MINDA MINGGUAN
BUKALAH
HATI DAN MINDA SAUDARA!!
Memang beginilah kebiasaanya bagi
saya. Meskipun sibuk dengan tugas-tugas menyunting bahan setiap hari, saya akan tetap
meluangkan masa seminggu sekali untuk mencoretkan sesuatu sebagai sumbangan
peribadi saya ke arah kemantapan minda dalam membentuk pemikiran terbuka ke arah
mendaulatkan agama Allah dan kefahaman ke arah pembentukan negara Islam yang sejati.
Perkara ini seringkali bahan sindiran oleh puak-puak yang memerintah Malaysia hari ini
serta kuncu-kuncunya yang jika tafsirkan mereka seolah-olah lupa kepada agama dan
kekuasaan Allah yang mutlak, apa lagi untuk mengagungkan agama Islam.
Pada
asalnya saya berniat untuk mengupas apa yang terjadi ke atas Mahfus dan dua rakannya
yang digelar 'wira Palestine' umat Islam negara ini, tetapi perkara ini telah disentuh
oleh MGG Pillai. Cumanya saya sentuh sedikit lagi yang tidak diperkatakan oleh penulis
itu yang mungkin dinilai kecil oleh sesetengah pihak, tetapi memberikan kesan yang
mendalam ke atas imej Jabatan Penjara serta membakar semangat kebencian rakyat terhadap
kerajaan BN.
Kita percaya, rakyat akan mempertikaikan
mengapa saudara Mahfuz dan rakannya dibebaskan seawal jam 2.30 pagi. Jika diukur dari
permulaan hari, beliau sepatutnya dibebaskan lebih awal iaitu jam 12.00 tengah malam,
yakni ukuran permulaan bagi hari yang baru. Tindakan membawa beliau keluar jam 2.30 pagi
dan dalam satu perjalanan yang tidak diketahui, sehingga Mahfuz mengambil keputusan
untuk meloncat keluar dari Pajero ketika berhenti seketika mengambil kad tol di
Perhentian Tol Rawang membuktikan bahawa Jabatan Penjara sudah didalangi permainan
politik kotor lagi menjijikkan. Apakah tindakan terhadap Mahfuz ini memenuhi prosedur
Jabatan Penjara? Atau memenuhi nafsu seorang diktator tua yang nyanyuk dan setengah
gila? Semua persoalan ini menambahkan kemarahan rakyat terhadap Mahathir yang dipercayai
memberikan arahan sedemikian, kerana selama ini belum pernah tercatat dalam sejarah
negara ini, selain Lim Guan Eng yang dibebaskan jam 6 pagi.
Baiklah
cukup sekadar di situ ulasan saya dan diharap pimpinan kita akan melanjutkan tindakan
tertentu atas isu ini yang memberikan kita kesempatan untuk 'menghiris luka' tubuh
kerajaan BN yang semakin tercalar dalam proses mengekalkan kekuasaan mereka.
Saya
menerima email yang bertalu-talu dari seorang ahli UMNO yang menghendaki saya menyiarkan
semua emailnya. Sebagai memenuhi tuntutan saudara yang memiliki nama pena 'Yan Dol'
dialamat dol_yan@hotmail.com saya siarkan email
saudara beserta komen yang saudara tuntut dari saya.
Saudara pengarang,
Memang sungguh utusan meloyakan..tapi harakah memuntahkan terus...Kalau anda yang LTL
pandai menyatakan utsan meloyakan..who are you man..you donot represent 20 mil rakyat
Malaysia. Hanya segelintir sahaja orang yang macam kau ..yang berperangai
syatan yang loya kepada kebenaran yang di terjemahkan olih Utusan Malaysia. Apa
kau ingat Harakah tu betul ke...akhbar batu api..mengaku sahaja lah hanya orang orang
yang suka mendengar hasutan...fitnah sahaj yang baca harakah...memang tabiat Melayu
suka nebdebgar fitnah, kata carut, makihamun..tetapii..mrelayu sekarang dah
berubah...yang tak berubah hanya orang seperti Nik aziz,,hai awang..fadzil noor wan
zizah..nuar brahim...dana orang orang seperti LTL tu,
Jawapan webmaster:
Saudara Yan Dol,
Saudara tidak boleh mendakwa segelintir orang yang seperti penulis
LTL, yakni yang memberikan gambaran sebenar terhadap Utusan Malaysia (kini diberikan
nama jolokan Utusan Meloya). Memang perlu diakui akhbar Utusan Meloya mengalami
penurunan dan kemerosotan jualan akibat penipuan dan penyanggahan fakta dari yang
sebenarnya. Ingatlah saudara jangan jadi seperti katak bawah tempurung hanya berpandukan
laporan dari Utusan Meloya sahaja. Dunia ini semakin terbuka dan semakin mengecil.
Hakikat hari ini membenarkan kerana kita mampu mengetahui perkara yang berlaku di merata
ceruk dunia secara langsung. Dengan segala kemudahan teknologi komunikasi yang
canggih kita mampu berada di mana sahaja sudut dunia untuk sesuatu perkembangan yang
terkini. Jika saudara masih berpandukan Utusan Meloya, sia-sialah Mahathir mengwujudkan
MSC kerana ianya hanya dihayati oleh rakyat lain yang mendapat nikmat dari kemajuan
teknologi itu.
Akibat dari kecanggihan teknologi itu setiap maklumat mampu
diperolehi dalam ketepatan yang amat sangat sehingga sekiranya ada pihak yang membuat
laporan palsu akan dapat dikesan. Akibatnya Utusan Meloya terperangkap dalam kecanggihan
teknologi maklumat.
Saya ingin menegaskan di sini bahawa LTL dalam penulisannya tidak
pun menyebut tentang Harakah. Namun saudara begitu sangsi dan cemburu terhadap Harakah,
mengapa? Saya berharap saudara tidak menghukum sesuatu yang tidak saudara ketahui. Jika
mahu menghukum Harakah sebagai penipu, apakah saudara ada membaca akhbar itu?
Sebagai manusia yang waras, kita perlu mendengar kedua-dua pihak
sebelum menilai kebenarannya. Jika saudara hanya membaca Utusan Meloya, tidak pernah
membaca Harakah usah terus membuat pertimbangan melulu. Saya nasihatkan saudara membaca
kedua-duanya, kemudian saudara gunakan akal yang waras dan membuat keputusan yang
manakah memaparkan laporan yang tepat dan bernas.
Saya memang membaca kesemua akhbar utama kerajaan juga yang
dikeluarkan oleh pembangkang. Sebagai webmaster merangkap editor atau pengendali laman
ini, saya perlu memiliki semua maklumat. Saya akan menapis dan menyiarkan yang paling
tepat dari kedua-dua belah sumber. Justeru itu kadangkala saudara boleh lihat saya juga
pernah menyiarkan informasi yang dikeluarkan oleh Bernama.
Tuduhan saudara mengatakan Melayu sudah mendengar fitnah, saya
ingin tahu apakah bangsa saudara? Meneliti nama pena saudara itu saya percayai saudara
sebangsa dan seagama dengan saya. Tahukah saudara LTL itu berbangsa apa? Beliau adalah
penulis bangsa Cina yang memiliki pemikiran terbuka, bukan anda seorang Melayu yang
berfikiran seperti katak di bawah tempurung. Hanya mengharap berita dari Utusan Meloya,
sedangkan sumber informasi berlambak di negara ini.
Tuduhan anda terhadap Fadzil Noor, DS Wan Azizah, DS Anwar, TG Nik
Aziz adalah keterlaluan. Saya ingin bertanya sedalam mana ilmu agama anda mahu
menyangkal seorang ulama yang disayangi oleh umat Islam seluruh dunia seperti TG Haji
Abdul Nik Aziz? Apakah ulama pada kaca mata saudara? Tahukah saudara bahawa ulama adalah
penyelamat kehidupan kita. Pewaris nabi-nabi. Tanpa adanya ulama, yang sanggup berjuang
meneruskan kerja-kerja kenabian, Allah tidak akan menangguhkan segala bala bencananya
terhadap umat manusia. Jika nak diharapkan ulama saudara seperti Astora Jabat atau
Mahathir sendiri, alamat cepatlah turunnya bala Allah.
Itu pun amaran demi amaran yang berupa bala bencana sudah mulai
dilunaskan sedikit demi sedikit akibat kerja mungkar Mahathir dan kepimpinan kerajaan
BN. Justeru itu kita lihat banjir dan kemusnahan baru-baru ini. Ingatlah jika bala
bencana turun, Allah tidak akan memilih manusia yang kufur atau beriman, semuanya akan
terpalit sama dan akan menanggung akibatnya secara bersama. Justeru itu wajarlah kita
berterima kasih dengan peranan yang dimainkan oleh ulama dalam memenuhi tuntutan
perintah Allah s.w.t. sementelah jika kita mahu mengakui kita tidak mampu melaksanakan
atas dasar keimanan kita yang lemah.
SAUDARA PENGARANG,
SAYA TERUS TERANG TAK SETUJU DENGAN APA YANG TERJADI DI LUNAS..ATAS TINDAKAN BESAR
PENYOKONG PARTI KEADILAN. INI MENGGAMBARKAN SIKAP PEMIMPIN MEREKA SEPERTI WAN
AZIZAH DAN FADZIL NOOR...WAHAI PEMBACA SEKELIAN..AP[AKAH WAWASAN DAN MANIFESTO YANG DI
KEMUKAKAN OLIH PARTI KEADILAN UNTUK MEMBELA KITA...NUT NUT MAN....MEREKA HANYA NAK KAN
KEMENANGAN KONON KONON NYA UNTUK MEMBELA KITA. TAPI TAK ADA AGENDA YANG
TERTENTU.
APA YANG ADA PADA MEREKA IALAH MENGUTUK ORANG ORANG PERSAORANGAN . ADAKAH INI
SATU PERJUANGAN.
AKU TAK NAMPAK PUN AGENDA DARI PARTI KEADILAN...OLIH ITU...JANGAN LAH KITA UNDI LAGI
DILAIN KALI PARTI KEADILAN KE..PAS LAGI TERUK..SERBAN SANA SERBAN SINI..TAPI SATU
AGENDA PUN TAK ADA.....AKU BERDOA KEPADA ALLAH...JAHANNAMKAN LAH ORANG YANG SUKA
MENGUTUK DAN MENGKEJI ORANG LAIN..SEPERTI YANG DIAMALKAN OLIH PENYOKONG KEADILAN DAN
PAS..TAPI YANG TERUK IALAH PEMIMPINNYA..YANG MENGAKU ISLAM TAPI..HATI BUSUK MACAM
DAGING ANJING...
Jawapan webmaster:
Setuju atau tidak dengan apa yang terjadi di Lunas (maksudnya
dengan keputusan pilihan raya kecil) itu sebenarnya memberitahu kepada saudara bahawa
ada kuasa yang lebih besar mengatasi kemahuan saudara. Saya ingin mengingatkan anda
jangan lupa takdir Allah. Ingatan ini silalah saudara sampaikan kepada pimpinan anda
Mahathir Mohamad. Sekuat mana kemahuan kita, kita tidak mampu melawan kehendak Allah.
Saya sendiri turun ke Lunas pada beberapa hari tertentu termasuk
penamaan calon. Semalam saya baru kembali dari Kulim menyaksikan sendiri aktiviti harian
yang berlaku. Tiada sesuatu yang saya cuba bantah. Aktiviti harian berlaku seperti
biasa. Tiada pergaduhan, rusuhan kaum dan yang diburuk-burukan. Ini menggambarkan bahawa
pemerintahan BA mampu membawa keharmonian kepada rakyat. Bukan seperti yang
digembar-gemburkan oleh pimpinan anda yang anda sanjungi itu yang seringkali mengaitkan
jika pembangkang memerintah, akan berlaku rusuhan kaum, pergaduhan di sana sini dan
sebagainya. Semua kata-kata pimpinan anda dibawa oleh media perdana termasuk Utusan
meloya. Laporan yang jijik itu membuatka rakyat tidak percaya samada kepada media
perdana apalagi pemimpin anda Mahathir Mohamad.
Tuduhan anda terhadap Parti KeADILAN suka mengutuk orang, parti
PAS tiada agenda tertentu melambangkan anda seorang yang kekurangan maklumat. Saya ingin
mencadangkan di sini bahawa 'turunlah ke gelanggang', saksikan sendiri, dengarkan
sendiri apakah yang diucapkan oleh pimpinan BA. Apakah benar kerajaan BA tidak tahu
memerintah? Apakah benar pimpinan BA tiada wawasan atau agenda tertentu membela rakyat?
Saya ingin membawa contoh di sini. Kerajaan BN Terengganu
meninggalkan hutang RM700 juta tatkala proses pemindahan kuasa dari BN kepada BA selepas
pilihan raya umum negara tahun lalu. Kini di Kedah kerajaan BN negeri berhutang RM1.2
bilion kepada kerajaan BN persekutuan. Marilah kita lihat apa yang berlaku di Kelantan.
Selain dari pinjaman yang tidak diluluskan RM400 juta kerana masalah air, negeri
Kelantan tiada hutang atau mengalami desifit dalam akaun pentadbirannya. Malahan
Kelantan memiliki simpanan tetap berjumlah RM600 juta. Siapa pandai mentadbir dalam hal
ini, saudara jawaplah sendiri!!
Saudara keterlaluan mengutuk kepimpinan PAS dengan menyamakan
mereka dengan anjing!! Hinanya manusia bukan kerana sumpahan manusia lain. Hinanya
Mahathir bukan kerana sumpahan rakyat. Sebaliknya keangkuhan beliau menderhaka kepada
ulama, nabi dan Allah. Maka saya ingin menasihatkan saudara berhati-hati menilai
manusia. Manusia yang darjatnya rendah seperti anjing (sebagaimana yang saudara
maksudkan itu) memiliki ciri-ciri antara lain menjual agama dengan harga yang murah.
Perkara ini seringkali disentuh dalam Al-Quran. Malah dalam Al-Quran Allah menyifatkan
manusia yang ingkar perintah-Nya sebagai kera yang hina. Rajin-rajinlah membaca tafsir
Al-Quran, insya-Allah anda akan menemui ayat sedemikian.
SAUDARA PENGARANG
SAUDARA SADIRAH, YANG BUTA DAN TULI IALAH KAU....BUKANNYA BN...TETAPI
BA...STARD. MACAM KAU. KALAU KAU SEORANG MUSLIM..KAU TAK PANGGIL SESIAPA
PUN BUTA DAN TULI...
HANYA ORANG YANG BUTA DAN TULI SAHAJA YANG AKAN MENGAJAK ORANG LAIN SUPAY ABUTA DAAN
TULI SEPERTI MEREKA. AKU HARAP RENCANA AKU INI AKAN DISIARKAN DALAM MINDA RAKYAT
YANG DITAJA OLIH ORANG ORANG DARI BA....STARD.
Jawapan webmaster:
Saya ingin membetulkan kenyataan saudara bahawa laman ini tidak
ditaja oleh sesiapa pun. MR lahir dari hati ikhlas seorang rakyat Malaysia yang melihat
kemungkaran dan penyelewengan yang bercanggahan dalam kehidupan hari ini. Penyelewengan
ini perlu ditentang oleh rakyat yang mengakui warga negara ini apa lagi penganut agama
Islam bukanlah sekadar mereka itu ahli PAS atau BA. (Sila rujuk nota di bawah laman
utama dalam kotak berwarna hijau).
Selaku webmaster, saya menggunakan akal yang waras serta ilmu
agama yang sedikit ini untuk menimbang penyiaran semua artikel. Justeru itu saya membuat
notis di kaki laman utama bahawa bahan yang hendak disiarkan mesti disunting dan jika
perlu diedit. Namun kerja edit itu tidaklah begitu teruk sehingga menahan dari artikel
hendak disiarkan.
Kesimpulannya penulis mesti bersifat terbuka dan mempunyai minda
yang jujur dan luhur.
SAUDARA PENGARANG,
SAUDARA PENGARANG...KALAU KAU BETUL BETUL JUJUR SIARKAN RENCANA INI DALAM MINDA RAKYAT
KAU INI.
WAHAI SAHABAT SAHABAT KU YANG BACA LAMAN INI.....MARI LAH KITA KEMBALI KEPADA WADAH
PERJUANGAN ORANG MELAYU SEBENAR..IAITU..U.M.N.O....LUPAKAN PARTI KEADILAN YANG TAK
ADIL DAN PAS YANG TAK LULUS.
PEMIMIN KEADILAN DAN PAS..HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI..TAK ADA WAWASAN..APA YANG ADA
PADA MEREKA IALAH TAMAK DAN HALOBA TERHADAP HARTA DAN NAMA DI DUNIA. CUBA TENGOK
APA YANG DIRANCANG OLIH PERDANA MENTERI KITA...YAB DR MAHATHIR...WAWASAN 2020...PADA
HAL MASA ITU..BELIAU DAH TAK ADA LAGI DALAM DUNIA NI DAH...TETAPI PANDANGAN DAN
HARAPAN BELIAU TERSANGAT JAUH....YANG KADANG KADANG TAK TERFIKIR OLIH KITA..APA LAGI
LAH MACAM FAZIL NOOR WAN ZIZAH DAN SEGELINTIR MAKNUSIA YANG MACAM ITU...
ORANG MACAM DR MAHATHIR NI LAH YANG PATUT JADI PEMIMPIN..BERPANDANGAN JAUH.
OLIH ITU, AKU MNTA DAN BERDOA KEPADA HADZRATILLHI....KEMBALI LAH SEMUA YANG TERBACA
LAMAN INI KE PADA UMNO/.......PERJUANGAN KITA YANG ASAL. GET LOST DENGAN PARTI
KEADILAN YANG DIPIM PIN OLIH SEGELINTIR MAKNUSIA YANG HANYA BERTOPENGKAN
MAKNUSIA.......UMNO IALAH PARTI MELAYU TULIN....HIDUP UMNO...HIDUP MELAYU. JIKA
BERKUBUR UMNO..AKAN BERKUBUR SAMA LAH MELAYU. NAIK KEADILAN..AKAN TERGADAI
LAH MARUAH MELAYU..NAK TAU..BELUM APA APA LAGI EZAM DAH PERGI KE AMERIKA NAK MINTA
BANTUAN...WAN ZIZAH PERGI JUMPA ALBRIGHT DAN ESTRADA NAK MINTA BANTUAN...APA IN...KAU
MESTI INGAT..KALAU AMERIKA NAK BANTU..PERCUMA KE...ESTRADA NAK BANTU...PERCUMA
KE....ZIZAH BOLEHLAH SEBAB LAKI DIA DALAM JEL.....
SEMASA ANWAR JADI MENTERI KEWANGAN..JIKA TAK TIDAK KERAN
A PM KITA...DAH RAMAI YANG
JADI MUFLIS KITA NI....SEBAB NYA...PINJAMAN BANK BAYARAN BALIK TINGGI...PINJAM KAD
KREDIT BAYARAN BALIK TINGGI....DIA BOLIHLAH BAYAR..TETAPI ORANG MACAM KAU DAN
AKU..SEKSA NAK BAYAR....15 %. TETAPI DR MAHATHIR BERLEMBUT...MASA TU MASA
SUSAH...HANYA BAYAR 5% DAH MEMADAI.
ITU LAH DIA PEMIMPIN KEADILAN..PENTINGKAN DIRI SENDIRI...HINGGALAH SEKARANG. AKU
PERCAYA PUNYA LAH BUSUK HATI ANWAR BRAHIM...DIA MERANCANG PENUBUHAN PARTI KEADLAN INI
DAH LAMA DAH.....SEBELUM DIA KENA JAIL LAGI. ITU AKU AGAK AKU
SAHAJA...SEBAB PERANGAI DIA DAN CONIES DIA MEMANG DAH MACAM TU.
OKAY,,.,SEKIAN AKU HARAP TULISAN AKU AINI AKAN DSIARKAN DALAM MINDA RAKYAT , JIKA
BETUL BETUL LAMAN INI UNTUK RAKYAT MACAM AKU DAN KAU......
Jawapan webmaster:
Terima kasih kepada anda dan rakan dari UMNO yang sudi mengikuti
setiap artikel yang lahir dalam laman Minda Rakyat. Sebagai webmaster (pengendali
laman ini) saya berjanji akan menyiarkan artikel yang tidak 'bias' kepada satu pihak
melainkan pihak yang bernama kebenaran. Matlamat saya menjadikan minda rakyat negara ini
bebas dari semua fakta yang karut mengarut sehingga kita jadi seperti katak di bawah
tempurung. Saya menyeru semua netters, bukalah minda kita untuk menerima kebenaran
yang sebenarnya, yakni yang datang menerusi dua sumber utama iaitu Al-Quran dan Hadis
Nabi.
Semua perjuangan memartabatkan agama Allah di singgahsananya, sinonim
dengan perjuangan laman ini. Tidak kira dari mana-mana pertubuhan politik atau
pertubuhan bukan politik. Kerja menegakkan keadilan membasmi kemungkaran bukan tugas PAS
atau BA sahaja. Sebaliknya tugas semua manusia yang sudah dilantik sebagai khalifah
Allah untuk mentadbir muka bumi yang dijika dibebankan kepada gunung sekalipun tidak
mampu mereka memikulnya. Tugas ini tugas yang berat, lebih berat dari melupakan
keyakinan saudara terhadap kepimpinan Mahathir yang semakin pincang.
Ingatlah, sekali kita menyeru manusia kepada kesesatan atau kepada
pihak yang sesat, akan hancurlah umat manusia. Laksana syaitan yang menyeru manusia
kepada kesesatan dan durhaka kepada Allah. Sebaik-baiknya saudara ambil kesempatan ini
menyeru semua ahli-ahli UMNO supaya kembali kepada ajaran agama Islam yang sebenarnya.
Yakni yang ditafsir dan diamalkan terus dari sumber Al-Quran dan hadis, bukan tafsiran
pihak ketiga yang mengawal kepentingan mereka.
Jika saya tanya saudara apakah hukumnya judi, minum arak serta
berzina? Mahukah saudara mengatakan berjudi, minum arak atau berzina kerja mulia di sisi
Tuhan. Jika saudara bersetuju perbuatan itu adalah salah di sisi Allah mengapakah
saudara redha kepada kerja-kerja ini? Maksud saya saudara membiarkan ia berleluasa, apa
lagi jika saudara bersetuju atau menyokongnya? Tahukah saudara dengan apakah cara
saudara bersetuju atau redha? Ya, itulah dengan cara memilih orang yang redha kepada
perbuatan itu. Siapakah mereka yang redha? Setakat ini semuanya dari pimpinan BN,
kerajaan sekular yang mengaku Islam. Islam ke apa nama segala maksiat berleluasa yang
semakin digalakkan melalui pengeluaran pelbagai lesennya.
Ingat! Saudara tidak perlu minum arak, berjudi atau berzina. Tetapi
saudara dapat 'saham'nya hanya dengan redha kepada segala perbuatan itu. Apatah lagi
jika saudara sengaja pula memilih mereka dengan mengundi mereka semasa pilihan raya,
sedang pemimpin itu melaksanakan kezaliman serta yang mahu perkara yang haram di sisi
agama itu dilakukan terus menerus!!
Wawasan 2020 Mahathir tidaklah sejauh mana. Jangan buat kerja
menyanggah Allah s.w.t. Wawasan yang termaktub dalam Al-Quran lebih jauh dari tahun
2020. Malahan ianya sehingga ke alam akhirat yakni satu alam di mana penghidupan kita
kekal buat selama-lamanya. Apakah saudara masih mempercayai ini? Ingat salah satu rukun
iman kita beriman dengan hari akhirat!! Walau tidak salah kita membuat wawasan yang
lain, jangan sampai melalaikan manusia dari wawasan sebenarnya yang sudah direncana oleh
Allah s.w.t. Sebagai hamba kita perlu akur dan taat kepada perintah Allah, bukan menjadi
Mahathir, sipemberi alasan yang unggul untuk melihat Islam tidak dilaksanakan di negara
ini. Kesemua alasan seperti masyarakat majmuk dsbgbnya itu hanyalah alasan yang lapuk
dan ketinggalan zaman.
Jadi sesiapa yang mahu melaksanakan wawasan yang ada dalam kitab
Al-Quran ini sudah diiktiraf oleh Allah sebagai manusia yang berwawasan atau
berpandangan jauh. Jika setakat 2020 iatu belum cukup jauh lagi.
Tuduhan saudara terhada Ezam ke Amerika membawa pengaruh Amerika ke
negara ini, mencerminkan minda saudara yang belum matang. Jika demikian Mahathir telah
menjelajah keseluruh dunia tu membawa pelbagai pengaruh ke sinilah ya! Oh begitu cara
pengukuran yang saudara buat? Ceteknya fikiran saudara. Ingatlah, jika demikian
awal-awal lagi saudara patut menolak Mahathir. Saya bersetuju dengan pandangan saudara
bahawa parti UMNO adalah Melayu tulin (jangan lupa ada campur mamak sikit). Perjuangan
UMNO bersifat kebangsaan, satu perjuangan yang ditolak agama Islam. Islam menyeru kepada
perpadua semua bangsa. Sifat ini ada dalam BA. UMNO adalah parti Melayu, yakni
parti perkauman. Ini bermakna parti yang lain tak tulen ke Melayuannya.
Benarkan masa DSAI jadi Menteri Kewangan ekonomi negara kita terus
merosot? Tetapi mengapa selepas DSAI meninggalkan kerajaan dan pelbagai jawatannya,
ekonomi negara makin lembap? Bijak mana pemimpin pujaan anda? Kalau dulu BSKL ada lebih
RM45 bilion pelaburan dari dana asing. Kini jumlah itu tinggal tidak lebih RM5 bilion
sahaja. Justeru itu kita lihat indeks BSKL terumbang ambing, macam gelora darah pemimpin
anda sahaja. Inikah lambang pemulihan ekonomi? Pulihkan kehidupan rakyat? Minyak naik?,
Harga barangan semuanya naik? Keperluan sekolah naik? Jika benar ekonomi makin baik
setelah DSAI berundur, cubvalah jawab mengapa kerajaan tak bayar bonus kakitangan awam
tahun ini? Adakah ini bermakna ekonomi negara makin baik? Podah!!!
Saya percaya Mahathir baik dalam hal ini. Justeru itu orang yang
berhutang dengan Bank Bumiputera RM1.5 bilion membayar balik hutangnya dengan RM1
sahaja. Kemudian pemiutang itu pula beli BBMB tu dan kini menukar namanya kepada
Bumiputera Commerce! Mahathir memang baik terhadap sipemiutang, biar negara lingkup tak
apa!!
Saya tidak begitu rapat dengan DSAI untuk menyatakan keperibadiannya.
Tetapi umum ketahui beliau taat beragama. Ini diakui oleh kebanyakkan ulama di seluruh
dunia. Justeru itu apabila fitnah liwat dikenakan ke atas beliau ramai di antara ulama
seluruh dunia menyatakan simpati terhadap fitnah yang belum terbukti sehingga kini.
Tetapi sebagai rakyat luar negara mereka menghormati tidak boleh masuk campur tangan
dalam hal ehwal negara orang lain.
Justeru itu sebagai rakyat negara ini yang bersimpati terhadap nasib
yang dilalui oleh DSAI marilah kita menyatakan simpati dan bersatu dalam perjuangan
menegakkan keadilan dan menyanggah sebarang penyelewengan yang ada. Kerja ini bukan
kerja ahli PAS atau BA sahaja. Sebaliknya kerja semua umat Islam. Ingatlah!! Mereka yang
terpilih kebaikannya ialah manusia yang melakukan kebajikan dan dalam masa yang sama
sedia mencegah kemungkaran. Bergurulah jika saudara tak tahu perkara ini..
Saya sudah tunaikan hajat saudara...
ALLAHUAKBAR!!
10 Disember, 2000