MACAM MANA KITA BERKERJA
Semua
kita mengetahui bahawa apabila kita hendak mencari sesuatu perkerjaan, kita kena memohon
dengan pelbagai pihak yang menawarkan perkerjaan. Tak kira sama ada disektor swasta atau
kerajaan kita kena menjalani proses tertentu sebelum ditawarkan sebarang jawatan.
Pastinya kebanyakkannya kena isi dan hantar borang permohonan. Bila sudah berkerja tentu
kita terikat dengan segala peraturan yang ditetapkan oleh majikan sama ada disektor
swasta atau awam. Kita diminta berkerja bersungguh-sungguh untuk memajukan
syarikat atau jabatan atau majikan kita. Bila syarikat untung atau kerajaan ada lebihan
wang maka kita akan dapat bonus. Tanpa kita pastinya syarkat atau organisasi itu akan
pincang.
Apakah organisas atau syarikat atau majkan kita 'mesti' bersyukur kepada
kita kerana KITAlah yang memajukan organisasi mereka. Bolehkah kita melakukan apa sahaja
sesuka hati kita. Bolehkah kita pecah amanah, menyeleweng duit majikan/syarikat, ponteng
kerja, tidak berdisiplin dan sebagainya. Jawapannya sudah pasti tidak. Walau prestasi
cermelang kita telah dikekalkan selama 20 tahun tetap jika kita pecah amanah, melangar peraturan
majikan atau syarikat....kita mesti dibuang kerja. Tidak kira la di sektor awam atau
swasta....Perlukah kita meminta majikan kita 'bersyukur' kerana KITAlah organisasi
majikan kita berjaya. Pastinya tidak. Kita kena bertanggungjawab di atas kesalahan
kita.
MACAM MANA KITA BERPERSATUAN
Soal berpersatuan ni lebih kurang sama
macam mencari kerja. Cuma yang lainnya ialah apabila kita hendak menerajui sesuatu
persatuan itu. Walaupun berpersatuan ni dikira kerja 'sukarela' tetapi ramai yang
berminat untuk menawarkan diri memegang jawatan. Biasanya jawatan utama dipilih melalui
mesyuarat agong oleh ahli-ali sesebuah persatuan itu. Tak kira le persatuan
apa....persatuan bola sepak ke, PIBG ke, koperasi ke, kaum ibu ke, belia ke, apa sahaja
le...Apabila kita telah dipilih ke jawatan tertentu di dalam persatuan oleh ahli
persatuan maka kita kena 'berkhidmat' untuk memajukan persatuan. kemajuan sesebuah
persatuan itu boleh diukur melalui pelbagai aspek. Sama ada maju dari segi bertambah
banyak ahlinya, bertambah kukuh kedudukan kewangan, bertambah banyak aset, bertambah
banyak program untuk kepentingan ahli.
Apabila kita telah membawa kemajuan kepada
persatuan boleh kah kita 'menyeleweng' sedikit duit/harta persatuan untuk kepentingan
kita. Boleh ke kita menggunakan harta/duit persatuan untuk apa-apa tujuan peribadi.
Jawapannya pasti tidak. Kita tidak boleh 'memaksa' ahli persatuan untuk 'bersyukur'
kepada kita kerana KITAlah yang telah memajukan persatuan itu sehingga ke satu tahap
yang tiada tolok bandingannya. Pelanggaran undang-undang pasti akan dikenakan hukuman
yang setimpal dengan undang-undang jenayah. Bagi ahli persatuan yang cerdik, mahukah
anda memilih pemimpin persatuan ini menerajui persatuan untuk tahun-tahun berikutnya. Jawapannya
pastinya tidak. Pemimpin persatuan hanya memegang amanah ahli untuk memajukan persatuan
demi kepentingan seluruh ahlinya.
MACAM MANA NEGARA DIPERINTAH
Kerja
memerintah negara ini sama juga le halnya dengan berpersatuan. Kalau persatuan itu ada
perlembagaannya, ada peraturannya maka begitu juga negara. Pemimpin negara dilantik sama
juga dengan pemimpin persatuan. Cuma sedikit berbeza ialah pemimpin negara dilantik
melalui pilihanraya. Masing-masing boleh menawarkan diri untuk dilantik macam dalam
pemilihan pemimpin persatuan juga. Cuma bagi setengah persatuan yang kecil, penawaran
diri untuk dilantik cuma di buat di mesyuarat agong tanpa mengisi apa-apa borang dan
pemilihan dibuat berdasarkan undi angkat tangan.
Bagi pemilihan pemimpin negara,
ia kena isi borang dan rakyat memilih dengan memangkah undi. Siapa undi terbanyak dialah
menang. Jadi bila sudah jadi pemimpin maka adalah TANGGUNGJAWAB dan TUGAS untuk
memajukan negara dan memakmurkan rakyat. Bila negara dah maju dan makmur boleh ke KITA
(pemimpin ni) menyeleweng dan pecah mananah atau salah urus duit rakyat dan harta
negara. Negara tu bukan KITA punya, rakyat yang punya. Macam persatuan juga la. Boleh ke
KITA 'memaksa' rakyat bersyukur kepada KITA kerana KITAlah yang memajukan negara,
KITAlah yang memakmurkan negara. Itu tanggungjawab KITAlah.
Mungkin ramai rakyat
yang masih belum faham akan hakikat ini maka KITA boleh memanipulasikan mereka dengan
pelbagai alasan yang nampak 'munasabah'. Tetapi bagaimana pula dengan sebahagian besar
yang telah sedar dan tahu hak mereka. Macam kita berkerja la.....kita buat sesuatu
sale/jualan untuk syarikat dan untung RM1 juta, boleh ke kita masuk poket sendiri dalam
10 ribu. Tentu tidak boleh....
HUJAH ALAF BARU
Jadi pertukaran pemimpin
tak ada bezanya dengan pertukaran pekerja bagi sesebuah jabatan, pertukaran pemimpin
bagi sesebuah persatuan. Yang mesti dikekalkan ialah yang TERBAIK dikalangan yang
terbaik. Bukan terbaik dikalangan yang 'terjahat'. Selalu diberi alasan bahawa jika
kerap tukar pemimpin (kerajaan) maka negara sukar maju, negara akan huru hara....ini
hujah zaman sebelum era IT. zaman era IT ni mana ada yang kekal lama sebab yang terbaik
sentiasa muncul disana sini. Macam komputer juga.....dari 386 kini dah sampai Pentium
iv. Kalau nak upgrade pun mahal kosnya dan selalunya tak 'compitable'. Maafkan saya
kerana guna analogi canggih.....
Kalau kita nak lihat negara maju kita lihat
barat, Amerika dan Jepun. kenapa cuma adaptasi teknologi mereka sahaja. Lihat juga
le kepada cara mereka menukar pemimpin. Jepun, Amerika dan kebanyakkan negara eropah
maju kerana kerap menukar pemimpin yang dikira tidak lagi menyumbang kearah kebaikan.
Ada skandal aje terus letak jawatan atau dipecat atau tidak dipilih lagi. Cuma
negara-negara blok soviet (bekas komunis) seperti yoguslavia, poland, romania, dsb. yang
tidak menukar pemimpin mereka secara kerap. Cuba bandingkan negara ini dengan negara
eropah lain.....mereka jauh ketinggalan.
Selalu kita mengukur kemajuan dengan
kebendaan. Lihatlah KLCC...lihatlah PUTRAJAYA....lihatlah LRT.....lihatlah
KLIA....bla..bla...bla..bila habis lihat semua AKHIRNYA kena lihat anak BULAN juga untuk
tentukan puasa dan raya (hehehh..)Jangan jadi terlalu taksub dengan kebendaan untuk
mengukur segala kemajuan. Sekarang cuba LIHAT kepada negara Russia, India, Poland,
Yugoslavia dsb. Apa yang mereka tak ada....sebut sahaja la.....dari kecil benda sampai
besar benda....dari bumi sampai langit....semua mereka ada. Macam di Russia, walau
segala benda ada tapi rakyatnya susah...miskin...ada sanggup jual cucu untuk dapatkan
wang....tentera russia sanggup jual kereta kebal hanya untuk beli rokok.....kini
terpaksa meminta simpati barat dan imf untuk bantuan kewangan. Sebut la....apa Russia
yang tak ada....roket, jet, kapal selam.....sebut selagi mulut boleh
berkata-kata....semua ada. Ini Malaysia baru ada tak sampai sepuluh jari 'monumen'
kebanggaan..... sudah mendabik dada... kena bersyukur walau aku cukur semua harta.
sekian
dulu
wassalam
KerisSumbing