UDAH LE TOK!!
Sejak kecil lagi saya dimaklumkan yang saya punya datuk
saudara yang aktif berpolitik. Sejak kecil kami sekeluaga bangga dengan dia. Masa saya
di sekolah rendah saya ceritakan pada semua kawan yang saya punya datuk saudara seorang
timbalan menteri.
Kami panggil dia Datuk dolah, rakyat malaysia lebih kenali dia
sebagai Datuk Abdullah ahmad. Masa Tun Razak jadi PM. Datuk dolah setiuasa politiknya,
dia dengan bangga bagitahu kami bahawa selepas Tun dialah orang paling berkuasa di
Malaysia. Dia anak angkat Tun, lepas Tun Razak meninggal diLondon, naik Tun hussein jadi
PM. Datuk dolah kena ISA atas tuduhan jadi egen komunis, semasa kami kekemunting
melawatnya berkali kali dia ulang dia jadi mangsa Ghazali shafie. Kononnya tuduhan itu
direka oleh Ghazali sebab nak hancurkan kerjaya politiknya.
Bila mahathir jadi PM
dia bebas dan bertanding diperlimen kok lanas. Mahathir lantik dia jadi timbalan menteri
dan dia jadi ahli MT umno. Dia kata kalau tak sebab umno kalah dikelantan tahun 1990 dan
tentu dia jadi MB ganti mohamad yaakob. Dia bangga bercerita pada kami. Kami bangga
mendengarnya. Kecewa kalah di kelantan mahathir lantik dia ke PBB jadi duta khas
Malaysia. Balik dapat pula jadi pengerusi NSTP, sekarang ni bukan main lagi dia ampu
mahathir. Hingga anak cucu dia naik malu.
Dulu memang kami bangga dengan dia,
tapi sekarang nie tidak lagi... bila saya baca ertikel ummu natasya saya pun terpanggil
nak luahkan perasaan betapa malunya saya jadi cucu saudara seorang pegampu. malu habis
keluaga kami sebab dia, bukan main lagi dia ampu mahathir naik loya tekak kami
membacanya. Dia sindir kerajaan kelantan, dia hemtam BA, dia terus dengan nostagianya...
Saya
cuma nak ingatkan tok, berntilah ari engampu tok, udah la tok! buat kena sumpah seranah
dengan anak cucu sahaja.. berentilah dari jadi khadam mahathir, nak buat apa duit banyak
pun, bukan boleh bawa ke kubur. tok dan senja sama seperti mahathir yang sudah senja
benar tu. Dah tak lama dah jadi PM, habis lama pun november tahun depan sahaja. ini
kenyataan tok! kenyataan... saya berada di hailway kesas, saya berada di jalan duta,
saya berada di lunas dan semalam di muassah darul ulum pokok sena. Ini zaman kebangkitan
tok, zaman rakyat dan sedar... rakyat dah tak takut tok.. rakyat dah muak dengan politik
ala diktator konu tok.. ini ingatan dari kami tok ..anak cucu tok, jangan nanti sampai
rakyat sumpahkan tok seperti rakyat sumpahkan mahathir tok..
Jangan salahkan saya
tok, andai saya dedahkan satu persatu rahsia tok... bukan saya tak tahu tok, semuanya
dalam kocet saya...saya tahu macam saya tahu belakang tapak tangan saya...ingat tak
saham yang tok bagi pada anak saudara tok..ingat tak masa tok lawan dengan hassan harun
jadi pengerusi KUB... kepada siapa tok bagi saham KUB sejuta unit...tapi tok kalah
juga...saya tahu tok..pada siapa yang tok bagi pegang amanah syarikat tok..nak kabui
masyarakat...jangan sampai orang tahu syarikat tok yang beratus tu..
sudah la
tok...andai tok tak berenti juga dari terus menulis, mengampu dan merapu...saya sendiri
yang akan pukul tok...percayalah saya sendiri yang akan hentam tok...ummu natatya tu
siapa...orang luar apa sangat dia tahu tentang tok...tapi saya...saya tahu sangat
tok..tahu sangat...
Rakyat sedang bangkit tok. Andai anwar lumpuh... habislah
mahathir tok..habis, rakyat akan bangun seperti rakyat filifina bangun lepas iquano kena
tembak...rakyat akan jatuhkan mahathir dengan kekerasan andai cara lembut tak
berkesan...rakyat akan tarik mahathir turun...rakyat akan berkumpul di penjara sungai
buluh untuk bebaskan anwar...kalau tok nak hidup bebas dalam malaysia...baik berenti
dari sekarang...tapi andai tok nak hidup di luar negara ..nak mati di sana...silakan
tok..tok fahamkan bahasa saya...tok kan orang pandai..fahamkan!
irzaimi
ayat@freeanwar.com