini, antara nama yang tersenarai ialah Sdr Ezam Mohd Nor, Sdr Dr. Hatta Ramli, Sdr Mahfuz Omar, Sdr Ruslan Kasim, Sdr Lokman Adam, Sdr Saifuddin Nasution, Sdr Hishamuddin Rais, Sdr Tian Chua, Sdr Salahuddin Ayub dan seorang berpangkat Doktor daripada DAP serta ramai lagi yang tidak berapa dikenali oleh teman saya ini. Menurut Naib Presiden tersebut Pak Lah bercadang untuk meletakkan Tentera dibawah Kuasa Eksekutif atau Kementerian Dalam Negeri dan bukan dibawah Yang DiPertuan Agong serta Majlis Raja-raja. Sekiranya rakyat bangkit disebabkan tangkapan ini mereka akan mengistiharkan Darurat serta merta. Mereka juga bercadang untuk mengharamkan Perkataan Islam dalam Pas sebagai tindakan susulan. Apabila ditanyakan tentang mungkin kekecohan akan berlaku berikutan pengharaman ini, Naib Presiden itu menjawab, itulah yang mereka mahukan bagi memulakan Darurat. Naib Presiden itu juga melahirkan kekecewaannya kerana tidak dimaklumkan tentang perancangan peristiwa di Sauk lebih awal memandangkan ianya dilaksanakan oleh "Special Task Force" di Kementerian Dalam Negeri Jabatan Perdana Menteri tanpa pengetahuan Jeneral Tentera, Ketua Polis Negara dan pihak-pihak tertentu yang sewajarnya mendapat maklum balas awal.
Naib Presiden tersebut turut melahirkan kekecewaannya kerana seorang Iban telah
digunakan untuk dijadikan isu pilihanraya Sarawak dan seorang India yang baru seminggu
dipindahkan ke Gerik dikorbankan untuk memenuhi nafsu serakah presiden umno. Adalah
diharapkan agar setiap pemimpin alternatif bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.
Bersama kita sambut pembebasan Anwar ogos ini........... |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com |